下載應用程式
14.26% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 127: Ini Baru Permulaan (1)

章節 127: Ini Baru Permulaan (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Ayahanda, pujian ini terlalu berlebih-lebihan," Mo Qian Yuan membalas dengan sopan.

"Putera Mahkota dan Istana Lin, kedua-duanya layak menerima pujian atas kejadian hari ini. Beta akan putuskan apakah ganjaran yang patut mereka terima. Malam ini sangat panjang dan Jun Xian pasti sudah letih. Pergilah berehat kerana negara ini tidak mampu kehilangan kamu selaku tonggak kekuatan negara." Maharaja tersenyum mesra tetapi hati baginda membara dengan aib yang terpaksa baginda pendamkan. Baginda tidak pernah mengalami penghinaan seperti yang telah Jun Wu Xie berikan malam ini.

Baginda hanya mahukan gadis syaitan ini pergi dari sini dan berharap tiada kejadian lain yang akan berlaku.

Jun Xian tidak tergesa-gesa membalas tetapi hanya memandang Jun Wu Xie, dalam diam menyerahkan penutupan kejadian malam itu kepada cucunya.

Jun Wu Xie sudah menenangkan sisi gelapnya dengan kehadiran datuknya. Dia membalas secara dingin dan tidak berperasaan, "Terima kasih, Tuanku. Tetapi masih ada penjahat yang belum ditangkap. Jadi Patik ingin menjemput Putera Mahkota untuk berkongsi kebijaksanaan baginda, dan berbincang dengan pihak kami tentang perkara ini."

Maharaja terkejut. Penjahat yang belum ditangkap?

Jun Wu Xie telah membunuh ramai orang dan Jun Xian sudah kembali. Dia masih tidak mahu mengalah?

Berapa ramai lagi yang mahu dibunuhnya sebelum dia berpuas hati?

Maharaja terlalu penat untuk menolak permintaan Jun Wu Xie. Baginda hanya mampu memaksa diri untuk senyum dan mengangguk lemah.

Mo Qian Yuan berjalan keluar dari Istana Diraja dan berdiri di sebelah Jun Wu Xie. Kejadian malam ini bukan sahaja menakutkan Maharaja dan Mo Xuan Fei, tetapi dia selaku sekutu Jun Wu Xie juga turut terkejut dengan keganasan gadis itu.

"Kami minta diri dahulu. Tuanku sudah banyak menerima kejutan malam ini, sila berehat." Sebaik habis bercakap, Jun Wu Xie berpusing dan berlalu pergi. Dia kelihatan tidak ambil peduli, seolah-olah sudah melupakakan apa yang telah berlaku pada malam ini.

Kata-kata ringkas dari Jun Wu Xie memberikan isyarat kepada Tentera Rui Lin untuk berundur dan meninggalkan Istana Diraja. Orang ramai yang berkumpul di situ amat memuji-muji dan menghormati mereka.

Maharaja yang memerhatikan Tentera Rui Lin yang sedang berundur, tidak dapat lagi menahan kemarahan dan ketakutan yang telah baginda pendamkan. Darah mengalir keluar dari mulut baginda dan hamba-hamba suruhan bergegas mendapatkan baginda.

Jun Wu Xie yang pulang membawa kejayaan, menunggang binatang hitam miliknya di sebelah kuda Jun Xian. Jun Wu Yao sekali lagi hilang di celah-celah orang ramai dan Jun Wu Xie tidak dapat mencarinya.

"Datuk tak apa-apa?" Jun Wu Xie bertanya dengan tenang.

"Datuk sudah semakin tua. Kalau tak kerana makanan dan rawatan yang kamu sediakan selama ini, Datuk rasa tulang-tulang tua ini tidak akan dapat bertahan sehingga sekarang." Jun Xian yang kelihatan berseri-seri di kawasan istana tadi, menunjukkan kelesuannya setelah mereka jauh dari pandangan mata orang ramai.

Mata Jun Wu Xie mengecil.

"Long Qi!"

"Saya!" Selepas kejadian malam ini, Long Qi amat menghormati Jun Wu Xie. Ramai yang tidak tahu perkara sebenar, tetapi Long Qi yang berada di samping Jun Wu Xie sepanjang malam, menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu mengawal keadaan.

"Sampaikan arahan saya. Sebelum semua pesalah dihapuskan, Tentera Rui Lin akan berkawal di Istana Diraja dan tidak ada sesiapa sekalipun dibenarkan untuk keluar dari situ, termasuk ahli Keluarga Diraja. Bunuh sahaja sesiapa yang ingkar arahan ini." Jun Wu Xie baru sahaja menutup keseluruhan Bandar Diraja.

Jun Xian dan Mo Qian Yuan terkejut mendengarkan kata-kata Jun Wu Xie. Mereka berdua dapat meneka niat Jun Wu Xie tetapi hanya mendiamkan diri kerana tekaan mereka melibatkan perkara yang serius.

Hal ini masih belum selesai. Pembalasan dendam Jun Wu Xie baru sahaja bermula.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C127
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄