Akhirnya, Song Shuhang masih membawa Raja Agung Burung Jenjang Putih ke salah satu bilik Putih Yang Mulia.
Ya, 'salah satu biliknya'.
Semasa tinggal di tempat Mahaguru Ubat, Senior Putih telah menukar beberapa bilik selama beberapa kali. Sebagai contoh, ketika mereka sampai ke sini, Senior Putih mahu menguasai set TV Mahaguru Ubat – yang membuatkan mereka tiada TV untuk ditonton pada petang itu – dan dia telah menukar dua bilik dan tingkat untuk lakukannya.
Boleh dikatakan selain daripada bilik Song Shuhang, setiap bilik di dalam bangunan itu milik Putih Yang Mulia. Jika dia mahu menggunakan bilik tertentu, dia akan gunakannya.
Selepas Song Shuhang membawanya ke bilik itu, Raja Agung Burung Jenjang Putih berasa puas hati.
"Pada mulanya, saya fikir awak tidak bersetuju untuk membawa saya ke bilik Senior Putih, tapi saya tidak sangka pula awak sepatuh ini. Awak memang lelaki yang baik," kata Raja Agung Burung Jenjang Putih.