下載應用程式
24.71% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 220: Tamparan Ketiga (2)

章節 220: Tamparan Ketiga (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Memandangkan mereka berkeras mahu memilih cara yang sukar, jangan buang masa lagi. Tangkap lelaki yang tidak berguna itu dulu. Saya tak percaya Istana Lin akan tetap menolak untuk menyerahkan Jed Roh selepas itu." Dua orang daripada pengikut Kumpulan Qing Yun membincangkan rancangan mereka secara terbuka, langsung tidak mempedulikan kehadiran askar Tentera Rui Li dan anak beranak Keluarga Jun yang sedang marah.

Lelaki 'tidak berguna' yang mereka maksudkan, tidak lain tidak bukan, ialah Jun Qing yang sedang duduk di kerusi roda.

Ketika itu mata Jun Qing bertukar menjadi merah. Dia begitu teringin untuk meluru ke arah dua orang jahat itu dan bertarung bermati-matian.

Mereka tidak cuba berunding atau mengemukakan sebarang permintaan. Kumpulan Qing Yun datang ke pintu pagar mereka dan menyerang tanpa amaran. Ramai askar yang cedera parah bergelimpangan di atas tanah berdekatan kawasan pintu pagar itu. Mereka dicederakan oleh serangan tanpa belas kasihan Kumpulan Qing Yun dan nyawa mereka dalam bahaya!

Mereka telah mendengar tentang kekejaman Kumpulan Qing Yun. Setelah berhadapan sendiri dengan kumpulan itu hari ini, cerita-cerita yang mereka dengar tentang kumpulan paling hebat ini nampaknya benar.

"Jangan terlalu menindas kami!" Askar-askar Tentera Rui Lin menggenggam pedang lengkung mereka dengan marah. Mereka berdiri di hadapan Jun Xian dan Jun Qing untuk melindungi kedua-duanya.

Mereka mungkin tidak sekuat pengikut Kumpulan Qing Yun, tetapi kesetiaan mereka tidak perlu dipersoalkan!

"Kalau kamu mahu menyerang Tuan saya, langkah mayat saya dulu!" Long Qi melangkah ke hadapan sendirian. Cahaya dingin berkilauan di pedangnya yang dihunus di hadapannya.

"Ha ha ha." Pengikut Kumpulan Qing Yun ketawa. Bunyi ketawa mengejek itu seolah-olah ditujukan kepada pihak lawan yang dia anggap terlalu lemah untuk menentangnya.

"Kamu? Kamu fikir kamu boleh halang kami? Kalau kamu mahu mencari maut, kami akan tunaikan hajat kamu. Jangan risau, apabila kamu semua mati, saya pasti akan pijak setiap tubuh badan kamu dan mengheret Tuan kamu yang lumpuh serta tidak berguna itu ke tanah, dan dia boleh merayu meminta nyawa."

Nada suaranya yang penuh penghinaan itu dirasakan ibarat pisau tajam yang menghiris hati setiap askar Tentera Rui Lin.

Orang yang mereka berikan sumpah taat setia, tidak boleh dihina begini!

Long Qi meluru ke hadapan sambil menghunus pedangnya. Kilauan pedang itu bergerak seperti kilat, menyasarkan lelaki yang telah menghamburkan kata-kata penghinaan terhadap Jun Qing!

Pengikut Kumpulan Qing Yun itu tidak berundur dan menghadapi serangan Long Qi secara tepat. Dia memegang dua belah pedang pendek di tangannya. Sewaktu pedang Long Qi semakin menghampirinya, dia mencangkung untuk mengelak tusukan maut itu. Badannya yang lincah bergerak ke tepi dengan pantas, dan hujung sebilah pedang pendek itu kena pada badan Long Qi.

Dalam sekelip mata, Long Qi sudah bertempur sepenuhnya dengan lelaki itu.

Pengikut Kumpulan Qing Yun yang lain berdiri sambil memerhati. Mereka yakin pertempuran ini akan berakhir dengan cara yang sama seperti pertempuran sebelum ini. Berakhir dengan penghinaan ke atas Tentera Rui Lin sekali lagi.

Seketika kemudian, senyuman mereka lenyap.

Long Qi bersiap-sedia menerima serangan kedua-dua bilah pedang pendek itu. Apabila dua bilah pedang itu ditusuk ke bahu kiri dan kanannya, dia menggunakan tenaganya untuk membuka otot bahunya supaya dapat memerangkap dan mengunci kedua-dua bilah pedang pendek itu. Tanpa mempedulikan kesakitan pada bahunya dan sambil memekik dengan kuat, Long Qi menghunuskan pedangnya ke arah jantung pihak lawannya!

"Jahanam!" Pengikut Kumpulan Qing Yun itu tidak pernah berhadapan dengan pihak lawan yang bertempur tanpa mempedulikan nyawa sendiri. Oleh sebab dia mahu mengelak, dia melepaskan senjatanya dan akibatnya, pedang Long Qi berjaya kena pada tangan kiri lawannya itu.

Setelah bertempur dengan berpuluh-puluh orang musuh, pengikut Kumpulan Qing Yun itu tidak pernah mengalami sebarang kecederaan. Dia merenung Long Qi yang telah membuatkan darahnya mengalir. Dua bilah pedang pendek itu kembali ke bentuk tidak nyata setelah dia melepaskan pegangannya dan lari daripada cubaan Qi Long untuk memerangkapnya. Kini, pedang kembar itu sudah kembali dan bergabung dalam tangannya.

Long Qi menegakkan badan dan berdiri di tempat yang sama. Darah mengalir daripada luka pada bahunya tetapi dia tidak mempedulikannya. Dia merenung pengikut Kumpulan Qing Yun tersebut dengan pandangan yang amat tajam.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C220
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄