下載應用程式
6.85% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 61: Jamuan (3)

章節 61: Jamuan (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Pemuda yang duduk di sebelah Maharaja tampan orangnya dan wajahnya mirip dengan Mo Xuan Fei, tetapi kelihatan lebih sukar dikawal. Sewaktu Maharaja sedang bercakap dengannya, kening pemuda itu berkerut. Dia memakai broked sutera berwarna perak, namun pemakaiannya lebih kasual berbanding tetamu-tetamunya. Jubah dalaman berwarna putih salju dapat dilihat sedikit. Dia sedang duduk dengan bersahaja, dengan cawan wain di tangannya.

Walaupun jamuan belum lagi bermula, dia sudah banyak minum wain. Matanya menunjukkan dia sudah mabuk tetapi masih lagi menunjukkan sedikit ketajaman minda.

Sekilas pandang Jun Wu Xie dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Putera Mahkota itu tetapi dia tidak berkata apa-apa dan hanya duduk diam di tempatnya.

Di sebelah kiri Maharaja pula adalah Putera Kedua, Mo Xuan Fei, bersama-sama Bai Yun Xian. Pasangan ideal itu sedang tersenyum dan berkelakuan penuh semangat. Gelak ketawa mereka memeriahkan lagi suasana.

Apabila diperhatikan daripada arah dewan, perbezaan di antara Putera Mahkota dan Putera Kedua amat ketara sekali.

Isyarat yang disampaikan oleh pemuzik istana menjemput Maharaja untuk membuat ucap selamat. Mo Xuan Fei menegakkan badannya, memberikan ucapan tahniah kepada kekandanya serta berterima kasih di atas kehadiran para tetamu dan hadiah-hadiah yang dibawa.

Orang yang diraikan pada malam berkenaan, Putera Mahkota Mo Qian Yuan, senyap sahaja. Dia duduk di satu sudut dan minum wain.

"Qian Yuan, hari ini hari lahir Anakanda. Sewaktu Anakanda dilahirkan dahulu, ketika Anakanda dan Maharani dalam bahaya, Juan Gu telah menyelamatkan kamu berdua. Hari ini Lin Wang, Jun Qing dan Jun Wu Xie semuanya hadir. Apa kata Anakanda ambil peluang untuk ucap selamat kepada mereka." kata Maharaja sambil tersenyum kepada Mo Qian Yuan yang hanya diam sahaja.

Wajah Mo Qian Yuan semakin berkerut. Dia berfikir-fikir sejenak sebelum mencapai cawan wain dan berdiri, cuba menstabilkan dirinya. Dia nampak seperti sudah mabuk sedikit dan berjalan terhuyung-hayang.

Ramai di kalangan menteri-menteri yang menggelengkan kepala dalam diam. Mereka tidak begitu optimistik terhadap bakal maharaja ini dan menilainya di dalam hati.

Mo Qian Yuan menghulurkan cawannya. "Terima kasih Istana Lin di atas kurniaan kamu." Tanpa menanti apa-apa jawapan, dia menghabiskan wain di dalam cawannya dengan sekali teguk.

Kelakuannya amat terburu-buru dan begitu tiba-tiba sehinggakan dia hilang imbangannya dan tersungkur ke arah meja di hadapannya.

Jun Xian membantu Putera Mahkota untuk bangun sambil bau arak yang kuat menusuk ke hidungnya. Jun Xian mengeluh perlahan.

"Maaf." Mo Qian Yuan menegakkan badannya sambil wajahnya berkerut. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya secara tidak sedar, merungut-rungut dan kembali ke tempat duduknya.

Jun Wu Xie memandangnya dengan mata yang bersinar.

"Meow!" Suara mengiau perlahan datang dari lengan bajunya.

Sebelum menyertai jamuan, kucing hitam kecil itu telah menyembunyikan diri di dalam lengan baju Jun Wu Xie yang besar. Nasib baik kucing itu kecil sahaja dan dapat masuk tanpa dikesan.

[Cik, lelaki itu ada sesuatu yang menjijikkan padanya!]

Kucing hitam kecil itu mempunyai deria bau yang luar biasa dan selain bau arak yang kuat pada Putera Mahkota, kucing itu juga dapat menghidu sesuatu yang tidak elok.

"Mmm." Jun Wu Xie duduk tanpa bergerak-gerak. Dia juga mempunyai hidung yang sangat sensitif kerana hubungan roh yang dia ada dengan kucing hitam kecil itu. Di dunianya sebelum ini, eksperimen melampau yang orang itu jalankan ke atasnya telah meningkatkan deria baunya beberapa kali ganda. Walaupun tidaklah hebat seperti kucing hitam kecil itu, deria baunya masih lebih sensitif berbanding manusia biasa.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C61
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄