下載應用程式
27.86% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 248: Niat yang Tidak Diluahkan (2)

章節 248: Niat yang Tidak Diluahkan (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Apabila difikirkan semula, rancangan Jun Wu Xie ini ini bukanlah sesuatu yang tidak wajar. Mereka telah membunuh delegasi Kumpulan Qing Yun, termasuklah anak perempuan Pemerintahnya. Jika Kumpulan Qing Yun mendapat tahu tentang perkara itu, mereka akan menyerang dengan hebat, melepaskan kemarahan yang tidak terkira ke atas Kerajaan Qi yang kecil ini.

Kalau mereka tunggu sehingga Kumpulan QIng Yun bergerak dan memulakan pembalasan terhadap Kerajaan Qi, kedudukan mereka akan bertambah genting dalam menghadapi bahaya yang mendatang.

Kekuatan Kumpulan Qing Yun bukan hanya terletak kepada pengikut mereka, tetapi turut diperkuatkan oleh pelbagai kuasa dan negara yang menyokong mereka. Jika Kumpulan Qing Yun menggerakkan segala yang mereka ada, sepuluh buah Kerajaan Qi sekalipun tak mampu berdepan dengan kekuatan tentera yang hebat ini.

"Wu Xie, Datuk tahu kamu seorang yang berkebolehan. Tetapi pergi ke tempat Kumpulan Qing Yun ini terlalu besar risikonya." Jun Xian mengeluh. Pelbagai masalah mengasak mereka satu persatu dan keamanan tidak pernah wujud cukup lama untuk membolehkan mereka menarik nafas lega.

"Datuk jangan risau, saya sudah memikirkan semuanya dengan teliti. Saya tak akan berdepan dengan mereka secara terus. Lagipun, Guru saya akan bersama-sama saya! Dia akan membantu saya mengharunginya." Jun Wu Xie tidak ada pilihan selain melibatkan Guru yang tidak wujud itu demi membuatkan Jun Xian kurang risau.

"Lagipun, kita tidak dapat mengelak daripada mereka lagi. Saya lebih suka untuk mengambil peluang dan menyerang mereka tanpa disedari daripada membiarkan Kumpulan Qing Yun mendapat tahu semuanya lalu kita ditindas dan terpaksa lari menyelamatkan diri."

"Wu Xie, perkara ini amat berat. Kalau ada apa-apa terjadi ke atas kamu, jangan sembunyikan daripada kami." Jun Qing mengingatkan, hatinya berasa tidak senang.

Jun Wu Xie mengangguk setuju.

Perjalanan ke tempat Kumpulan Qing Yun itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan. Mustahil untuk menghilangkan diri selama itu di bawah pengawasan ketat datuk dan pak ciknya. Sebab itulah dia membuat keputusan untuk memberitahu mereka perkara sebenar. Dia berjaya meyakinkan mereka sedikit dengan menggunakan Guru yang tidak wujud itu.

Petang itu Jun Wu Xie pergi ke Istana Diraja. Qin Yu Yan yang telah ditinggalkan di dalam dewan utama diraja itu sudahpun dalam keadaan separa sedar dan kelihatan amat teruk. Matanya hampir tertutup dan badannya menggigil-gigil.

Bai Yun Xian menyedari kehadiran Jun Wu Xie dan bergerak ke tepi dewan untuk mengelak bertembung dengannya. Dia melihat saja para pengawal mengheret Qin Yu Yan keluar dari dewan utama itu. Sekumpulan pelayan dan sida-sida istana bergegas masuk untuk membersihkan darah dan kekotoran yang terpercik ke merata dewan.

"Ikut saya." Jun Wu Xie menjeling Bai Yun Xian, dan berjalan menuju ke Istana Putera Mahkota.

Istana itu telah 'dipinjamkan' kepada Mo Xuan Fei untuk dijadikan 'kediaman sementara'. Selepas kematiannya, tempat itu kembali tenang dan aman.

Bai Yun Xian mengekori Jun Wu Xie dengan senyap, tidak berkata apa-apa walau sepatah sekalipun. Dia hanya cepat-cepat berjalan sambil menundukkan kepalanya.

Jun Wu Xie terus duduk sebaik sampai ke istana itu dan memandang Bai Yun Xian yang sedang gelisah. Dia berkata, "Saya mahu tahu segala-galanya tentang Kumpulan Qing Yun."

Bai Yun Xian mendongak penuh hairan dan dia memandang Jun Wu Xie.

Walaupun Jun Wu Xie tidak berkata apa-apa, Bai Yun Xian masih boleh meneka niatnya.

Minda hebat gadis muda itu telah membuat perancangan teliti dan memikirkan segala-galanya. Sewaktu dia membuat keputusan untuk membunuh delegasi yang dihantar ke Kerajaan Qi, pasti dia sudahpun mensasarkan Kumpulan Qing Yun secara keseluruhannya.

Jun Wu Xie tahu yang Kumpulan Qing Yun tidak mempunyai belas kasihan dan tidak akan melepaskan dia atau Kerajaan Qi. Jadi dia membuat keputusan untuk menyerang dahulu?

Setelah mengagak niat Jun Wu Xie, Bai Yun Xian berasa tidak senang hati. Dia perlu mengambil penawar racunnya setiap tiga hari. Kalau Jun Wu Xie pergi ke tempat Kumpulan Qing Yun, apa akan jadi dengan dirinya?

"Saya ada penawar yang cukup untuk kamu selam tempoh enam bulan. Saya akan serahkan kepada pak cik saya. Selepas saya pergi, dia akan menghantar orang untuk memberikan kamu penawar ini setiap tiga hari. Selama saya tak ada di sini, kamu mesti berada di Istana Diraja," kata Jun Wu Xie, seolah-olah dapat membaca fikiran Bai Yun Xian. Dia kemudiannya mengeluarkan satu botol porselin dan membiarkan haruman penawar yang amat dikenali itu tersebar keluar.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C248
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄