下載應用程式
38.2% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 340: Ditundukkan (3)

章節 340: Ditundukkan (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Ini pasti akan membuatkan Tuan berminat," Ye Sha menggosok-gosok dagunya sambil melepaskan seekor ular hitam kecil dari celah-celah pokok.

Tugasan harian Ye Sha ialah melindungi Jun Wu Xie secara rahsia. Tetapi Cik ini terlalu ganas dan tak ada apa yang dia tak boleh uruskan sendiri di dalam Kumpulan Qing Yun. Lama kelamaan perlindungan Ye Sha itu tak diperlukan dan tugasan hariannya berubah kepada mengumpulkan maklumat tentang apa yang Cik suka dan tak suka serta aktiviti hariannya. Maklumat ini Ye Sha tuliskan di atas sekeping kertas kecil yang dihantar pulang ke Jun Wu Yao di Kerajaan Qi dengan menggunakan ular hitam.

Pada masa yang sama Ye Sha melepaskan ular hitam itu, wajahnya tiba-tiba menjadi kaku!

Dua orang yang mempunyai penampilan yang sangat hebat sedang menghampiri anak-anak muda tersebut dengan amat pantas!

Ye Sha lebih berwaspada dan tubuh badannya menjadi tegang. Matanya memerhatikan kawasan sekeliling.

Jun Wu Xie yang menikmati keselesaan perut Rolly yang berbulu itu berasa amat tenang. Tiba-tiba terdengar satu suara yang tak dikenali, mengganggu keriangan Jun Wu Xie.

"Jadi, kau ada di sini."

Suara yang tiba-tiba berbunyi itu membuatkan ketiga-tiga anak muda itu berpaling ke arahnya.

Mereka terlihat dua orang yang kelihatan menawan, tidak jauh dari mereka. Kedua-dua orang ini sedang meneliti mereka bertiga dengan penuh hati-hati. Mata kedua-duanya kelihatan pelik. Mereka seolah-olah sedang menilai barang-barang, bukannya memandang tiga orang pemuda tersebut. 

Perasaan menghina mereka itu terlalu jelas dan mereka tidak peduli untuk menyembuyikannya.

"Kau ke? Atau kau? Ataupun mungkin…..si kecil ini." Lelaki itu tersenyum sambil bertanya. Dia memandang Hua Yao, Qiao Chu dan matanya merenung Jun Wu Xie.

Mata Jun Wu Xie menjadi dingin. Entah mengapa, dua orang lelaki yang muncul tiba-tiba ini membuatkan dia berasa amat tak sedap hati.

Hua Yao dan Qiao Chu menjadi berwaspada. Rolly berdiri di sisi Qiao Chu dan ular tulang berkepala dua itu melakukan pergerakan pertahanan.

"Huh? Apa ni? Ahli Puak Pengalih Tulang berada di Alam Bawahan. Budak, ular tulang berkepala dua tu milik kau, bukan?" Lelaki itu mengecilkan mata dengan kejam sambil memandang Hua Yao. 

Hua Yao menjadi kaku dan matanya merenung kembali dengan marah.

"Beruang Yin Yang Bear….. Ish..ish. Macam mana roh berkontrak ini semuanya muncul di Alam Bawahan? Kau semua memang dah buka minda aku hari ini," Matanya kembali memandang Rolly sewaktu dia bercakap.

"Ular tulang berkepala dua, beruang Yin Yang. Kamu berdua bukan orang yang kami cari…." Mata lelaki itu perlahan-lahan berpaling ke arah Jun Wu Xie sambil tersenyum licik.

"Hei budak, aku agak kau ada roh berkontrak bentuk tumbuhan."

Jantung Jun Wu Xie terhenti seketika. Dia tidak melepaskan Teratai Kecil. Jadi macam mana mereka tahu tentang roh berkontrak jenis tumbuhan yang tersembunyi di dalam badannya?

"Kamu semua siapa?" tanya Jun Wu Xie dengan dingin. Perasaan yang dirasainya tentang dua orang lelaki ini berbeza dengan orang lain yang pernah dia temui. Hanya dengan berdiri di depannya saja mereka sudah mengeluarkan aura hebat yang mencengkam dadanya dan membuatkan nafasnya menjadi sesak.

Perasaan ini pertama kali Jun Wu Xie rasai selepas dia dilahirkan semula.

"Kami ni orang baik-baik. Budak, beritahu saja dan anggap aku ni macam abang kau. Roh berkontrak kau tu berbentuk tumbuhan ke?" Senyuman lelaki itu semakin lebar dan matanya semakin kecil sewaktu dia cuba memujuk dengan lembut.

Jun Wu Xie berkerut dan wajahnya menunjukkan permusuhan.

"Hai... janganlah teruja sangat. Kami ni nak tanya beberapa soalan saja." Lelaki itu sedar yang lakonannya tadi tak berkesan ke atas Jun Wu Xie lalu mengeluh tidak berdaya dengan berlebih-lebihan.

Sebaliknya, lelaki seorang lagi yang diam saja berdiri di tepi, merenung Jun Wu Xie dengan tajam dan penuh ancaman.

"Kita tak kenal satu sama lain dan tak ada apa nak dicakapkan." Jun Wu Xie meneliti tindakan yang diambil kedua-dua lelaki ini.

"Memandangkan kamu tak mahu beri kerjasama, kami hanya boleh..." kata lelaki yang sedang tersenyum itu. Tiba-tiba matanya bersinar dengan dingin.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C340
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄