下載應用程式
36.85% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 328: Menjelmanya Awan Ribut (4)

章節 328: Menjelmanya Awan Ribut (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Wajah Qin Yue berkerut, matanya dingin.

"Sudah tentu."

Kejadian hari ini perlu dipadamkan dengan pertumpahan darah. Kata-kata Jun Wu Xie telah menyebabkan rahsia di antara QIn Yue dan Ke Cang Ju terdedah. Kalau Qin Yue tidak melakukan apa-apa untuk menunjukkan kuasanya, Tuan Tua lain mungkin akan mengannggapnya sebagai kelemahan dan memanipulasi situasi penuh pergolakan ini.

Hanya setelah dua orang pengikut Puncak Awan Tersembunyi ini membayarnya dengan darah barulah Qin Yue dapat menenangkan kekecohan ini.

Pertama sekali, ini akan menunjukkan yang Qin Yue tidak memberikan kelebihan khas dan perlindungan pada Ke Cang Ju. Pengikut Puncak Awan Tersembunyi yang berada di bawah perlindungan Ke Cang Ju juga akan dibunuh kalau mereka berbuat salah. Kejadian ini sudah mengakibatkan kematian beberapa orang pengikut puncak-puncak lain, jadi pembunuhan dua orang pengikut Puncak Awan Tersembunyi ini akan meredakankan sedikit kemarahan Tuan Tua lain.

Keduanya…..

Kedua-dua samseng ini…. Seorang itu bermulut besar, seorang lagi menyerang pengikut Qin Yue. Semua itu mencabar maruahnya sebagai Pemerintah. Kalau dia tidak bunuh mereka, kedudukannya sebagai Pemerintah akan dipandang rendah hari ini.

Mungkin ada manfaat ketiga juga….

Qin Yue mengecilkan matanya sewaktu merenung Ke Cang Ju.

Ketiga, dia boleh menyedarkan Ke Cang Ju yang amat angkuh dan melampau ini!

Pengikut-pengikut Puncak Awan Biru mula berdiri. Mata mereka menunjukkan perasaan takut sewaktu memandang Qiao Chu. Qin Yue sudah memberikan arahannya. Ini bermaksud, Jun Wu Xie dan Qiao Chu perlu dibunuh.

Tetapi para pengikut yang tercampak jauh hanya dengan satu hayunan tendangan Qiao Chu itu dicengkam ketakutan.

Mereka mahu menangkap dua orang pemuda itu, tapi...

Mereka berdua terlalu kuat!

"Apa yang kamu semua masih tercegat tu! Hapuskan mereka berdua sekarang!" Qin Yue menjerit.

Beberapa orang pengikut Puncak Awan Biru itu saling berpandangan, berasa hiba dengan diri mereka yang tidak berdaya.

Lama mereka bergelut dengan perasaan mereka, sebelum akhirnya mengambil satu langkah menuju Qiao Chu.

Namun begitu…..

Dalam sekelip mata, pengikut Puncak Awan Biru itu teruk dibelasah oleh Qiao Chu dan dicampak keluar dari dewan utama. Para pengikut ini bergelimpangan di atas tanah tanpa bergerak. Nampaknya mereka semua sudah pengsan!

Pengikut Kumpulan Qing Yun lebih cenderung ke arah pembelajaran bidang perubatan dan tidak begitu mahir daripada segi kuasa rohani. Kumpulan Qing Yun menjemput ramai pakar handalan untuk menjadi askar upahan bagi mengatasi kelemahan ini. Kuasa tempur para pengikut itu yang lemah, amat menyedihkan apabila berhadapan dengan sepasang penumbuk milik Qiao Chu.

Selepas membelasah para pengikut lemah yang menyibuk itu, Qiao Chu menyapu-nyapu debu di tangannya sambil tersenyum sinis.

Wajah Qin Yue kelihatan amat marah. Dia tidak menjangkakan pengikut Ke Cang Ju memiliki kekuatan seperti ini. Sepantas kilat sekumpulan pengikut Puncak Awan Biru itu dicampak keluar dari dewan dan tidak sedarkan diri.

"Ke Cang Ju!! Tak bolehkah kau kawal pengikut kau ni?" Qiao Chu menjerit.

"Ke Cang Ju" bangun dengan perlahan-lahan dan menjawab, "Tuan Pemerintah, kamu yang suruh saya mencipta racun itu dan kamu juga yang setuju untuk menggunakan pengikut dari puncak lain untuk digunakan sebagai bahan uji kaji racun itu. Sekarang kamu nak gunakan nyawa pengikut saya untuk meredakan kemarahan puncak-puncak lain pula. Tak mungkin saya akan setuju."

Mata Qin Yue terbeliak merenung "Ke Cang Ju" dengan perasaan tidak percaya. Apa yang dia dengar ni?! "Ke Cang Ju" sedang menolak segala kesalahan ke atas bahunya!

"Ke Cang Ju" berpusing menghadap Tuan Tua lain lalu berkata, "Tuntut keadilan kamu dari pemimpin kita. Kumpulan Qing Yun ini ditadbir oleh Pemerintah kita dan dia berkuasa mutlak. Kalau dia tak setuju, bagaimana saya boleh menyentuh pengikut kamu? Qin Yue yang memberikan arahan dan sekarang ni dia mahu saya bertanggungjawab. Saya tak sanggup dan tak dapat memikul hal tanggungjawab sebesar ini."

Sekarang ini Qin Yue sedang menggigil akibat terlalu marah manakala Tuan Tua lain sedang amat berang.

Perangai "Ke Cang Ju" memang teruk, tetapi kata-katanya sangat masuk akal. Kalau dia tidak mendapatkan persetujuan Qin Yue, dia tidak akan dapat menyentuh pengikut dari puncka-puncak lain!

Semua tragedi ini bermula dari Qin Yue dan hanya berlaku di atas persetujuannya!

Selam ini, perasaan tidak puas hati Tuan Tua lain terhadap Qin Yue hanyalah kerana sikap pilih kasih kepada Ke Cang Ju. Tetapi pada hari ini, sakit hati yang mereka rasakan sudah memuncak ke tahap yang amat tinggi!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C328
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄