下載應用程式
24.6% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 219: Tamparan Ketiga (1)

章節 219: Tamparan Ketiga (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Asap memenuhi ruang udara di luar Istana Lin. Sekumpulan besar Tentera Rui Lin berkumpul di hadapan pintu pagar dan berhadapan dengan mereka ialah sepuluh orang daripada delegasi Kumpulan Qing Yun.

"Saya rasa, baik jangan membazir masa. Cubaan lemah kamu untuk menentang kami ini sia-sia sahaja. Saya nasihatkan kamu serahkan Jed Roh dengan aman dan elakkan diri kamu daripada mengalami kesakitan dan penghinaan." Seorang pengikut Kumpulan Qing Yun memusingkan pergelangan tangannya berkali-kali. Dia memakai sepasang sarung tangan berwarna hitam.

Dia memandang askar dari Tentara Rui Lin yang telah dicampaknya ke pintu pagar Istana Lin dengan satu pukulan. Wajahnya penuh cemuhan.

Di belakangnya ada tiga orang lagi pengikut yang memakai pakaian seragam Kumpulan Qing Yun. Enam orang lagi memakai pakaian yang berbeza-beza mengikut individu. Jelas sekali yang mereka ini ialah pakar hebat daripada sekutu Kumpulan Qing Yun yang mengiringi mereka dalam perjalanan ke Kerajaan Qi.

Rakyat yang ketakutan berhimpit-himpit di kawasan tepi. Keadaan huru-hara ini sudah berlaku sejak semalam apabila Kumpulan Qing Yun secara tiba-tiba telah menyerang Istana Lin. Kalaulah Tentera Rui Lin tidak tiba tepat pada masanya, Istana Lin pasti sudah jatuh ke tangan penceroboh dari negara luar ini.

Jumlah askar Tentera Rui Lin yang berkumpul di hadapan Istana Lin semakin bertambah sehingga mencapai beratus-ratus orang. Tetapi Tentera Rui Lin yang mempunyai kelebihan daripada segi bilangan mereka sedang ditindas secara sistematik oleh ahli delegasi Kumpulan Qing Yun.

Dalam masa sehari sahaja jumlah askar Tentera Rui Lin yang tercedera sudah melebih seratus orang manakala orang-orang dari Kumpulan Qing Yun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada ketika itu, Jun Xian sedang berdiri dengan muka yang marah, memerhatikan keadaan huru-hara di hadapannya. Mereka sudah bertempur untuk jangka masa yang lama, tetapi hanya empat orang pengikut Kumpulan Qing Yun yang menyertai pertempuran itu. Enam orang yang lain hanya memerhati.

Empat orang yang bertempur itu kelihatan berusia dalam lingkungan tiga puluh tahun. Semuanya mempunyai roh tahap hijau dan ke atas.

Berdasarkan kualiti pakar yang dihantar, dapat dilihat yang Kumpulan Qing Yun amat mementingkan tugasan membawa pulang Jed Roh. Tidak ada seorang sekalipun di dalam kumpulan delegasi ini yang mudah ditangani.

"Ayah, biar saya lakukannya." Selama ini Jun Qing duduk sahaja di kerusi roda dan berpura-pura lumpuh. Dia tidak dapat lagi menahan kemarahan yang sedang meluap-luap di dalam hatinya. Sepanjang hari ini dia terpaksa menyaksikan askar-askar Tentera Rui Lin, rakan seperjuangannya, dicederakan dan ditindas oleh orang-orang Kumpulan Qing Yun. Hatinya semakin terseksa sewaktu dia duduk dan hanya menahan dirinya, tetapi kini kemarahannya membuatkan dia hampir meledak.

Kumpulan Qing Yun sudah melampau!

Jun Xian tetap diam, pandangan matanya tertumpu kepada mereka yang berdiri di belakang pengikut Kumpulan Qing Yun.

Dalam kalangan enam orang itu, yang paling muda sudah berusia lebih separuh abad dan ada di antara mereka yang kelihatan lebih tua daripada Jun Xian. Mereka tidak menyertai pertempuran, bukan kerana mereka sudah berusia, tetapi kerana pengikut Kumpulan Qing Yun mampu menangani situasi yang mereka hadapi. Kepakaran mereka tidak diperlukan.

Jun Xian amat yakin, dalam kalangan enam orang yang berdiri di belakang itu, setiap seorang daripada mereka lebih hebat daripadanya.

Jun Xian mempunyai roh tahap hijau. Kalau dia bergabung dengan Burung Hantu Putih Pengakis Tulang, mereka mungkin setanding dengan pengikut Kumpulan Qing Yun, tetapi...

Enam orang lagi itu jauh melangkaui kebolehan Jun Qing.

Jun Xian menahan Jun Qing selama ini dan membahayakan nyawa orang-orangnya di dalam tentera Rui Lin kerana dia amat yakin kalau dia dan Jun Qing terlibat dalam pertempuran itu, enam orang yang lain itu tidak akan terus berdiam diri.

Menurut perkiraannya, yang paling lemah dalam kalangan mereka pasti sekurang-kurangnya telah mencapai roh tahap biru peringkat rendah. Sebaik dia dan Jun Qing bertindak, dia menjangkakan Istana Lin akan musnah!

"Apa? Masih tak mahu menyerah kalah?" Lelaki yang memakai sarung tangan hitam itu mengangkat dagunya dengan angkuh. Sarung tangannya ialah roh berkontrak miliknya. Roh berkontrak ini membantu meningkatkan kekuatannya sehinggakan dia mampu menjatuhkan seekor singa jantan dengan hanya sekali pukul. Askar biasa tidak mampu bertahan dengan satu pukulannya!

"Istana Lin yang kecil ini tidak sepatutnya menentang Kumpulan Qing Yun dengan begitu angkuh. Kalau kamu tetap mahu teruskan kebodohan kamu ini, kami akan melepaskan kemarahan kami terhadap kamu." Selepas pertempuran panjang selama sehari itu, pengikut Qing Yun sudah mula berasa tidak sabar.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C219
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄