下載應用程式
2.31% TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 16: Empat Kecil Ingin Mendapatkan Duit

章節 16: Empat Kecil Ingin Mendapatkan Duit

編輯: EndlessFantasy Translation

Empat Kecil berguling atas lantai sambil tersenyum, kemudian berguling ke arah Ling Lan. "Tidak mengapa. Selepas bergaduh dengan kamu, saya berasa lebih ceria. Saya benar-benar sangat tidak gembira sebelum ini... "

"Kenapa?'"

"Semasa kita duduk di dalam kereta apung tadi dan Ling-Kosong-Tujuh bercakap, saya ingatkan dunia ini mempunyai seseorang seperti saya. Saya sangat gembira. Sejak meninggalkan Mandora, saya tidak pernah bertemu dengan sesiapa yang sama jenis dengan saya dan saya sangat sunyi. Tetapi, selepas senyap-senyap bercakap dengan Ling-Kosong-Tujuh, saya sedar yang Ling-Kosong-Tujuh bukan seperti yang saya harapkan. Walaupun dia sangat serupa, tetapi dia...lain...tidak sama...kamu faham apa yang saya katakan?" Empat Kecil bertanya dengan wajah yang penuh harapan. Boleh difahami mengapa dia keliru, kecerdasan mentalnya hanyalah seperti kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun pada ketika ini.

Ling Lan menjawab sambil bergurau, "Sama seperti manusia dan monyet?"

Mata Empat Kecil bersinar dan dia mengangguk bersungguh-sungguh, "Ya, sama seperti itu."

Ling Lan mengusap-usap kepala Empat Kecil dengan penuh kasih sayang. "Empat Kecil, kamu lupa, tiada orang yang serupa dengan saya juga di dunia ini. Memandangkan kamu seorang diri, dan saya juga begitu, marilah kita teruskan perjalanan bersama-sama."

Empat Kecil bingung. "Kamu ialah hos saya, sudah tentu saya akan terus terikat pada kamu dan tidak akan meninggalkan kamu."

Ling Lan memeluk Empat Kecil, sambil berkata dengan lembut, "Itu bukan maksud saya. Maksud saya seperti keluarga, seperti adik-beradik, seperti kawan rapat. Mari kita saling melindungi dan menjadi orang yang kita paling percayai." Ling Lan mempercayai Empat Kecil, kerana Empat Kecil telah menemaninya pada hayat terakhirnya sebelum ini, dan dia juga telah memberinya kehidupan yang baru. Semua pengalaman ini telah membuat Ling Lan menerima Empat Kecil, menganggapnya sebagai adik.

Ling Lan bertekad untuk menebus kekecewaan dalam kehidupan silamnya dengan kehidupan baru ini, dan dia mahu badan yang sihat, kebebasan serta kawan yang boleh berbual tentang apa sahaja. Seorang adik lelaki yang mempercayainya, yang dia juga boleh percayai.

Dalam pelukan Ling Lan, Empat Kecil sedikit bingung. Dia tidak faham. Dia memang harus setia pada hosnya, jadi mengapa Ling Lan berkata mereka patut menjadi orang yang paling dipercayai? Bukankah hubungan mereka memang seperti itu?

Ini kali pertama Empat Kecil menggunakan kuasa pemprosesannya dengan sepenuhnya untuk berfikir. Walaupun jika cip terasnya menjadi terlalu panas, walaupun prosesnya mula perlahan, dia masih menginginkan jawapan bagi soalan ini. Disebabkan hal ini, buat pertama kalinya Empat Kecil memahami 'keinginan'. Dia tidak mahu mengecewakan Ling Lan. Walaupun dia tahu ini bertentangan dengan peraturan, dia ingin melanggarnya hanya sekali ini sahaja.

********

Dua bulan berlalu selepas pergaduhan mereka, dan sepanjang tempoh ini, Empat Kecil telah berjaya memasuki Internet dunia ini melalui rangkaian yang dilengkapi pada katil Ling Lan. Berdasarkan penjelasan Empat Kecil, Ling Lan mendapat tahu yang rangkaian maya di sini sangat maju, sehingga mampu menjadi sebuah dunia tersendiri.

Ling Lan merasakan yang ibunya mampu duduk di dalam rumah sahaja mungkin kerana kewujudan rangkaian maya ini. Rangkaian ini membolehkannya melakukan apa sahaja yang dia mahu tanpa perlu keluar dari rumah. Tambahan pula, dia tidak perlu bimbang tentang identitinya sebagai Puan Ling, dan boleh memilih untuk hidup dengan bebas.

Menurut maklumat yang dikumpulkan melalui Internet, Empat Kecil telah menemui nilai sebenar agen perangsang gen, dan juga mendapat tahu tentang kadar penyerapan bayi di sini. Selepas Ling Lan diberitahu, dia memikirkan kembali pada sesi pertamanya dengan perasaan takut. Nampaknya memang mereka telah terlebih menyerap agen tersebut. Mujurlah, dalam sejarah masih ada beberapa bayi yang telah menyerap lebih banyak agen berbanding Ling Lan, jadi sekurang-kurangnya dia tidak memecahkan apa-apa rekod.

Kedua-dua mereka membuat keputusan, tidak kira berapa banyak pihak tentera membawa tiub agen bulan depan, mereka akan menyerap hanya sepuluh tiub.

Sebenarnya, Ling Lan tidak mahu menyerap sepuluh tiub. Dia hanya mahu menyerap kira-kira enam atau tujuh tiub, jumlah yang sepadan dengan hasil penilaian asalnya. Tetapi, Empat Kecil tegas menentangnya. Ini kerana berdasarkan maklumat yang dikumpul olehnya, semakin seorang bayi membesar, jumlah tiub yang diserap hanya akan meningkat dan bukannya menurun selepas sesi pertama. Hanya selepas mereka matang, jumlah tiub akan beransur-ansur berkurangan, sehingga mereka akhirnya tidak dapat menyerapnya lagi.

Oleh kerana Ling Lan telah menyerap sepuluh tiub pada sesi pertama, tidak masuk akal untuk mengurangkan bilangan tiub pada sesi kedua. Daripada mengambil risiko dan kelihatan lebih tidak normal, baik dia teruskan menyerap sepuluh tiub. Lagipun, jumlah itu sudah ditentukan sewaktu sesi yang pertama dulu, jadi pihak tentera tidak akan curiga. Tambahan pula, badan Ling Lan benar-benar memerlukan agen tersebut. Empat Kecil mendapati sejak Ling Lan memulakan latihan dalam kemahiran fizikal, kuasa spiritualnya menjadi lebih kuat pada kadar yang lebih pantas. Empat Kecil bimbang pertumbuhan badan Ling Lan tidak akan dapat bertahan dengan perkembangan kuasa spiritualnya.

Selepas berfikir panjang, Ling Lan memutuskan untuk menerima cadangan Empat Kecil. Sementara itu, demi membantu Ling Lan, Empat Kecil bingung mencari cara mendapatkan duit dalam Internet. Ini kerana dia telah menemui pembekal agen dalam Internet, dan walaupun kekotoran dalam agen tersebut jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan oleh pihak tentera, itu tidak menjadi masalah bagi Empat Kecil. Dia boleh membersihkan kekotoran itu semudah menggigit lobak merah.

Er, ya, dia tidak boleh makan makanan manusia, jadi...baiklah, mari kita anggapnya sebagai lobak maya. Maksudnya, hal ini sangat mudah baginya.

Untuk mencapai cita-cita ini, Empat Kecil secara rahsia telah mencipta akaun bank dengan menggodam sistem Pusat Perbankan Persekutuan. Sudah tentulah melangkau pertahanan sistem itu mudah sahaja baginya, semudah memakan lobak maya. Untuk memastikan keselamatan akaun itu, tanpa sebarang kelulusan, dia telah meletakkan akaun pada peringkat tiga-S. Bukannya dia dia tidak mahu meletakkannya pada peringkat yang lebih tinggi, tetapi hanya satu sahaja akaun lima-S yang wujud pada masa ini, iaitu akaun Perdana Menteri Persekutuan, jadi Empat Kecil tahu dia tidak boleh bertindak melampau.

Ling Lan mengamati Empat Kecil melakukan semua ini dan akhirnya memahami betapa hebatnya Empat Kecil sebenarnya. Di alam maya, Empat Kecil seperti dewa.

Walau bagaimanapun, tidak kira betapa hebatnya Empat Kecil, dia masih tidak tahu cara untuk mendapatkan duit, dan hanya boleh meminta nasihat daripada Ling Lan. Malangnya, Ling Lan juga tidak ada sebarang idea. Bila difikirkan, dalam kehidupannya sebelum ini masanya banyak diluangkan di atas katil. Selain daripada belajar tentang dunia dan mendapat maklumat daripada Internet, dia hanya menghabiskan masa membaca novel dan komik. Kalaulah dia tahu hari ini akan tiba, dia akan menggunakan masa itu untuk belajar tentang perniagaan dan mencari maklumat kewangan.

Pap pap pap! Ling Lan terkejut dengan bunyi yang tiba-tiba kedengaran di sebelahnya. Dia mengangkat kepalanya dan terkejut dengan timbunan buku yang telah muncul dalam ruang minda. Ling Lan mengambil sebuah buku secara rawak daripada timbunan tersebut. Judulnya tertulis <Falsafah Kewangan>. Melihat judul buku-buku lain dalam timbunan tersebut, muka Ling Lan menjadi pucat.

Empat Kecil memandangnya dengan wajah yang minta dipuji. Dia begitu bangga dengan dirinya, seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang hebat.

Ling Lan mengetap giginya, "Kenapa kamu bawa begitu banyak buku kewangan? Kamu dapat dari mana?"

Empat Kecil berkata dengan bangga, "Bukankah kamu sedang memikirkan yang kamu ingin membaca lebih banyak tentang hal kewangan? Nasib baik semasa kamu berada dalam badan kamu sebelum ini, saya telah memuat turun dan menyimpan semua buku yang saya dapat melalui Internet. Tidak kira buku apa yang kamu mahu, saya ada... "

Ling Lan memarahinya. "Kamu fikir jika saya habis membaca semua ini, saya boleh menjadi pakar perniagaan semalaman? Kamu bermimpi? Apa yang buku boleh lakukan?"

Empat Kecil bertanya. "Buku tidak bergunakah?"

"Sudah tentu tidak! Itu semua teori. Dunia nyata tidak begitu mudah. Buku ini mungkin hanya boleh dijadikan sebagai hiburan," kata Ling Lan dengan tegas. Dia pasti yang dia tidak mempunyai bakat dalam bidang ini.

Empat Kecil sangat kecewa. Dengan sedihnya dia berkata, "Jadi buku ini hanya untuk hiburan manusia. Nampaknya saya telah sia-siakan masa saya. Saya telah menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan buku-buku ini... "

Ling Lan merasa simpati pada Empat Kecil dan cepat-cepat memujuknya, "Tetapi, mungkin ada beberapa buku yang berharga dalam koleksi ini. Dan sesetengah orang yang mahukan buku-buku ini mungkin tidak dapat menjumpainya di tempat lain..."

Ling Lan tiba-tiba mendapat inspirasi, tetapi belum pasti dengan cadangan barunya ini.

Empat Kecil mengeluh, "Di dunia kamu sebelum ini, semua buku ini mudah didapati dalam Internet, siapa yang tidak boleh mendapatkannya? Kamu tidak perlu cuba menceriakan saya..."

"Dunia saya sebelum ini? 10000 tahun yang lalu..." Ling Lan akhirnya mendapat idea. Dengan ceria, dia berkata, "Empat Kecil, saya sudah tahu bagaimana kita boleh mendapatkan duit!"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C16
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄