下載應用程式
23.03% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 205: Pertaruhan (1)

章節 205: Pertaruhan (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Suara itu sahaja sudah menyebabkan kecederaan begitu berat ke atas tubuh badannya. Kuasa yang kuat itu benar-benar membuatkan dia gerun.

Roh hijau? Biru? Atau warna ungu yang dianggap legenda...

Mo Qian Yuan langsung tidak tahu kemahiran Jun Wu Yao sudah mencapai tahap mana. Lelaki itu begitu kuat tanpa perlu melepaskan kuasa rohaninya!

Kuasa sehebat ini sebenarnya wujud?

"Cukup." Jun Wu Xie bersuara tepat pada masanya. Dia tidak tahu jika Jun Wu Yao yang melakukannya, tetapi kuasa yang menghentam Mo Qian Yuan tidak sedikitpun memberi kesan kepada Jun Wu Xie dan dia tidak tahu betapa menakutkannya kuasa itu. Dia cuma boleh mengagak kesannya dengan melihat keadaan Mo Qian Yuan yang sudah tersandar.

Pada masa yang sama sewaktu Jun Wu Xie menghabiskan kata-katanya, kuasa yang menekan badan Mo Qian Yuan diangkat dan terus hilang. Mo Qian Yuan mengumpulkan sepenuh kekuatan dan bersusah payah berdiri. Ketakutan masih berbekas dalam hatinya sewaktu dia memandang Jun Wu Yao.

Siapa sangka lelaki yang mempunyai kekuatan sehebat ini bersembunyi di sebalik Jun Wu Xie? Dengan adanya dia, Jun Wu Xie tidak perlu takut dengan Kumpulan Qing Yun.

Dengan kekuatan ini, lebih dua puluh orang pakar dalam delegasi itu mudah sahaja diuruskan. Malah kalau Pemerintah Kumpulan Qing Yun sendiri yang datang, dia juga mungkin mengalami kekalahan yang memalukan.

"Jed Roh." Jun Wu Yao meminta daripada Mo Qian Yuan.

Mo Qian Yuan mengesat darah pada mulutnya dan mencuri pandang pada Jun Wu Yao. Kali ini, tanpa ragu-ragu atau membantah, dia mengarahkan Jed Roh dibawa kepadanya.

"Wu Xie." Selepas memberikan arahan itu, dia bertanya kepada Jun Wu Xie dengan bimbang, "Kamu kata kamu akan uruskan Kumpulan Qing Yun. Adakah kamu berniat mahu menyuruh...Abang kamu melakukannya? Untuk…" Mo Qian Yuan membuat isyarat tangan bergerak di sepanjang lehernya, bertanya jika ahli Kumpulan Qing Yun akan dibunuh.

"Ya." Jun Wu Xie menjawab dengan jujur.

Mo Qian Yuan tersentak kerana terkejut.

Begitu sahaja?

Tidakkah itu terlalu ganas?

"Kumpulan Qing Yun mungkin tidak begitu mesra, tetapi mereka juga tidak melakukan sebarang kekejaman. Kamu pula membuat keputusan untuk… Agak melampau, bukan?" Mo Qian Yuan tahu walaupun Kumpulan Qing Yun tidak akan berputus asa untuk mendapatkan Jed Roh, tindakan Jun Wu Xie yang kelihatan agak terburu-buru ini sukar diterima.

Tambahan pula, delegasi ini bukanlah keseluruhan Kumpulan Qing Yun. Kalau ada sesuatu berlaku pada mereka, Kumpulan Qing Yun pasti akan membalas.

Bolehkah Jun Wu Yao seorang sahaja menentang pembalasan dendam Kumpulan Qing Yun yang kuat, serta pejuang lain yang menyokong mereka?

Kalau boleh, Mo Qian Yuan memilih mahu keadaan kekal damai dan menyelesaikan masalah dengan baik.

Jun Wu Xie tidak membalas dan memerhatikan Mo Qian Yuan yang sedang menghadapi konflik. Dia faham kerisauan lelaki itu. Mo Qian Yuan kini Maharaja Kerajaan Qi dan dalam setiap apa yang dilakukannya, dia perlu memikirkan kesannya kepada negara. Tetapi sikap terlalu berbelas kasihan dan berlembut tidak akan menjadikan dia pemerintah yang baik.

Jun Wu Xie mengecilkan mata dan bertanya dengan perlahan, "Kamu rasa saya terlalu ganas?"

Soalan Jun Wu Xie itu membuatkan bulu roma Mo Qian Yuan berdiri tegak. Renungan dingin gadis itu tertumpu kepadanya sekali lagi.

"Tidak. Saya cuma rasa kita tak perlu membunuh tanpa sebab."

Jun Wu Xie meneliti Mo Qian Yuan. Dia memilih Mo Qian Yuan untuk menaiki takhta kerana lelaki itu lurus dan baik hati, tidak seperti bapa dan adiknya yang kejam dan tidak berprinsip. Dia dipersiapkan untuk menjadi perisai Keluarga Jun. Perisai ini nampaknya kuat dan teguh, tetapi tumpul.

Ia hanya boleh bertahan tetapi tidak menyerang.

Jun Wu Xie lama berdiam diri sebellum berkata, "Kamu lembut hati sangat."

Ekspresi wajah Mo Qian Yuan menjadi gelap. Bukannya dia yang terlalu lembut hati, Jun Wu Xie itu yang terlalu ganas.

"Mari kita bertaruh." Jun Wu Xie berpusing menghadap Mo Qian Yuan. Sudah tiba masanya perisai ini dipertajamkan sedikit.

"Pertaruhan apa?"

"Sama ada Kumpulan Qing Yun sendiri yang akan menempah maut," kata Jun Wu Xie sambil mengecilkan matanya sedikit.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C205
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄