下載應用程式
0.09% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 1: Raja Agung Gunung Kuning dan Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah
SEMBANG GRUP PERTAPAAN SEMBANG GRUP PERTAPAAN

SEMBANG GRUP PERTAPAAN

作者: Legend of the Paladin

© WebNovel

章節 1: Raja Agung Gunung Kuning dan Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah

編輯: EndlessFantasy Translation

20 Mei 2019, Isnin.

Pengakhiran musim bunga dan permulaan musim panas.

Dalam musim ini, suhu siang dan malam di Daerah Jiangnan akan berubah-ubah dengan drastik. Pada waktu siang, seseorang itu akan berpeluh banyak dalam pakaian yang nipis, tetapi pada waktu malam, seseorang akan menggigil walaupun di bawah selimut yang tebal.

Bandar Kolej Jiangnan.

Pada jam 2:30 petang, pelajar sepatutnya sedang menghadiri kelas, namun Song Shuhang berseorangan di dalam asrama dengan meja komputer diheret ke sebelah katil, membolehkannya menonton filem dengan selesa.

Song Shuhang bukan seseorang yang suka ponteng kelas. Cuaca pada setengah malam semalam sangat panas dan pengap, dan menyebabkan satu 'Tendangan Naga Mengaum' menerbangkan selimutnya. Kemudian pada separuh kedua malam, suhu turun dengan mendadak, dan Shuhang yang hanya berpakaian seluar dalam kecil terpaksa menderita. Semasa tidur, kedua-dua tangannya sibuk meraba-raba mencari selimutnya, tetapi malangnya, entah di mana selimut dan akhirnya Shuhang mengerekot seperti udang dan menggigil di bawah kezaliman tiupan angin sejuk.

Apabila matahari terbit, dia sudah menjadi sebahagian pasukan selesema bermusim. Teman sebiliknya telah menolongnya memohon cuti hari itu, selepas itu, dia memakan ubat selsema lalu tidur sampai sekarang.

Walaupun demamnya sudah kebah, badannya masih lemah dan keadaan ini menghalangnya untuk menghadiri kelas. Oleh itu, dia hanya boleh tinggal di asrama dan menonton wayang.

Pada skrin, wayang bermain dengan perlahan, tetapi Song Shuhang tidak dapat menumpukan perhatian.

"Kesan ubat belum hilang lagi ke? Letihnya..." dia menguap dan merasa kelopak matanya semakin berat.

"Bip Bip Bip..." Ketika itu, perisian sembang yang ada pada skrin komputer ribanya berbunyi.

Bunyi yang menandakan seseorang telah menjadikannya rakan atau mempelawa menyertai grup sembang.

"Siapa yang tambah saya?" Song Shuhang berkata sendirian lalu menghulurkan tangan dan menyentuh penjuru kanan bawah skrinnya dengan lembut. Dengan segera, satu pemberitahuan mesej terpapar.

[Raja Agung Gunung Kuning (*****) menghantar permintaan menjadi rakan] Mesej tambahan: Tiada.

 Raja Agung Gunung Kuning? Siapa yang menggunakan nama samaran pelik ini? 

'Rakan sekelas saya ke?' Song Shuhang berfikir dengan senyap dan teringat akan beberapa rakan sekelasnya yang memang pelajar universiti, tetapi masih berada dalam zaman remaja fantasi mereka. Berdasarkan kelakuan mereka, mereka memang mampu mencipta nama samaran yang pelik seperti ini.

Selepas mempertimbangkannya, dia menekan "Terima". 

Sebentar lepas itu, satu lagi pemberitahuan terpapar.

[Raja Agung Gunung Kuning menjemput anda untuk menyertai grup 'Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah', adakah anda terima?]

Song Shuhang terima sekali lagi.

'Stres Dengan Timbunan Buku telah setuju untuk menyertai 'Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah'.

[Anda telah menyertai grup sembang ini, sila perkenalkan diri kepada ahli grup yang lain! 😉] Satu ikon tersenyum juga dilampirkan sekali oleh sistem.

Pada zaman ini, perisian sembang memang semakin mirip manusia.

Selepas beberapa pemberitahuan terpapar, Song Shuhang memutuskan untuk menutup fungsi pemberitahuan dan tetingkap sembang grup ersebut – rasa mengantuk menguasainya dengan tiba-tiba, dari mana datangnya tenaga untuk melayan sembang grup yang dia sendiri masuk itu?

Walau bagaimanapun, tetapan sembang grup yang lain telah ditetapkan sebagai 'Jangan paparkan hantaran baru, hanya paparkan bilangan mesej sembang grup]. Ini bermaksud tidak akan ada pemberitahuan yang mengganggunya dan hanya bilangan mesej yang belum dibaca akan dipaparkan di tepi sembang itu.

Nanti apabila dia kembali bertenaga sedar, Shuhang akan memeriksa sejarah sembang untuk mengetahui sembang grup jenis apa yang telah dia dijemput masuk itu. Lagipun, sejarah sembang ahli dalam grup ini tidak akan hilang.

Kelopak matanya berasa semakin berat…

Walaupun wayang masih ditayangkan, Song Shuhang semakin mengantuk.

❄️❄️❄️

Selepas perasan penambahan ahli baru ke dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, ahli-ahli lain sudah mula aktif.

Pertapa Malas Sungai Utara: "Raja Agung Gunung Kuning dah tambah rakan baru ke? Dah setahun tak ada ahli baru di dalam grup kita kan?

Ahli lain dengan ID 'Tujuh Dari Puak Su' menjawab, "Ada rakan Dao baru ke? Adakah dia berasal dari Gunung Hua? Gua mana yang dia bertapa ? Nama Daonya siapa? Dia dah bertapa sampai tahap mana?

Kenapa soalan-soalan ini nampak macam pelik?

Pada masa yang sama, seorang pengguna dengan ID 'Pendekar Berang Melulu Tiga' menulis, "Rakan Dao baru kita ni apa jantinanya? Awak pari-parikah? Kalau ya, sila umumkan tiga saiz awak dan muat naik satu gambar!"

Selepas membaca mesej-mesej Tujuh Dari Puak Su dan Pendekar Berang Melulu Tiga, ahli-ahli lain yang senyap merasa mulut mereka bergerak-gerak.

"Saudara Melulu Tiga, awak ni spesis ikan emas ke?" Pertapa Malas Sungai Utara mengeluh. "Kalau Raja Agung Gunung Kuning telah menjemput masuk senior lain macam mana? Nanti awak akan membawa kesusahan untuk diri sendiri lagi!"

Melulu Tiga…orang ini memang baik daripada semua aspek, orang yang setia dan suka menolong orang lain, sebab itu hubungan dia dengan yang lain sangat bagus—cuma mulut celuparnya menyebabkan dia selalu terjebak ke dalam situasi hidup dan mati.

Malangnya, orang ini bernasib tidak baik sampai meremang bulu roma yang lain. Tidak kisah waktu apa — setiap kali dia bertindak melulu, selalunya senior berkuasalah yang tersinggung. Senior-senior yang kekurangan hiburan ini memang sanggup menghabiskan masa untuk menyeksa Pendekar Berang Melulu Tiga yang menyerah diri.

"Tolong jangan sebut 'senior berkuasa'…pengalaman traumatik itu masih menghantui saya," Pendekar Berang Melulu Tiga menghantar sebarisan 😭😭😭.

Empat tahun lalu, dia telah menyinggung perasaan seorang senior berkuasa yang cantik disebabkan mulut celuparnya dan diseksa dengan teruk..senior itu menyeksanya tanpa henti selama satu tahun empat bulan. Ya, betul, selama satu tahun empat bulan! Mengenang kembali ke waktu yang penuh kezaliman itu, matanya mula berair.

Setelah Melulu Tiga habis bercakap, ahli kumpulan lain menghantar satu 😏 seorang demi seorang—dengan tidak malunya, mereka semua bergembira dengan nasib yang dihadapinya.

Terdapat lapan ahli yang berstatus 'aktif' dalam sembang itu, dan enam orang telah menghantar sebaris wajah tersenyum.

"Kau semua memang sadis celaka, aku akan ingat kamu semua. Jangan bagi aku jumpa kau, kalau tak nanti aku bagi Serangan Pedang Tangkas Tujuh Puluh Dua aku! Pendekar Berang Melulu Tiga menjawab dengan penuh dendam. Dia sangat yakin dengan pedang tangkasnya dan enam orang yang mentertawakannya itu bukan lawannya jika berlawan satu sama satu.

Selepas menjawab, satu lagi 😏 muncul dalam sembang. Ia dihantar oleh Tujuh Dari Puak Su.

Tidak lama kemudian, Tujuh Dari Puak Su berkata dengan teruja, "bila kita nak bertarung ni?"

Sebenarnya, Tujuh Dari Puak Su bukan bergembira kerana nasib buruknya—dia hanya mahu seorang lawan untuk satu pertarungan.

"..." Pendekar Berang Melulu Tiga hilang semangat dengan segera.

Kenapa? Sebab dia tidak mungkin menang menentang Tujuh!

Dia mempunyai asas pertapaan yang mendalam, sudah sampai peringkat akhir alam Maharaja Rohani Tahap Lima, tinggal dua peringkat lagi sebelum menjadi seorang Raja Agung Tahap Enam. Namun, dia masih tidak boleh mengalahkan Tujuh.

Walaupun dengan Serangan Pedang Tangkas Tujuh Puluh Dua yang pantas dan hebat, dia masih tidak boleh menang.

Namanya memang Pendekar Berang, dan dia sendiri pun takut akan keberangan sendiri. Bagaimanapun, dia memang bukan lawan Tujuh.

Selepas nampak Melulu Tiga semakin hilang semangatnya, ahli grup yang lain menghantar lagi barisan 😆😆😆

"..." Kali ini, Melulu Tiga hanya boleh menghantar elipsis.

Ahli grup menjadi bingung—Setelah grup ini kekecohan setengah hari, orang baru itu masih belum muncul.

"Rakan Dao baru kita ni tak bersuara ke?" Pertapa Malas Sungai Utara bertanya.

Malangnya, disebabkan kesan ubat, Song Shuhang sekali lagi tertidur.

Masa itu, Tujuh Dari Puak Su menghantar mesej dengan gembira. "Saya baru nampak, rakan Dao baru kita ni bernama 'Stres Dengan Timbunan Buku'. Siapa yang pernah dengar tentang pakar yang ada nama Dao ni? Dari namanya dia nampak seperti ahli sekta cendekiawankan? Tak sabarlah nak mengenalinya! Lagipun, lokasi mereka tersembunyi dengan baik. Dah berapa ratus tahun saya tak bertarung dengan mereka! Fikir balik, berlawan dengan mereka lagi syok daripada bertarung dengan sami Buddha. Mereka bukan saja berlidah fasih, tumbukan mereka pun berkuasa! Apabila mood mereka baik, mereka akan mula bersajak untuk memeriahkan suasana, dan menjadikannya lagi seronok. Saya paling suka bertarung dengan mereka.

"Tujuh, harapan awak untuk rakan Dao baru hanya terhad kepada keseronokan bertarung dengan mereka ke?" Pendekar Berang Melulu Tiga menghantar satu 😭. Inilah cara seorang yang zalim membuat kerja!

"Erm." Tujuh Dari Puak Su berasa malu.

Pertapa Malas Sungai Utara berkata, "Mungkinkah dia seorang senior berkuasa yang tidak mahir tentang perisian sembang?"

Selepas berkata demikian, mungkin ada yang merasa perkara ini macam biasa didengar. 

Betul, lebih kurang empat tahun dahulu terdapat seorang senior yang muncul selepas bertapa selama ratusan tahun secara sulit dan merasa sukar untuk membuka aplikasi menghantar mesej ini. Selepas itu, dia dijemput oleh Raja Agung Gunung Kuning untuk menyertai grup ini. Namun, dia tidak menghantar apa-apa mesej kerana dia tidak tahu macam mana untuk menaip.

Selepas itu, seseorang yang bernama Pendekar Berang Melulu Tiga mengejek senior berkuasa ini dengan suka hati dan meminta dia memberi tiga saiznya, gambar, mesej suara dan sebagainya.

Seterusnya.. beberapa hari kemudian, Pendekar Berang Melulu Tiga bersemuka dengan senior ini. Dia memang sangat cantik, mempesonakan seperti bulan terang di langit.

Senior yang menarik ini seterusnya menyeksa Pendekar Berang Melulu Tiga selama satu tahun empat bulan sebelum dia berpuas hari dan meninggalkan dia.

Pendekar Berang Melulu Tiga diselubungi perasaan dan terus senyap.

"Gunung Kuning?" Pada masa itu, seorang dengan ID 'Mahaguru Ubat' menghantar satu mesej.

Satu mesej yang sangat pendek.

Nasib baik semua orang dalam sembang sudah lama biasa dengan mesej pendek Mahaguru Ubat—dia ingin tahu Raja Agung Gunung Kuning berada di mana.

Mahaguru Ubat menghantar mesej yang pendek bukan kerana keangkuhan, tetapi kerana dia hanya menggunakan dua jari dan fungsi tulisan tangan untuk menaip, oleh itu kelajuannya sangat lambat. Lagipun, kebarangkalian untuk membuat kesilapan meningkat ketika menaip teks yang panjang, dan memadam dan menulis semula mesej sangat menyusahkan. Oleh itu, tabiat Mahaguru Ubat menghantar mesej yang pendek. Lama-kelamaan, Mahaguru Ubat pun dilabel sebagai seorang yang jarang berkata-kata apabila berkomunikasi dengan yang lain.

"Dia terus luar talian lepas menghantar jemputan tu. Rupanya, anjing raksasa kesayangannya melarikan diri sekali lagi dan Raja Agung Gunung Kuning pergi mengejarnya. Menjaga anjing raksasa kesayangan tu dan kembali dalam talian untuk menambahkannya ke dalam grup bukan mudah bagi Raja Agung, dia memang sibuk sekarang," jawab Pertapa Malas Sungai Utara.

Mahaguru Ubat: ''…''

"Kita hanya boleh menunggu rakan Dao baru kita untuk belajar menggunakan perisian sembang ni," Tujuh Dari Puak Su mengeluh. Mereka semua memang bersikap berat sebelah kerana ingat ahli baru itu dari golongan yang sama.

Ahli-ahli yang dalam talian itu tidak terhibur dengan rakan Dao baru mereka yang tidak responsif ini dan pergi luar talian satu demi satu.

❄️❄️❄️

Lebih kurang satu jam kemudian, Song Shuhang pun bangun.

"Tadi macam ada orang menjemput saya ke satu grup, nama sembang grup ialah…Kumpulan Sembilan Wilayah?" Dia berkata bersendirian sambil membuka perisian sembang; tetingkap sembang grup Sembilan Wilayah terpapar.

Kumpulan apa sebenarnya ini?

Dengan segera, sejarah sembang dari sejam dahulu terpapar di skrin.

Song Shuhang mengimbas mesej tersebut dengan ringkas.

Rakan Dao? Kediaman gua? Dia sampai tahap mana dalam pertapaan?

Ada juga senior, Raja Agung ini ketua? Mengejar anjing raksasa besar?

Pelbagai tatabahasa yang selalunya dalam novel Xianxia digunakan.

Cara mereka bercakap pun sangat menarik—setengah kuno setengah moden, setengah biasa dan setengah berliku-liku. Ia seperti orang moden yang cuba bercakap dengan dialek kuno tetapi disebabkan cara mereka bertutur bahasa kuno tidak begitu baik, cara komunikasi mereka menjadi kekok.

"Pu~~" Song Shuhang ketawa.

Grup ini macam dicipta oleh penggemar Xianxia?

Tetapi, ini betul-betul bukan grup peminat Xianxia yang normal!

Semua orang dalam grup ini telah memilih satu nama Dao untuk diri sendiri dan tempat kediaman mereka dipanggil gua pertapaan, dan pentadbir grup punya haiwan peliharaan yang telah melarikan diri dari rumah dipanggil anjing raksasa. Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan mereka telah bertarung dengan ahli golongan cendekiawan selama lebih daripada satu abad. Dalam erti kata lain, orang ini sedang mendakwa mereka sudah hidup selama beberapa ratus tahun?

Dengan hanya membaca log sembang ini, perasaan malu dan segan tertimbul.

'Obsesi tahap seperti ini memang sudah sampai tahap penyakit chuunibyou. Ah, betul, mereka kumpulan yang spesifik kepada Xianxia tradisional Cina,' Song Shuhang membuat kesimpulan.

Nampaknya ini mungkin satu kumpulan orang yang mempunyai penyakit chuunibyou.

Inilah tanggapan pertamanya terhadap ahli dalam 'Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah'.

Bagaimanapun, kenapa dia dijemput menyertai mereka?

Song Shuhang sangat pasti Raja Agung Gunung Kuning bukan rakan sekelasnya dan dia juga tidak mengenali mukanya selepas melihat profilnya.

Adakah dia tersilap ditambah?


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C1
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄