下載應用程式
17.3% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 154: Pertunjukan Bermula (1)

章節 154: Pertunjukan Bermula (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mata Jun Wu Xie semakin mengecil, memikirkan jika dia hendak mengelak senario seperti itu, hanya ada dua pilihan. Pertamanya ialah melupakan tentang hal membalas dendam ke atas Bai Yun Xian dan yang kedua ialah memberitahu Kumpulan Qing Yun perkara sebenar.

Melepaskan Bai Yun Xian?

Tak mungkin Jun Wu Xie boleh melakukannya.

Sesiapa yang mencederakan datuknya mesti mati!

"Pak Cik, jangan risau. Saya sudah fikirkan rancangannya." Jun Wu Xie sudah memikirkan perkara ini masak-masak.

Jun Qing merenung Jun Wu Xie, berharap untuk mendapatkan petunjuk tentang apa yang dirancangkan melalui ekspresi mukanya. Namun wajah yang dingin dan tidak berperasaan itu tidak memberikan apa-apa maklumat.

Gadis ini terlalu bijak. Jika dia tidak mahu mengatakan apa-apa, tiada siapa yang dapat meneka apa yang mahu dilakukannya.

"Hati-hati. Tapi ingat, kalau kamu ditimpa bahaya, Keluarga Jun dan Tentera Rui Lin akan berdiri di belakang kamu!"

"Ya, saya tahu."

Tak lama kemudian, jawapan yang dinantikan datang dari orang ramai di dalam Bandar Diraja.

Pada waktu tengah malam, lebih dua puluh keluarga berlutut di hadapan Istana Lin sambil membawa obor di tangan mereka. Semuanya menangis teresak-esak.

Long Qi bertemu dengan mereka dan mendapat tahu semua keluarga itu ialah keluarga kepada askar Tentera Yu Lin. Apabila mereka dengar tentang racun yang tersebar ke seluruh bandar, mereka telah mendapatkan penawar daripada Tentera Rui Lin. Keluarga-keluarga ini berkumpul untuk menghantar penawar ke kem Tentera Rui Lin.

Keluarga-keluarga lain dapat menyerahkan penawar kepada saudara-mara mereka. Tetapi bagi keluarga ini, mereka langsung tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga mereka. Mereka menjadi panik lalu menimbulkan kekecohan di pintu masuk kem dan telah dihalau. Mereka risau selepas mendengar tentang kekuatan racun itu dan telah datang ke Istana Lin untuk merayu bantuan daripada Putera Mahkota.

Sewaktu Long Qi membawa semua keluarga itu bertemu dengan Mo Qian Yuan, Jun Wu Xie yang sudah menerima berita itu terlebih dahulu, telah duduk di sisi Mo Qian Yuan dan memerhatikan sahaja kumpulan orang-orang yang sedang menangis teresak-esak itu. Dia memberikan pandangan bermakna kepada Mo Qian Yuan.

Siasatan ke atas identiti lima puluh orang lelaki yang mati itu langsung tidak membuahkan hasil. Kini Tentera Yu Lin tiba-tiba kehilangan lebih dua puluh orang askar. Ini tidak boleh dianggap satu kebetulan.

Jun Wu Xie sudahpun mendapat pengesahan tentang andaian yang dibuatnya, lalu dia duduk tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku di depan matanya ini.

Mo Qian Yuan mendapat petunjuk daripada Jun Wu Xie, dan menunjukkan kepada keluarga yang berkumpul itu yang dia amat mengambil berat tentang hal ini. Dia berjanji akan menyelesaikannya. Secepat mungkin Mo Qian Yuan mengetuai sekumpulan askar Tentera Rui Lin dan pergi menyerbu kem Tentera Yu Lin.

Setelah merasai sendiri kekuatan askar Tentera Rui Lin dalam pertempuran tempoh hari, Tentera Yu Lin yang ketakutan terus menjemput masuk rombongan tersebut.

Mo Qian Yuan membawa semua ahli keluarga yang sedang menangis itu masuk ke kawasan kem. Dia duduk dan memaksa komander Tentera Yu Lin menyerahkan senarai nama anggota tentera.

Pemeriksaan teliti ke atas senarai nama itu menunjukkan, beberapa hari yang lalu, Tentera Yu Lin tiba-tiba kehilangan lima puluh orang askar tanpa sebarang sebab. Wajah komander itu menjadi kemerah-merahan kerana dia tidak tahu dan tidak dapat menjelaskan tentang kehilangan ini.

Pada ketika itu, ahli keluarga askar Tentera Yu Lin yang hilang itu, mula membuat kekecohan.

Ini tidak mungkin satu kebetulan! Baru saja ada lima puluh orang lelaki meletup di dalam bandar dan pada masa yang sama, Tentera Yu Lin kehilangan lima puluh orang askar?

Sebelum fajar menjelma, berita itu sudahpun sampai ke telinga semua orang di dalam bandar!

Mereka sedar yang lima puluh orang yang meletup itu ialah lima puluh askar Tentera Yu Lin yang dikatakan hilang!

Racun itu disebarkan oleh Tentera Yu Lin?

Seluruh bandar kecoh dengan pelbagai khabar angin dan teori. Tentera Yu Lin tidak berani keluar dan hanya bersembunyi di dalam kem mereka.

Pada masa yang sama, di Istana Lin, Jun Wu Xie sedang menyusun teratai yang diletakkan di dalam Nektar Jed sewaktu Mo Qian Yuan membuka pintu biliknya. Ekspresi wajah Mo Qian Yuan sangat teruja dan gembira.

"Berjaya! Kita berjaya lakukannya!"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C154
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄