下載應用程式
18.76% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 167: Perubahan Rejim (1)

章節 167: Perubahan Rejim (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Lima batang jarum itu ditusuk dengan kejam ke mata Maharaja. Baginda meronta-ronta di atas singgahsana sambil mengeluarkan jeritan yang menggerunkan.

Jun Wu Xie memandang Maharaja tanpa perasaan, sedikitpun tidak berasa simpati.

Dia tidak akan membiarkan Maharaja mati dengan begitu mudah. Maharaja banyak berhutang dengan Keluarga Jun dan tidak akan mampu membayarnya walau dengan nyawa sendiri. Dia mahu Maharaja membayar bunga hutang itu, sedikit demi sedikit.

"Campak ketiga-tiganya ke dalam penjara." Dia mencemuh dengan nada dingin.

Tentera Rui Lin sebenarnya terkejut dengan kekejaman Jun Wu Xie dan bingung kerana dia langsung tidak mempedulikan identiti Maharaja.

Bagaimana keadaan ini boleh dianggap penurunan takhta? Ini pembunuhan raja!

Selepas seketika, Maharaja, Putera Kedua dan Bai Yun Xian diheret ke penjara. Ketiga-tiganya sangat berkuasa semalam, tetapi hari ini diheret seperti binatang. Kemegahan dan maruah mereka dihancurkan sepenuhnya oleh Jun Wu Xie.

Mo Qian Yuan merenung singgahsana yang kosong itu dalam keadaan tanpa sedar.

Apa yang baru berlaku?

Dia telah memikirkan ucapannya pada saat ini, tetapi tidak ada sepatah kata sekalipun yang telah dia sediakan dapat digunakan. Jun Wu Xie menyelesaikan segala-galanya…. dengan cara yang paling ringkas dan kasar!

"Penjenayah-penjenayah itu telah menyusup jauh ke dalam Istana dan meracuni Maharaja serta Putera Kedua. Malangnya, Maharaja tidak dapat diselamatkan daripada racun yang dahsyat itu dan telah meninggalkan kita. Kerajaan kita tidak dapat bertahan tanpa ada pemerintah." Jun Wu Xie memegang sapu tangan, mengelap tangannya yang lembut dan memandang Mo Qian Yuan tanpa perasaan.

Mo Qian Yuan memandang gadis ini dengan pandangan tidak percaya, tidak mampu menyembunyikan perasaannya. Gadis ini! Dengan satu ayat sahaja dia mampu menyembunyikan apa yang berlaku dan memberikannya alasan yang kukuh untuk menaiki takhta.

Walaupun kata-kata ini tidak begitu sempurna dan mencurigakan, tetapi selari dengan segala kejadian yang telah berlaku di Bandar Diraja.

Racun itu dikesan sehingga ke Tentera Yu Lin. Jadi boleh dipercayai jika dikatakan Maharaja serta Putera Kedua telah diracun.

"Apa yang kamu mahu lakukan pada mereka?" Mo Qian Yuan tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya sambil memandang gadis itu dengan bimbang.

Cara yang dia gunakan terhadap mereka amat kejam dan tidak ada belas kasihan. Membiarkan mereka hidup pastinya akan membuatkan mereka terseksa.

"Kumpulan Qing Yun akan tiba di Bandar Diraja tidak lama lagi, jadi Bai Yun Xian belum boleh mati lagi." Jun Wu Xie tunduk sambil memikirkan kata-kata ancaman Bai Yun Xian.

Tanap mengetahui cara yang dia gunakan untuk menghubungi Kumpulan Qing Yun, buat masa sekarang Jun Wu Xie terpaksa membiarkan Bai Yun Xian hidup.

"Kamu akan membiarkan dia hidup? Tapi, kalau dia dapat menghubungi mereka dan memberitahu perkara sebenar…" Mo Qian Yuan tidak sanggup memikirkan akibatnya jika kebenaran terbongkar. Dia tidak takut jika rakyat tahu perkara sebenar, tetapi dia gerun memikirkan balasan daripada Kumpulan Qing Yun jika mereka mendapat tahu. "Pemerintah Kumpulan Qing Yun sangat berat sebelah dan terlalu melindungi pelajar-pelajarnya. Pernah ada satu kejadian di mana pelajar-pelajar Kumpulan Qing Yun sedang mengembara dan dirompak sekumpulan penjahat. Bukan sahaja seluruh kumpulan penjahat itu dihapuskan, para pegawai dan ahli keluarga mereka turut menerima hukuman atas kecuaian yang menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan dirompak. Bai Yun Xian itu anak murid Pemerintah. Kalau gurunya tahu yang dia terseksa di sini, Beta risau apa akan berlaku…"

Jun Wu Xie menjeling Mo Qian Yuan, "Mereka tak akan tahu."

"Apa?"

"Bai Yun Xian tidak akan berkata apa-apa." balas Jun Wu Xie.

Mo Qian Yuan memandang Jun Wu Xie dengan perasaan bercampur-baur. Dia tidak tahu berapa banyak kebolehan Jun Wu Xie yang tidak didedahkannya. Namun begitu memandangkan gadis itu mengatakan Mo Qian Yuan tidak perlu bimbang, dia tidak memikirkan hal ini lagi.

"Kamu hanya perlu bersedia untuk menaiki takhta, tak perlu bimbangkan hal-hal lain." kata Jun Wu Xie sebelum meninggalkan Dewan Diraja.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C167
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄