下載應用程式
11.34% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 101: Muslihat Diraja (2)

章節 101: Muslihat Diraja (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Anakanda bukan sengaja mahu menuduh mereka, tetapi memandangkan Jun Qing masih hidup, kemungkinan besar, itulah yang sedang berlaku. Inilah sebabnya Jun Wu Xie mampu menghasilkan Pil Embun Jed dan Putera Mahkota semakin sihat sejak mereka berdua menjadi rapat. Anakanda risaukan Ayahanda!" kata Mo Xuan Fei. Dia memberikan sembah sujud sebagai tanda taat.

Maharaja memikirkan perkara ini sambil memandang Mo Xuan Fei.

"Bagaimana hubungan Anakanda dengan Bai Yun Xian?" tanya Maharaja.

Mo Xuan Fei menjawab dengan tergesa-gesa, "Dia tersentuh dengan layanan Anakanda. Keadaan terkawal sehinggalah kejadian di Kediaman Putera Mahkota yang melibatkan Jun Wu Xie itu. Sekarang dia sedang merajuk dan bersikap dingin."

Bai Yun Xian memang sentiasa bersikap dingin, tetapi kini dia tidak mempedulikan Mo Xuan Fei.

Maharaja mengerutkan keningnya.

Mo Xuan Fei terus mendesak, "Ayahanda! Putera Mahkota serta Istana Lin selalu berhubung kebelakangan ini. Mereka berkomplot. Kalau hal sebenar tentang perkara itu terbongkar…"

"SUDAH! " Maharaja menghempaskan skrol ke meja. Keningnya berkerut kerana marah.

"Ayahanda akan uruskan hal ini. Bagaimana dengan siasatan terhadap kes rasuah dan rampasan rumah Pegawai Lin?" Maharaja menukar topik dengan pantas..

Agak lama Mo Xuan Fei kaku. Dia terkejut dengan soalan tentang Pegawai Lin yang ditanyakan secara tiba-tiba, sehinggakan dia tidak dapat berkata apa-apa.

Pegawai Lin itu asalnya ialah pegawal yang menjaga sebuah kota di sempadan negara. Dia telah mengesan pergerakan aneh di kawasan itu dan terus melaporkannya kepada Jun Gu yang ketika itu merupakan Panglima Tertinggi. Hasilnya, pihak tentera mendapat kejayaan yang besar. Ini menyebabkan pegawai itu mendapat pujian daripada Maharaja dan dinaikkan pangkat menjadi Pegawai.

Nama penuh Pegawai Lin adalah Lin Yue Yang. Dia seorang lelaki yang jujur dan suka berterus terang serta sentiasa berpegang pada prinsipnya. Walaupun setelah bertahun-tahun berkhidmat di Bandar Diraja, dia tidak menonjolkan diri. Walaupun kenaikan pangkatnya itu disebabkan maklumat yang diberikan kepada Jun Gu, dia tidak mengampu atau menjalinkan hubungan dengan pihak Istana Lin. Malah sewaktu Jun Gu terkorban dalam peperangan, dia sekadar menghantar wakil dan tidak datang sendiri untuk memberikan penghormatan terakhir.

Lin Yue Yang bukanlah pegawai yang berpangkat tinggi dan dia juga tidak mengamalkan rasuah. Namun, sikapnya yang berpegang tinggi pada prinsip telah menyakitkan hati beberapa orang di Bandar Diraja.

"Anakanda sudah arahkan siasatan dijalankan. Tapi Lin Yue Yang itu pendiam orangnya dan sangat berhati-hati dalam apa jua yang dia lakukan. Jadi Anakanda belum lagi menemui bukti yang cukup," jelas Mo Xuan Fei dengan tergesa-gesa.

"Bodoh." cemuh Maharaja. Baginda berfikir sambil memejamkan mata sebelum menyambung, "Anakanda masih muda. Dalam dunia ini, tuduhan boleh dilemparkan tanpa memerlukan bukti yang banyak."

Mo Xuan Fei terkejut lalu mendongak. Mata Maharaja kelihatan kejam.

"Lin Yue Yang mendapat kurniaan diraja disebabkan oleh Keluarga Jun. Dia juga pernah menyelamatkan nyawa Jun Gu. Kalau dia dikenakan tuduhan mengkhianati pemerintah dan menindas rakyat Bandar Diraja, pasti Istana Lin akan mengambil tindakan bagi membela lelaki yang ada hubungan rapat dengan mereka ini!" Maharaja tersenyum jahat, mata baginda seperti mata ular berbisa.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Mo Xuan Fei faham. Senyuman yang keji terukir di bibirnya dan dia memberikan sujud hormat.

"Banyak yang Anakanda pelajari hari ini. Anakanda akan tangkap Lin Yue Yang sekarang juga!"

"Tunggu dulu! " kata Maharaja sambil mengangkat sedikit tangan baginda.

"Lin Yue Yang itu berkemahiran tinggi. Pengawal biasa bukan tandingannya. Kalau dia melarikan diri, Anakanda perlu berhati-hati supaya tidak ditimpa bahaya." kata Maharaja.

Senyuman keji Mo Xuan Fei semakin melebar.

"Terima kasih di atas tunjuk ajar Ayahanda!"

Jun Wu Xie, kali ini tidak ada jalan keluar lagi! Saya akan kenakan kamu!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C101
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄