下載應用程式
10.56% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 94: Tamparan Kedua (2)

章節 94: Tamparan Kedua (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Dia tidak boleh membiarkan Jun Wu Xie menang. Selagi dia dapat menemui Maharaja terlebih dahulu, dia boleh menyuruh ayahandanya menitahkan Tabib Diraja untuk mengatakan Pil Embun Jed itu palsu. Jun Wu Xie akan menerima padahnya!

Sambil diheret oleh Mo Xuan Fei, Bai Yun Xian tidak dapat lagi berpura-pura tenang dan yakin seperti biasa. Kalau Tabib Diraja mengesahkan Pil Embun Jed itu tulen, dia akan menjadi aib dan malu.

Jun Wu Xie duduk memerhatikan drama Mo Xuan Fei dan langsung tidak melakukan apa-apa untuk menghentikannya.

Melihatkan Jun Wu Xie berdiam diri, Mo Qian Yuan mengejek dua orang yang sedang berlalu pergi itu.

"Kenapa Adinda tergesa-gesa? Kalau ada masalah dengan pil itu, Tabib Diraja tidak akan membenarkan pil yang tidak berkualiti sampai kepada Ayahanda." Mo Qian Yuan mencemuh sambil tersenyum melihat Mo Xuan Fei yang tidak keruan. Ini balasan atas penindasan yang dilakukan oleh Mo Xuan Fei kepadanya. Hatinya seolah-olah bebas dari tekanan.

Disebabkan dirinya tidak berupaya untuk menentang Mo Xuan Fei, hatinya puas melihat Jun Wu Xie 'menampar' Mo Xuan Fei. Bagus betul!

Mo Xuan Fei tidak mahu bertengkar dengan Mo Qian Yuan, dia hanya mahukan alasan untuk cepat-cepat pergi dari situ. Kalaupun dia tidak dapat menghentikan Tabib Diraja, selagi dia meninggalkan Kediaman Putera Mahkota dengan segera, dia boleh berpura-pura kejadian hari ini tidak pernah berlaku dan menyelamatkan kehormatan Bai Yun Xian dan dirinya.

Malangnya nasib tidak menyebelahi Mo Xuan Fei. Belum sempat dia keluar dari Kediaman Putera Mahkota, dua orang sida-sida menuju ke arahnya, membawa dulang berisi batu permata. Kedua-duanya tersenyum lebar.

"Patik sudah menjangka akan menemui Tuanku dan Cik Bai di sini. Maharaja sudah menerima pil daripada Cik Bai dan Baginda mengurniakan batu-batu permata ini untuk kegunaan Cik Bai." Sida-sida yang membawa hadiah itu ialah sida-sida peribadi Maharaja yang berpangkat senior. Dia masih lagi tersenyum.

"Apa kamu kata?" Mo Xuan Fei tidak percaya apa yang didengarinya.

Sida-sida itu terkejut melihatkan ekspresi wajah Mo Xuan Fei yang menggerunkan sehingga dia menjadi gagap.

"Tu ...Tuanku mengarahkan Patik...yang hina...untuk menghantar hadiah ini…"

"Kamu kata Yun Xian yang menghantar pil itu kepada Ayahanda? " Mata Mo Xuan Fei terbeliak kerana terkejut. Wajah Bai Yun Xian menjadi semakin pucat.

Sida-sida itu tidak tahu apa maksud situasi ini. Pil Embun Jed itu milik ekslusif Kumpulan Qing Yun. Jadi sudah pastilah pil itu telah dihantar oleh Bai Yun Xian.

Mo Qian Yuan memandang sekumpulan orang yang sedang terkejut di muka pintu. Mulutnya menunjukkan dia sedang mencemuh mereka. Dia berpusing untuk memandang Jun Wu Xie yang masih menundukkan kepalanya dengan tenang dan menghirup tehnya.

Jun Wu Xie tahu Mo Xuan Fei pasti akan menjadi takut dan cuba melepaskan dirinya. Dalam diam-diam dia menghantar pil itu kepada Maharaja dengan menggunakan nama Bai Yun Xian! Maharaja yang mahu mendapatkan sokongan Kumpulan Qing Yun akan memberikan hadiah sebagai balasan, tanpa menyedari tindakan Baginda telah menyebabkan Mo Xuan Fei tidak dapat meloloskan diri daripada situasi ini.

Ketibaan hadiah-hadiah ini menunjukkan pil yang Jun Wu Xie hantar telah mendapat pengesahan dari Tabib Diraja dan telah disampaikan kepada Maharaja.

Sudah jelas kini sama ada Pil Embun Jed itu tulen atau tidak.

Pengaturan masa sida-sida itu datang membawa hadiah amat tepat dan ini membuatkan Mo Xuan Fei tidak dapat berdolak-dalik lagi.

"Jun Wu Xie, berani kamu menipu Maharaja! Pil-pil itu bukannya dihantar oleh Yun Xian!" Mata Mo Xuan Fei penuh dengan niat jahat. Dia enggan dipermainkan oleh Jun Wu Xie, gadis yang ditinggalkannya dahulu. Dia tidak dapat menerima keadaan ini.

Jun Wu Xie mengangkat sedikit keningnya, "Pil itu milik dia."

"Merepek!"

Jun Wu Xie berkata dengan bersahaja, "Untuk menggantikan botol yang kucing saya pecahkan."

Dia sudah memberitahu mereka yang dia akan memberikan pampasan bagi Pil Embun Jed itu pada Bai Yun Xian.

"Keputusannya jelas. Apa kesimpulan kamu, Bai Yun Xian?" Jun Wu Xie menghalakan renungan dinginnya pada Bai Yun Xian yang sedang menggigil.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C94
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄