下載應用程式
24.26% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 216: Pencapaian (4)

章節 216: Pencapaian (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Tenaga roh daripada roh asing ini sungguh zalim dan dipenuhi kuasa pemusnah. Sebaik Jun Wu Xie mula menyerap masuk roh itu, keadaan mindanya menjadi huru-hara dan saraf-sarafnya dirasakan akan musnah pada bila-bila masa!

Butir-butir peluh mula terbentuk di badannya dan tidak lama kemudian, pakaian Jun Wu Xie menjadi basah.

Kesakitan yang dirasai oleh rohnya ialah satu seksaan yang tidak dapat digambarkan, lebih teruk daripada sebarang kesakitan fizikal yang pernah dirasainya.

Jun Wu Xie tidak pernah takut menghadapi kesakitan, tetapi seksaan yang dirasainya kini membuatkan wajahnya menjadi pucat.

Kesakitan fizikal boleh membuatkan seseorang itu pengsan seketika. Tetapi kesakitan akibat seksaan ke atas roh tidak akan membuatkan seseorang itu hilang kesedaran. Malah sewaktu roh mengalami seksaan, kesedaran seseorang itu akan dipertingkatkan. Pada saat ini, deria rasa Jun Wu Xie diperkuatkan sehingga sentuhan lembut sekalipun dirasakan seolah-olah dihempap batu.

Tubuh kecil molek di dalam pelukan Jun Wu Yao itu menjadi semakin panas dan wajah gadis itu semakin pucat. Jun Wu Yao tidak melakukan apa-apa selain memangku Jun Wu Xie di dalam dakapannya dengan penuh hati-hati.

Dia tahu yang sebarang sentuhan yang dikenakan ke atas gadis itu hanya akan membawa keburukan dan menyebabkan kesakitan yang teramat.

Roh Jun Wu Xie sedang diserang tanpa belas kasihan dan dia mengetap giginya sambil melawan. Kebanyakan orang mungkin tidak berpeluang mengalami kesakitan sebegini sepanjang hidup mereka, tetapi keadaan ini tidak asing bagi Jun Wu Xie.

Sewaktu roh kucing hitam kecil itu bergabung dengan rohnya, dia sudahpun mengalami kesakitan yang tidak dapat digambarkan ini.

Dia masih sangat muda pada ketika itu. Sewaktu dia turun daripada meja pembedahan, dia sudah kehilangan bentuk rupa seorang manusia. Kini dia sekali lagi merasai kesakitan yang amat dikenalinya, tidak ada sebarang ketakutan di dalam hatinya.

Kalau dia tidak takut menghadapi kematian, maka keadaan ini tidaklah seteruk mana.

Sikap memberontaknya semakin membara. Dia tidak mengaku kalah dan meningkatkan kelajuan penyerapan roh itu.

'Bunuhlah saya kalau mampu. Kalau tidak, mengalah saja dan biarkan roh kamu dibaham!'

Roh Ular Melayang itu meronta-ronta dan melawan, enggan diserap oleh seorang manusia. Tetapi rintangan roh telah menutup jalan keluarnya dan di bawah bimbingan lelaki itu, roh Ular Melayang ini perlahan-lahan diserap masuk ke dalam tubuh gadis manusia itu!

Roh Ular Melayang melancarkan serangan secara menggila ke atas roh Jun Wu Xie. Roh manusia lebih lemah dan roh Ular Melayang itu percaya jika roh gadis itu dimusnahkan, maka dia akan berpeluang untuk melepaskan diri!

Tetapi roh Jun Wu Xie rupa-rupanya tidak mudah luntur seperti yang dijangka. Tidak kira betapa Ular Melayang itu menyerangnya, roh gadis itu yang kelihatan lemah dan kecil langsung tidak berganjak serta tidak menunjukkan tanda-tanda akan lenyap.

Sewaktu Jun Wu Xie sudah dapat menyerap masuk roh Ular Melayang itu ke dalam badannya dengan sepenuhnya, matanya masih terpejam rapat.

Kesedarannya, bersekali dengan rohnya, telah jatuh ke dalam jurang kegelapan.

Di dalam kegelapan itu, Jun Wu Xie terlihat seekor binatang besar yang menakutkan.

Binatang ini sangat besar, sama besarnya dengan naga dalam kisah legenda. Badannya seperti ular tetapi turut mempunyai sepasang sayap yang dilengkapi kuku bercangkuk. Sayapnya dikepak-kepakkan dan ular besar itu terapung di udara.

Sejak kelahiran semula Jun Wu Xie, di antara binatang roh yang pernah dilihatnya, Singa Emas merupakan yang paling besar. Tetapi Ular Melayang di hadapannya ini, kepalanya saja sudah lebih besar daripada Singa Emas! Ular Melayang ini menyebarkan aura menindas, sambil menayangkan kekuatannya.

"Manusia biadap! Kau cuba membaham roh aku?" Ular Melayang itu memandang ke bawah, ke arah Jun Wu Xie yang kelihatan kecil sahaja di atas tanah. Roh Jun Wu Xie begitu kecil sehinggakan satu taring Ular Melayang itu sekalipun lebih besar daripada rohnya!

Jun Wu Xie mengangkat kepalanya dan memandang Ular Melayang yang kejam itu. Mata Jun Wu Xie kelihatan amat tenang.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C216
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄