下載應用程式
15.28% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 136: Takhta yang Goyah (1)

章節 136: Takhta yang Goyah (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie masih belum biasa dengan kuasa rohani di dunia ini. Dia tidak dapat mengagak sejauh mana kemajuannya dalam meningkatkan aura merah rohaninya.

Situasi yang sedang berlaku tidak membenarkan dia menunggu lama. Menyingkirkan ancaman terhadap Keluarga Jun perlu diutamakan.

Masa sudah terlalu suntuk.

...

Di dalam Istana Diraja Qi, Maharaja sedang duduk di dalam bilik bacaan. Mukanya kelihatan gelap.

Mo Xuan Fei duduk dengan patuh di suatu sudut. Kepalanya ditundukkan.

Dalam masa satu malam sahaja, lelaki-lelaki yang memerintah kerajaan ini merasai keperitan kekalahan buat pertama kalinya. Kemegahan dan kuasa mereka dipijak-pijak menjadi debu.

"Sampah tak guna! Lihat apa yang Anakanda sudah lakukan! Sudah berapa lama Jun Wu Xie mengekori Anakanda? Langsung tidak sedar tentang kebolehan dia? Sekarang ini dia sudah menendang lumpur ke muka kita! Beta sudah mendapat malu!" Maharaja merenung marah terhadap Mo Xuan Fei. Baginda tidak mungkin dapat menjangkakan gadis yang dibenci dan disisihkan oleh rakyat, telah bertukar menjadi wirawati yang disanjung.

Kejadian demi kejadian yang berlaku malam ini, tidak mungkin dirancang oleh seorang gadis yang selalu berbuat sesuka hatinya dan sukar dikawal.

Mo Xuan Fei masih lagi menundukkan kepalanya. Sejak mereka masuk ke dalam Bilik Bacaan Diraja ini, dia asyik dimarahi dan tidak dapat menjawab apa-apa untuk mematahkan tuduhan yang dilemparkan.

"A….. Anakanda tidak tahu bagaimana dia boleh jadi begini. Sewaktu dia bersama Anakanda, dia tidaklah bodoh. Tetapi dia tidak juga pandai. Kalau tidak, dia tidak akan ditipu untuk pergi ke cenuram itu." Mo Xuan Fei cuba membela diri. Bagaimana dia boleh jadi begitu bijak?

"Berani Anakanda mengungkit hal itu! Ayahanda sudah ingatkan, tidak kiralah jika Anakanda tidak sukakan Jun Wu Xie, bertahan sahaja demi Istana Lin. Tetapi Anakanda pula bertindak terlalu awal! Anakanda bernasib baik kerana Jun Xian tidak mengesyaki Anakanda atau dia tidak akan berdiam diri! Apa yang sudah berlaku, sudahlah. Tetapi Jun Wu Xie terselamat. Jadi tindakan Anakanda itu bodoh!" Maharaja masih berang. Baginda tidak marahkan Mo Xuan Fei kerana bertindak begitu awal, tetapi marah kerana Mo Xuan Fei tidak menghapuskan pokok masalah mereka! Jun Wu Xie masih hidup!

Jika Mo Xuan Fei berjaya pada ketika itu, kejadian malam ini tidak akan berlaku.

"Ayahanda! Jika Anakanda tidak memulakan langkah, bagaimana Anakanda boleh rapat dengan Yun Xian? Anakanda tidak sukakan Jun Wu Xie, tetapi Ayahanda mahu Anakanda berpura-pura supaya tidak menyinggung mereka. Kemudian Ayahanda mahu Anakanda rapat dengan Bai Yun Xian. Sebagai anak murid Kumpulan Qing Yun, dia langsung tidak akan pandang Anakanda jika Anakanda masih bertunang dengan Jun Wu Xie." Mo Xuan Fei kecewa kerana Jun Wu Xie terselamat daripada cenuram yang tinggi itu.

Maharaja merenung Mo Xuan Fei dengan marah, tetapi baginda tahu Putera Kedua itu cuma menyatakan perkara yang benar.

Sebenarnya, Maharaja bukanlah tidak sedar dengan tindakan Mo Xuan Fei. Malah baginda juga telah memberikan persetujuan dalam diam.

Malangnya, rancangan jahat ini gagal. Jun Wu Xie terselamat dan mengalami perubahan yang menakjubkan.

"Keadaan sudah pun mencapai tahap ini, tak guna disesalkan perkara yang sudah lepas. Permusuhan di antara kita dan Istana Lin sudahpun terbongkar kerana Jun Xian terselamat, dan kita tidak boleh mengubah apa-apa. Apa yang Jun Wu Xie lakukan malam ini cuma permulaan pada rancangannya. Dia juga mempunyai hubungan rapat dengan Putera Mahkota dan telah menjemputnya ke Istana Lin. Nampaknya mereka sudah bersekutu." Maharaja membuat kesimpulan tentang situasi yang serius itu.

"Maksud Ayahanda… Jun Wu Xie bercadang menukar pemerintah, memberikan takhta kepada Putera Mahkota?" Mo Xuan Fei menjadi pucat.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C136
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄