下載應用程式
8.98% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 80: Manik Kayu Berukir (1)

章節 80: Manik Kayu Berukir (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Mari sini." Jun Wu Xie memanggil Teratai Kecil tanpa ada ekspresi di wajahnya.

Teratai Kecil bergegas mendapatkan tuannya.

Jun Wu Xie menyelak rambut Teratai Kecil untuk memeriksa dahinya. Selepas memeriksa dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesan cedera, barulah Jun Wu Xie bertenang dan matanya menjadi lembut.

"Lain kali, jangan buat apa-apa. Biarkan saja dia." Jun Wu Xie merasakan Jun Wu Yao tidaklah lembut seperti penampilannya. Kejadian berkaitan Mo Xuan Fei serta beberapa kali Jun Wu Xie terbau kesan darah pada lelaki itu, semuanya merupakan tanda-tanda amaran.

Jun Wu Yao sangat kuat, lebih kuat dari sesiapa yang pernah Jun Wu Xie temui. Tetapi lelaki itu juga diselubungi misteri dan memancarkan aura berbahaya. Jun Wu Xie benar-benar tidak mahu menjadi musuh lelaki itu sewaktu dirinya masih lagi lemah dan tidak mempunyai kuasa. Selagi lelaki itu tidak menimbulkan kemarahannya, dia tidak peduli apa yang lelaki itu mahu lakukan. Namun jika Jun Wu Yao melampaui batas, dia akan menyedarkan lelaki itu yang dia tidak boleh dipermainkan.

"Tapi…." Teratai Kecil hampir tercekik. Berdasarkan gerak hatinya, dia dapat merasakan lelaki itu sangat berbahaya. Apabila dia melihat lelaki itu rapat dengan tuannya, dia berasa sangat gerun.

Walaupun lelaki itu senyum, Teratai Kecil tetap berasa sangat takut.

"Dia tak akan apa-apakan saya." Kalau Jun Wu Yao cuba membuat sesuatu yang berbahaya padanya, dia pasti sudah mengambil tindakan.

Jun Wu Xie tidak faham kenapa lelaki itu masih di sini. Dia berada dalam kelasnya tersendiri dan jika dia tidak berada di Istana Lin, Jun Wu Xie tidak fikir ada orang yang berkebolehan untuk mengapa-apakan lelaki itu. Tambahan pula, dia berulang kali menggunakan alasan ingin membalas budi Jun Wu Xie. Gadis itu merasakan alasan ini tidak masuk akal.

Kucing hitam kecil itu baring dengan diam di atas meja, menggoyangkan ekornya sambil memandang Jun Wu Xia.

Jun Wu Xie tidak terlalu mengikut perasaan. Asalkan orang tidak mengganggu atau menimbulkan kemarahannya dan membiarkan saja dia, biasanya gadis ini menurut kata dan suka menyendiri. Namun jika ada orang mengganggunya, kesan yang bakal diterima tidak dapat dijangka.

Malam itu sewaktu api besar di kawasan pergunungan itu memusnahkan segala-galanya, siapa sangka pesalahnya ialah gadis yang kelihatan tidak berbahaya dan diam sahaja ini? Dia telah membakar semuanya di dalam vila itu, termasuk satu-satunya ahli keluarganya serta mimpi ngerinya.

Perangai Jun Wu Xie memang begitu. Selalunya dia bersikap ramah dan tidak mempedulikan pandangan orang lain. Namun jika ada yang menimbulkan kemarahannya, dia tidak akan berhenti sehinggalah orang itu tidak mempunyai jalan keluar lagi.

Kucing hitam kecil itu tidak pernah berasa takut yang Jun Wu Xie akan terseksa kerana kalau dia di pihak yang rugi sekalipun, dia tidak akan kalah. Pihak lawannya akan berada dalam keadaan yang lebih teruk daripadanya.

"Tuan, boleh saya guna manik ini?" Walaupun Teratai Kecil tidak tahu apa yang difikirkan oleh tuannya, dia masih boleh merasakan yang tuannya mengambil berat tentangnya.

Inilah kali pertama tuannya menunjukkan dia mengambil berat tentang Teratai Kecil.

Teratai Kecil sukakan perasaan ini….sangat hangat...

"Apa itu?" tanya Jun Wu Xie sambil memandang manik berwarna hijau pekat di tangan Teratai Kecil.

"Manik Kayu Berukir! Manik ini boleh membantu roh berkontrak untuk bertapa! Ini kali kedua saya melihatnya. Saya pernah melihatnya sekali di dalam Dunia Roh. Saya tak sangka akan mendapatnya di sini juga." Teratai Kecil terus bercakap dengan perasaan teruja. Nampaknya dia sudah melupakan keadaannya yang menyedihkan sebelum ini kerana sudah mendapat Manik Kayu Berukir.

Manik yang kelihatan biasa ini sebenarnya merupakan harta yang sangat berharga dan dapat membantu roh berkontrak untuk melakukan pertapaan.

"Kamu juga boleh bertapa?" Jun Wu Xie mengangkat keningnya kerana terkejut. Dia menyangkakan satu-satunya cara untuk menguatkan roh berkontrak ialah melalui pertapaan tuannya. Nampaknya ada banyak perkara yang dia tidak tahu. Kalau roh berkontrak sendiri boleh bertapa, bukankah banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan?

Dia perlu memuji Jun Wu Yao. Sekurang-kurangnya dia membayar ganti rugi dengan sesuatu yang berharga.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C80
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄