下載應用程式
16.62% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 148: Racun (3)

章節 148: Racun (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mo Qian Yuan menurut arahan Jun Wu Xie dan menghampiri meja batu itu dengan berhati-hati. Melihat wajah Jun Wu Xie semakin berkerut, Mo Qian Yuan menelan air liurnya.

"Duduk." Jun Wu Xie memberi arahan.

Mo Qian Yuan duduk dengan patuh.

"Tangan."

Setiap arahan yang dikeluarkan oleh Jun Wu Xie, dipatuhinya tanpa bantahan. Sewaktu Jun Wu Xie mahu memeriksa nadi Mo Qian Yuan, Long Qi meluru masuk ke situ dengan wajah yang gelisah.

"Cik Muda!" Long Qi berhenti dan melutut sebelah kaki.

"Apa yang dah berlaku?" Hidung Jun Wu Xie yang sensitif dapat menghidu satu lagi kesan darah dari Long Qi. Baunya tidak begitu kuat, tidak seperti bau pada badan Mo Qian Yuan. Nampaknya Long Qi mendapat kesan darah ini melalui udara, dan bukan secara langsung.

"Masalah." Long Qi membalas ringkas.

Dalam masa satu hari, ada lima puluh kejadian letupan badan yang aneh. Lokasi kejadian letupan tidak sama. Tetapi rupa orang-orang ini sebelum mati, sama seperti yang digambarkan oleh Mo Qian Yuan.

Kalau hanya satu letupan sahaja, boleh dianggap kebetulan. Tetapi setelah begitu banyak kejadian berlaku serentak, hal ini tidak boleh lagi dianggap begitu.

Letupan yang berlaku di merata tempat itu telah mengakibatkan kekecohan di kalangan orang ramai dan turut menyebabkan ketegangan.

"Tentera Rui Lin telah dihantar untuk menenangkan dan mententeramkan rakyat. Saya rasa kejadian ini sengaja dirancang oleh seseorang." Selepas serangan ke atas Istana Diraja pada malam itu, Long Qi, tanpa disedarinya, telah melaporkan sebarang kejadian terus kepada Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie memikirkan laporan yang diterimanya. Letupan seperti ini mula-mula berlaku ke atas Lin Yue Yang, tetapi kesannya sedikit berbeza. Namun begitu, dia dapat merasakan yang kejadian ini lebih berkait rapat daripada yang disangka.

Mo Qian Yuan terkejut mendengar berita itu. Dia menyangkakan kejadian yang dialaminya itu unik. Tapi nampaknya ada berpuluh-puluh kejadian yang sama!

Tiba-tiba Mo Qian Yuan merasakan ada tangan yang kecil, lembut dan hangat, menarik pergelangan tangannya. Dia berpaling dan melihat Jun Wu Xie sedang memegang tangannya. Jari-jari gadis itu ditekan lembut pada nadinya. Pada ketika itu Mo Qian Yuan merasakan darahnya naik ke kepala dan badannya menjadi semakin hangat. Dia mengalihkan pandangannya kerana berasa malu, tetapi sentuhan lembut pada kulitnya itu menyebabkan jantungnya berdegup kencang.

Hanya selepas tangannya dilepaskan barulah degupan jantungnya kembali perlahan dan dia dapat bertenang.

"Ada apa-apa yang tak kena?" tanya Mo Qian Yuan.

Jun Wu Xie menggelengkan kepalanya. Denyutan nadi Mo Qian Yuan stabil, tidak ada apa-apa yang luar biasa.

"Adakah kita terlalu berasa sangsi?" tanya Mo Qian Yuan lagi.

"Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang." Jun Wu Xie akan tetap berhati-hati. Keadaan badan Mo Qian Yuan berbeza dengan orang lain. Dia sudah makan biji benih teratai dari Teratai Kecil dan badannya sudah mengalami perubahan yang besar. Tambahan pula, Jun Wu Xie telah memberi dia makan pil menguatkan badan setiap hari. Kebanyakan pil itu merupakan pil antitoksin untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di Kediaman Putera Mahkota.

Nampaknya Mo Qian Yuan bukan calon yang sesuai untuk dia mendapatkan diagnosis.

"Bawa ke mari pengawal Tentera Rui Lin yang mengiringi kamu hari ini." kata Jun Wu Xie dengan berhati-hati.

Mo Qian Yuan menurut sahaja. Sepuluh orang pengawal yang mengiringinya tadi dipanggil ke situ.

Askar pengawal Tentera Rui Lin itu agak muda, dalam lingkungan usia dua puluh lima dan dua puluh enam tahun. Tetapi rekrut yang paling baru di kalangan mereka juga sudah mempunyai rekod perkhidmatan lebih sepuluh tahun!

Mereka berbaris di hadapan Jun Wu Xie. Pakaian mereka kemas, mata mereka bersemangat. Tubuh mereka tegak dan tegap, sesuai dengan tugas mereka sebagai askar.

"Kamu, ke mari." Jun Wu Xie mengangkat jarinya dan menuding pada salah seorang askar itu.

Askar itu terus melangkah menuju meja itu. Setelah mendapat arahan dari Jun Wu Xie, dia menggulung lengan bajunya dan menunjukkan lengannya yang sasa.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C148
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄