下載應用程式
38.87% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 346: Berjuang untuk Terus Hidup (2)

章節 346: Berjuang untuk Terus Hidup (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Teratai Kecil meletakkan Jun Wu Xie ke atas tanah dengan lembut dan mengerling sekilas ke arah tuannya yang lemah itu. Dia kemudiannya berpusing untuk merenung binatang hitam yang taringnya masih tertusuk pada lelaki berjubah putih itu!

Api berwarna biru membara di seluruh badannya dan tiba-tiba menjulang tinggi!

Teratai Kecil bertempik dengan kuat sambil diselubungi api itu!

Pada ketika itu, susuk tubuh kecil dan gempal itu mula menjadi besar di dalam api yang sedang marak!

Teratai Mabuk naik berang dengan kemarahan yang tidak dapat ditahan lagi. Matanya membara penuh kebencian sewaktu memandang lelaki berjubah putih itu!

"Hitam Kecil." Teratai Mabuk mengetap giginya dengan kuat sambil memaksa keluar dua patah perkataan ini.

Binatang hitam itu mengecilkan matanya. Cahaya di dalam matanya itu semakin pudar. Serangan Jun Wu Xie ke atas roh lelaki itu diputuskan secara paksa oleh kemunculan tiba-tiba Teratai Kecil. Tetapi binatang hitam itu tidak berganjak walau seinci kerana jika dia melepaskan gigitannya, lelaki berjubah putih itu akan membunuh mereka semua. Jun Wu Xie pasti tak akan terselamat.

Tetapi setelah kehilangan Jun Wu Xie sebagai tonggak utama serangan maut ini, roh binatang hitam ini hanya dapat menahan musuh sekejap sahaja. Binatang hitam ini tak akan dapat mencederakan lelaki itu.

"Hutang di antara kita akan diselesaikan dalam kehidupan kita selepas ini. Mari bunuh lelaki ini dulu!" Teratai Mabuk hanya tinggal sebelah tangan saja lagi dan dia menggenggam penumbuknya dengan erat.

Binatang hitam itu menderam dengan nada rendah, seolah-olah membalas kata-kata Teratai Mabuk.

Teratai Mabuk tidak teragak-agak lagi dan terus meluru menyerang lelaki berjubah hitam yang sedang ditahan oleh binatang hitam itu dengan cengkaman maut taringnya hasil pengorbanan rohnya sendiri. Teratai Mabuk menghentam roh lelaki itu dengan kuat dan menggunakan seluruh kekuatan penumbuknya dalam pertarungan sehingga mati ini!

Lelaki berjubah putih itu mengerang lemah dan matanya tiba-tiba menjadi merah. Dia tidak percaya dirinya telah dicederakan sekumpulan sampah dari alam bawahan!

"Jadi kau inilah roh jenis tumbuhan itu? Akhirnya…" Lelaki berjubah putih itu bergelut untuk senyum sebelum tiba-tiba melepaskan satu ledakan kuasa rohani dan tenaga ini menolak binatang hitam itu jauh darinya! Lelaki itu menerkam Teratai Mabuk dan memegang lehernya.

"Tunggu sampai kau dimakan. Aku nak tengok setinggi mana kesombongan kau ketika itu!"

Kekuatan cengkaman lelaki itu tidak membolehkan Teratai Mabuk melepaskan diri. Namun dia tidak mempedulikan cengkaman pada lehernya itu dan menendang dada lelaki itu sekuat hatinya!

Lelaki berjubah putih itu tertolak beberapa langkah ke belakang akibat tendangan Teratai Mabuk. Namun begitu cengkaman pada leher Teratai Mabuk tidak terlerai dan Teratai Mabuk turut diheret bersama-sama lelaki itu.

"Jahanam!" Lelaki berjubah putih itu semakin marah. Tidak pernah lagi dia berada di dalam situasi genting seperti ini.

Cengkaman pada leher Teratai Mabuk menjadi semakin ketat dan lelaki berjubah putih itu ingin saja mematahkan lehernya. "Sebagai roh berkontrak, kau tak akan mati. Nikmatilah seksaan yang akan aku kenakan ke atas kau!"

Lelaki berjubah putih itu menghulurkan sebelah tangannya ke arah kepala Teratai Mabuk.

Pada ketika itu, bunyi ngauman binatang kedengaran. Binatang hitam yang terpelanting jauh itu tadi melompat menerkam lelaki berjubah putih tersebut dan menggigit lengannya. 

Mata lelaki berjubah putih itu bersinar dengan kemarahan akibat kesakitan yang dialaminya. Dia tidak terfikir pihak lawannya ini akan begitu degil dan sanggup membahayakan diri!

Dia menumpukan seluruh kekuatan rohaninya ke kedua-dua belah tangan. Kuasa yang diledakkan itu disasarkan terus kepala binatang hitam tersebut. Rahang binatang hitam itu masih tetap menggigit lengan lelaki itu dengan kuat. Namun ledakan serangan lelaki berjubah putih itu menyebabkan separuh daging binatang hitam itu dirobek dari rahangnya, menyebabkan ia mengalami kecederaan yang teruk dan menyeksakan.

Teratai Mabuk tersentak-sentak akibat ledakan kuasa rohani ini. Dia menggigit lidahnya dengan kuat untuk memaksa kesakitan itu membuatkan dia kekal sedar. Dia mengangkat tangannya dengan menggigil untuk memegang lengan lelaki berjubah putih itu dengan kuat dan membataskan pergerakannya.

"Serang dia sekarang!" Teratai Mabuk tiba-tiba menjerit sekuat hatinya.

Hua Yao dan Qiao Chu yang sudah pulih sedikit menyambar peluang terakhir yang mereka perolehi hasil pengorbanan kuasa kehidupan rakan seperjuangan mereka lalu menyerang lelaki berjubah putih itu dengan seluruh kekuatan mereka!

Kedengaran bunyi letupan yang kuat, bergema di seluruh gunung itu. Tenaga rohani lelaki berjubah putih itu membara dengan kilauan yang terang!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C346
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄