下載應用程式
20.44% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 182: Kekuatan Kumpulan Qing Yun (4)

章節 182: Kekuatan Kumpulan Qing Yun (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Kereta kuda Kumpulan Qing Yun berhenti di luar Istana Diraja. Para pengawal sudah bersedia dan berdiri dalam formasi alu-aluan. Mo Qian Yuan yang memakai jubah bercorak naga, berdiri di hadapan Istana Diraja sambil tersenyum memandang para tetamu itu.

Qin Yu Yan turun daripada kereta kuda. Kecantikannya yang tiada bandingan menarik perhatian ramai.

"Salam hormat dan selamat datang, Cik Qin." Mo Qian Yuan langsung tidak menunjukkan sebarang keangkuhan sebagai Maharaja dan mengalu-alukan kedatangan mereka dengan senyuman.

Jiang Chen Qing berkerut memandang Maharaja muda itu, "Kamu ni Maharaja Kerajaan Qi?" Nada suaranya langsung tidak ada rasa hormat.

Mo Qian Yuan tidak tersinggung dan cuma ketawa. "Mantan Maharaja tidak sihat dan telah menyerahkan takhta. Beta kini Maharaja Kerajaan Qi."

"Kamu ini Mo Qian Yuan?" tanya Jiang Chen Qing.

"Ya, betul."

Mendengarkan jawapan ini, ekspresi wajah Chen Qing menjadi dingin dan kuasa rohani tersebar dari badannya. Mo Qian Yuan merasakan satu tekanan yang kuat menekannya dan membuatkan dia sukar bernafas.

"Nampaknya apa yang Yun Xian beritahu kami itu benar. Kamu telah bekerjasama dengan perempuan jalang Keluarga Jun itu untuk membawa bahaya ke atas seorang pengikut Kumpulan Qing Yun!"

Jiang Chen Qing hampir mahu memukul Mo Qian Yuan!

Sewaktu Bai Yun Xian menyampaikan mesej kepada Kumpulan Qing Yun, dia ada menyebut yang Jun Wu Xie sudah bersekutu dengan Putera Mahkota, Mo Qian Yuan. Kini setelah Jiang Chen Qing mengesahkan yang takhta Maharaja sudah jatuh ke tangan Mo Qian Yuan, dia merasakan itu sahaja yang dia perlu tahu!

"Tuan, benarkan saya memberi penjelasan! Siapa di dalam Kerajaan Qi yang berani menyentuh Cik Bai? Ada sebab lain kenapa Cik Bai memberikan mesej sebegitu kepada Kumpulan Qing Yun dan situasi sebenar ialah sangat berbeza!" kata Mo Qian Yuan dengan tergesa-gesa, memaksa dirinya untuk bertenang.

"Pak Cik Jiang, biarkan dia habis bercakap." Qin Yu Yan yang selama ini diam sahaja, menyampuk dan menghentikan Jiang Chen Qing.

Jiang Chen Qing dengan berat hati mengekang kuasa rohaninya, tetapi matanya tetap merenung tajam pada Mo Qian Yuan.

Mo Qian Yuan mengeluh lega dalam hatinya. Dia sangkakan Bai Yun Xian itu terburu-buru orangnya. Tetapi jika dibandingkan dengan Jiang Chen Qing, lelaki gila yang serta merta mahu membunuh, Bai Yun Xian itu ibarat arnab yang jinak.

Qin Yu Yan melangkah ke hadapan, ada senyuman lembut di wajahnya.

"Tuanku tak perlu risau. Pak Cik Jiang cuma risaukan keselamatan Yun Xian. Kalau ada salah faham, lebih baik kita selesaikan seawal mungkin." Bunyi suara Qin Yu Yan seperti mata air di gunung dan membuatkan orang yang mendengarnya berasa selesa.

Nada suaranya yang lembut dan kata-katanya yang penuh sifat bertimbang rasa membuatkan orang di sekeliling membisikkan kata-kata pujian.

Memang layak dengan kedudukannya sebagai Cik Sulung Kumpulan Qing Yun. Lemah lembut dan beradab. Seorang wanita yang hebat!

"Beta ucapkan terima kasih atas kebaikan hati Cik Sulung. Hal ini sebenarnya berkaitan dengan….Kerajaan Qi. Perjalanan kamu pasti memenatkan. Apa kata kita semua berehat di dalam Istana Diraja sambil menanti Cik Bai. Nanti semuanya akan dijelaskan." Mo Qian Yuan menjemput mereka sambil tersenyum, tetapi hatinya langsung tidak berasa gembira.

Walaupun dia ialah pemerintah sebuah kerajaan, di hadapan Kumpulan Qing Yun, dia hanyalah seseorang yang mereka boleh pukul dan bunuh sesuka hati. Bukankah itu amat memalukan sebagai seorang pemerintah?

Qin Yu Yan senyum dan mengangguk, "Bagus juga tu. Terima kasih."

"Sama-sama. Silakan."

Memandangkan Qin Yu Yan sudah bersuara, yang lain diam sahaja dan hanya menurut langkahnya.

Jiang Chen Qing merenung tajam pada Mo Qian Yuan dan berkata, "Jangan fikir kamu boleh tipu kami. Kalau kami sudah masuk ke istana dan mendapati kamu berbohong, saya mahu kamu tahu yang Kumpulan Qing Yun ini tidak boleh dipermainkan." Selepas berkata demikian, Jiang Chen Qing mengikut Qin Yu Yan masuk ke dalam Istana Diraja.

Mo Qian Yuan memerhatikan susuk tubuh orang-orang dari Kumpulan Qing Yun itu berlalu pergi. Bahagian belakang badannya dibasahi peluh akibat tertekan dengan kejadian tadi. Tetapi bukan perasaan takut yang menguasai dirinya. Dia mengetap gigi dan terus melihat kelibat orang-orang yang angkuh itu semakin lenyap.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C182
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄