下載應用程式
0.28% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 3: Sebuah Resipi

章節 3: Sebuah Resipi

編輯: EndlessFantasy Translation

Matahari menegak di langit, melambangkan tengah hari.

Rakan-rakan sebilik Song Shuhang tahu dia belum lagi sembuh daripada selesemanya. Oleh itu mereka suruh dia rehat dan sudah memohon cuti untuk satu hari lagi bagi pihaknya. 

'Kenapa penyakit saya semakin teruk ni? Mungkinkah kekurangan latihan menyebabkan kesihatan fizikal saya semakin merosot?' Song Shuhang termenung.

Di tepinya terletak semangkuk bubur telur jeruk(1) yang dibeli oleh rakan sebiliknya tengah hari tadi.

'Sungguh baik dia ni!' Shuhang memuji rakan sebeliknya tanpa keraguan.

Tanpa mengetahui berapa lama dia tertidur, dia sangat lapar dan menghabiskan bubur itu dengan beberapa suap sahaja. Selepas itu, dia membuka komputernya.

Dia membuka perisian sembang secara biasa dan ternampak bilangan pemberitahuan yang belum dibaca di tepi sembang grup Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.

Song Shuhang membuka sembang grup itu kerana ingin tahu apa yang telah dibincangkan oleh kawan-kawannya yang dijangkit teruk dengan penyakit chuunibyou sepanjang malam.

Log mesej dari pagi tadi terpapar di depannya.

Pertanyaan tentang orang baru oleh Pertapa Malas Sungai Utara, Pendekar Berang Melulu Tiga mencari maut, dan senior Roh Pulau Kupu-kupu yang menarik. Ada juga seorang yang telah menuntut dia sudah mengira pertaliannya dengan Shuhang, Raja Agung Gunung Kuning.

Semasa membaca log mesej, beberapa bayang manusia terbentuk dalam mindanya.

'Rupanya mereka telah menambahkan saya dengan silap! Tengok, saya dah agak dah. Saya tak kenal pun Raja Agung Gunung Kuning ini.'

Selepas membaca log mesej, bukan semua orang boleh menyertai grup kan? Seseorang itu memerlukan pengesyoran daripada orang lain untuk menyertainya.

Umur senior dalam kumpulan ini juga tidak begitu muda, salah seorang daripada mereka sudah ada anak perempuan.

Tambahan lagi, anak perempuannya juga tidak muda, berdasarkan nadanya. Kalau begitu, umur mereka mungkin di antara 40-50 tahun. Kasihan juga anak perempuannya kerana ayahnya masih ada penyakit chuunibyou pada usia sebegini.

Menatal sembang grup itu, Song Shuhang mengekalkan statusnya sebagai pemerhati dan tidak bercadang untuk menjawab.

Menyaksikan cara simptom chuunibyou ahli kumpulan ini ditunjukkan memang sangat menarik. Tetapi, dia sendiri bukan chuunibyou, dan jika dia menyertai mereka, apakah yang akan terjadi padanya?

Oleh itu, dia memutuskan untuk menjadi pemerhati dan membaca log mesej sahaja untuk tujuan hiburan hariannya.

Dia bercadang untuk menunggu dirinya kehilangan minat terhadap grup ini—pada masa itu dia akan meninggalkan Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.

Itu memang tujuannya sejak dari awal lagi.

❄️❄️❄️

Tanpa disedari, sepuluh hari telah berlalu.

1 Jun, Sabtu, Hari Kanak-kanak.

Rakan sebilik Song Shuhang semua tinggal di asrama secara separuh masa. Maksudnya, mereka akan tinggal di asrama dari hari Isnin hingga Jumaat dan kembali ke rumah masing-masing pada hujung minggu. Oleh itu, dia ditinggalkan keseorangan dalam asrama setiap hujung minggu.

Selesemanya telah lama sembuh, tetapi simptomnya masih ada—hidung tersumbat dan batuk. Oleh kerana batuknya jenis batuk sejuk (2), ia lagi susah sebab jika tidak dijaga dengan baik akan memerlukan beberapa bulan untuk sembuh.

Berehat pada hari Sabtu, Song Shuhang tidur sampai 8am dan selepas bangun dia pergi ke dewan makan untuk makan makanan ringan.

Oleh sebab dia tidak ada rancangan, dia pun kembali ke bilik asrama.

Selepas membuka komputernya, secara biasa dia membuka log mesej Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah. Ini telah menjadi kebiasaan ntuk menghabiskan masa setiap hari.

Dia tidak menyedari sepuluh hari telah berlalu sejak menyertai grup ini.

Setelah memerhati selama sepuluh hari, kebanyakan ahli kumpulan akan membincang tentang pengembaraan mereka dalam kawasan rahsia dan hasil mereka, atau di mana roh jahat dan syaitan dikesan, dan macam mana mereka menewaskan dan membunuh mereka seperti semua itu benar-benar telah berlaku. Song Shuhang rasa jika dia membuat satu salinan kandungan sembang ini, dia boleh menjualnya di dalam talian sebagai novel Xianxia dan mencari duit sebagai penulis selepas mengedit kandungannya.

Sebagai contoh, Raja Agung Gunung Kuning—pentadbir grup—yang jarang muncul, atau dua pengurus grup, Raja Agung Gerimis Rembulan Sekta Daluo dan Yang Dihormati Pertapa Ketujuh Dari Hemah Benar, yang tidak pernah muncul sejak dia menyertai grup tersebut.

Mereka yang biasa berada dalam talian ialah 'pengumpul maklumat' Pertapa Malas Sungai Utara, pakar mencari maut Pendekar Berang Melulu Tiga, Tujuh Dari Puak Su yang hanya bercakap tentang perlawanan setiap kali dia membuka mulut, dan Mahaguru Ubat yang setiap tutur katanya umpama emas.

Terdapat seorang lagi pemerhati dalam grup yang bernama Sami Kelana Prinsip Pemikir. Jika muncul pun, dia hanya akan menghantar emotikon dan tanda baca. Senior sami ini sedang bermeditasi secara senyap. Dia bukan sahaja tidak boleh bercakap, malah menaip perkataan pun tidak boleh dan dia hanya boleh menghantar satu emotikon.

Akhirnya, dalam golongan chuunibyou ini, ada seorang perempuan yang bernama Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu yang seolah-olah normal, berdasarkan mesejnya. Disebabkan perbezaan satu digit di antara nombor ID dia dengan Song Shuhang, dia ditambahkan ke dalam grup ini secara silap.

Dia mendapat semua maklumat ini semasa Pertapa Malas Sungai Utara memperkenalkan ahli-ahli lain kepada Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu.

❄️❄️❄️

Semasa membuka tetingkap sembang Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, benda pertama yang dia nampak ialah mesej Mahaguru Ubat.

"Memperbaiki satu resipi cecair asas." Mahaguru Ubat memang sangat jarang bercakap.

Ayat ini merangkumi lima perkataan dan satu tanda noktah. Sejak Song Shuhang menyertai grup ini, dia tidak pernah tengok Mahaguru Ubat menghantar mesej yang begitu panjang, oleh itu dia terus sambung membaca.

Mesejnya telah dihantar sebelum waktu subuh.

"Resipi cecair penyuai suhu badan yang lebih mudah: Ginseng 150g, Goji 215g, Rumput Misteri Embun Pagi 50g, Batu Matahari Terbit 150g, Haruman Perawan 65g, Ranting Ketuanan yang segar 50g, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang 200g..."

Rangkaian 45 bahan yang berbeza—yang biasa didengari seperti ginseng, goji dan sebagainya, dan yang tidak biasa didengar seperti Batu Matahari Terbit bersama dengan yang tidak pernah didengar seperti Rumput Misteri Embun Pagi, Ranting Ketuanan segar, Buluh Api Merah Sembilan-Yang dan lain-lain lagi.

Berdasarkan nisbah dalam resipi, tambahkan bahan-bahan satu per satu ke dalam relau, renehkan selama lima minit; tambahkan bahan ubat yang seterusnya dan teruskan mereneh selama lima minit. Tolong memberi perhatian kepada suhu api! Ulangi langkah-langkah ini sehingga cecair ubat berubah menjadi pes. Selepas itu, hasil sepatutnya berwarna hitam, lut sinar, dan mengeluarkan bau yang kuat.

Mudah untuk difahami!

Daripada empat puluh lebih bahan, Shuhang hanya mengenali beberapa sahaja. Oleh itu dengan perasaan ingin tahu dia mencari selebihnya di internet.

Dalam resipi itu, lebih daripada 30bahan merupakan ubat tradisional Cina yang biasa, yang digunakan untuk pemulihan qi dan darah.

Terdapat 15 bahan lain seperti Rumput Misteri Embun Pagi, Ranting Ketuanan, Buluh Api Merah dan sebagainya yang tidak pernah didengar. Mungkinkah itu semua khayalan Mahaguru Ubat dan kumpulan ini?

'Mereka semua menunjukkan tingkah laku kekeliruan yang teruk, lebih-lebih lagi untuk mencipta satu resipi...mungkinkah lepas ni ada orang yang akan meniru resipi ni dan makan pes ubat tu?' Song Shuhang berfikir.

Dia mula rasa bimbang kerana makanan boleh dimakan dengan sesuka hati tetapi ubat tidak boleh dimakan begitu!

Tambahan lagi, makan ubat dengan sesuka hati boleh menyebabkan kematian. Perlukah dia cuba untuk memujuk golongan chuunibyou ini supaya tidak berbuat begitu? Lagipun, dia telah memerhatikan mereka selama lebih daripada sepuluh hari.

Dia tidak sanggup membiarkan mana-mana orang dalam grup ini mati disebabkan salah makan ubat.

Dalam masa dia membaca mesej sembang, memang ada seseorang itu yang telah mengikuti resipi untuk menapis ubat itu!

Yang tidak disangkakan, pada lebih kurang pukul dua pagi, orang yang telah melakukannya merupakan ahli yang paling normal iaitu Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu.

Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu: "Berbanding dengan versi lama untuk membuat cecair penyuai suhu badan, beberapa bahan nadir telah dtinggalkan dan proses penyediaannya telah banyak dipermudahkan. Senior Mahaguru Ubat, sampai manakah suhu api perlu dikawal? Saya baru mencubanya tadi tapi prosesnya tak berjaya. Dan juga, berapakah perbezaan keberkesanan di antara versi baru dan lama?

"Kesan 2:1," Mahaguru Ubat menjawab.

Keberkesanan ubat hanya separuh dari yang lama, sebab banyak bahan nadir tidak ditambah. Walaupun demikian, ia memang berbaloi kerana hanya bahan-bahan biasa yang senang untuk didapati itu diperlukan untuk membuat cecair penyuai suhu badan.

"Kawalan api dan masa yang tertentu perlu dicuba sendiri dan tidak boleh dijelaskan," Mahaguru Ubat telah menghantar mesej yang panjang sekali lagi. Dia hanya akan menaip lebih ketika menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pil. "Dan juga, jika kawalan api awak tak cukup, dinasihatkan mengguna khazanah kawalan api."

"Terima kasih Senior, saya akan mencuba sekali lagi." Bulu Kupu-kupu menghantar 😊 dan keluar dari talian.

Mesej terakhir dihantar oleh Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu pada 2:30am. Kalau dia terus pergi menyediakan pil, adakah dia sudah menyediakan beberapa relau pil selepas masa yang begitu panjang?

Adakah ini akan mengakibatkan kematian? Mula-mula, golongan chuunibyou ini memang dah jahil—kalau mereka makan ubat sesuka hati, bukankah mereka akan menjadi lagi jahil? Dahulu, mereka masih boleh diselamatkan, tetapi sekarang, selepas salah makan ubat, mereka memang tidak boleh disembuhkan!

Akhirnya, dia sudah tidak boleh tahan lagi, dan mula menaip, "Ubat tidak boleh dimakan sesuka hati!"

Pada masa dia hendak menekan [hantar] dan menghantar mesej pertamanya dalam grup, tetingkap sembang bergetar.

Satu 😄 terpapar di tetingkap sembang.

Mesej itu dihantar oleh salah seorang pentadbir grup—bernama Yang Dihormati Pertapa Ketujuh Dari Hemah Benar—yang belum muncul sejak Song Shuhang menyertai grup. "Resipi ini sangat bagus. Saya telah cuba untuk menyediakannya tujuh kali berturut-turut dan berjaya tanpa kesusahan, kadar kejayaan juga agak tinggi. Walaupun keberkesanannya hanya lebih kurang 50% daripada resipi lama, tapi kesukaran untuk membuatnya telah dikurangkan lebih daripada 10 kali. Meskipun ini merupakan cecair penyuai suhu badan yang paling kurang grednya, tetapi kepada kita ia sangat bagus kerana bahan-bahan bernilai semakin berkurangan disebabkan oleh penipisan qi kerohanian di dunia. Mahaguru Ubat, teruskan usahamu. Jika awak boleh mempermudahkan resipi yang bergred tiga dan ke atas, ia memang akan menjadi kejayaan yang baik.

P.S "Yang paling penting, kesukaran cara penyediaan dikurangkan dengan mendadak, malah pelatih pun boleh dibenarkan untuk menyediakannya."

Yang Dihormati Pertapa Ketujuh Dari Hemah Benar merupakan senior yang terkenal di kalangan mereka dan kuasanya satu tahap lebih daripada Raja Agung Gunung Kuning. Tambahan lagi, dia mempunyai banyak pencapaian dalam penyediaan pil, oleh itu dia merupakan seorang pakar penyedia pil. Oleh itu, pujiannya memang akan menggalakkan seorang junior seperti Mahaguru Ubat.

"Terima kasih Senior, saya akan berusaha lebih kuat lagi!" Mahaguru Ubat menaip ayat yang lebih daripada enam perkataan dengan penuh semangat.

Mulut Song Shuhang mula bergerak-gerak. Rupanya seseorang itu sudah menyediakan dan memakan cecair penyuai suhu badan itu!


創作者的想法
dracarys3064 dracarys3064

Telur jeruk ialah makanan khas Tionghua yang diperbuat daripada telur ayam atau itik yang diawetkan di dalam campuran lempung, abu, garam, kapur tohor dan sekam padi selama beberapa minggu atau sampai beberapa bulan. Selama diawetkan, kuning telur akan berubah menjadi hijau gelap dan menjadi seperti krim dengan bau belerang dan amonia, sementara putih telur berubah menjadi kecokelatan dan sedikit lutsinar.

Batuk sejuk adalah salah satu daripada jenis batuk yang dikategorikan dalam perubatan tradisional Cina.

Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C3
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄