下載應用程式
11.03% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 85: Jalan Onak Ranjau

章節 85: Jalan Onak Ranjau

編輯: EndlessFantasy Translation

Orang tua itu tidak menjawab walau sepatah. Tetapi kemudian dia perlahan-lahan menolak selimutnya, menurunkan kaki dari katil dan merenung tepat ke mata ketua biskop itu.

"Kalau awak sendiri dipenjarakan dalam tempat sedahsyat ini, adakah awak masih ada selera makan?" Apabila orang tua itu bercakap, suaranya garau seolah-olah tekaknya dicengkam. "Sudah setengah tahun berlalu, saya sudah dipenjarakan di sini selama setengah tahun! Tanpa sebarang khabar berita dari dunia luar! Bagaimana keadaan putera-puteri saya?"

Pada masa itu Mayne menyedari terdapat ukiran di atas dinding seolah ditoreh dengan paku. Jadi begitukah caranya orang tua ini mencatat hari?

Mayne menarik sebuah kerusi dan duduk di hadapan raja itu. "Perlukah awak tanya soalan yang tidak menyenangkan seperti itu?"

Orang tua itu membisu seketika sebelum menjawab, "Saya sudah tidak ada gunanya lagi. Awak datang untuk bunuh saya?"

"Ya."

"Kalau kematian saya sudah hampir, saya sudah tidak peduli tentang diri saya. Saya hanya mahu tahu khabar mereka sebelum saya mati!" Sejurus selepas Wimbledon menuturkan perkataan terakhir itu, suaranya bertukar menyerupai sebuah ratapan.

'Nampaknya dia sudah hampir berputus asa', fikir Mayne. Orang tua itu telah menunjukkan maruah dan kehormatannya sebagai seorang raja. Sudah banyak kali dia cuba melarikan diri dalam perjalanan ke Hermes selepas dia digantikan dengan seorang penganut setia. Dia tidak hilang siuman, sebaliknya dia masih cuba berbincang dan berunding agar dia dibebaskan. Dia tidak menjerit atau berkelakuan tidak tentu arah, dan perwatakan tenang ini jarang dapat dilihat di penjara bawah tanah ini. Jika bukan kerana rancangan yang sudah tidak boleh ditukar itu, Mayne juga tidak mahu menamatkan riwayat raja ini sebegini.

Dia terfikir sendiri untuk datang dan menjawab apa-apa sahaja soalan Raja Wimbledon. Jika tidak, dia boleh sahaja mengarahkan mana-mana askar Perajurit Agama membunuh Wimbledon.

"Putera sulung awak, Gerald Wimbledon, sudah mangkat," Mayne mula bersuara perlahan. "Dia dihukum pancung sehingga mati oleh putera kedua, Timothy Wimbledon, atas tuduhan pengkhianatan dan membunuh raja. Puteri awak, Garcia Wimbledon, telah mengisytiharkan Wilayah Selatan sebagai merdeka dan menabalkan dirinya sendiri sebagai Ratu Air Bening. Perang antara dia dan Timothy sudah tidak boleh dielakkan. Tentang putera dan puteri bongsu awak pula, kami tidak ada sebarang berita. Mungkin mereka masih hidup."

"Apa awak kata? Pengkhianatan? Merdeka? Apa awak sudah lakukan?"

"Titah Diraja bagi Pemilihan Waris Takhta." Mayne menyebut setiap satu suku kata dengan jelas. "Kami mengarahkan anak-anak awak ke tempat-tempat berbeza dan kami isytiharkan sesiapa yang memerintah dengan paling baik akan menjadi raja atau permaisuri seterusnya."

Wimbledon memejamkan mata dengan penuh rasa pilu. Selepas lama berdiam diri, dia bertanya perlahan, "Kenapa? Awak mengambil kesempatan pada Hari Penyembahan, awak heret saya ke dalam sebuah kamar, tanggalkan semua pakaian saya dan meragut Batu Pembalasan Tuhan dari leher saya. Kemudian awak mengarahkan seorang ahli sihir menggantikan saya dengan orang lain. Awak boleh cuba mengambil alih kerajaan ini dalam diam dan bina gereja dalam setiap pekan. Kenapa awak bersusah-payah mengisytiharkan sesuatu seperti Titah Diraja bagi Pemilihan Waris Takhta itu? Saya… Saya tidak akan sanggup… Aduh…" Wimbledon begitu berang sehingga tekaknya terasa sakit dan dia terbatuk-batuk sehingga meringkuk di atas lantai.

'Saya tidak akan sanggup mengeluarkan titah sebegitu untuk melaga-lagakan anak-anak saya,' Mayne menghabiskan ayat raja itu di dalam hatinya. "Mungkin awak tidak akan buat begitu, tetapi putera-puteri awak tidak akan bertindak mengikut jangkaan awak. Semakin mereka meningkat dewasa, mereka akan ada jalan pemikiran sendiri. Contohnya puteri sulung awak, Garcia, sudah menawan Pelabuhan Air Bening lima tahun lalu. Jika titah itu tidak dikeluarkan sekalipun, atau jika awak meninggal tiba-tiba, adakah dia hanya akan melihat Gerald menaiki takhta tanpa berbuat apa-apa? Tetapi itu semua tidak penting. Sekarang kita sudah tiada masa untuk melengah-lengahkan perkara ini. Awak tentu sedar kuasa seorang ahli sihir tidak boleh bertahan selamanya."

"Tak guna. Apa faedahnya kepada Gereja Inggeris sekiranya putera-puteri saya bertelagah? Gereja sendiri akan musnah dalam peperangan antara mereka. Seluruh kerajaan akan tumbang…" Tiba-tiba kata-kata Wimbledon terputus dan dia mengangkat mukanya dengan wajah tidak percaya. "Jangan cakap awak sebenarnya mahu…" Kata-kata raja tua itu terpotong apabila dia terbatuk-batuk teruk. Apabila suaranya kembali semula, ia sudah menjadi begitu perlahan, seolah-olah batuk tadi sudah memakan seluruh tenaganya. "Jadi awak mahu menyingkirkan keluarga diraja."

"Tepat sekali. Tidak, lebih tepat lagi, kami mahu menyingkirkan institusi beraja itu sendiri." Mayne agak kagum dengan ketajaman pemikiran raja itu. Bilangan banduan yang mereput dalam penjara gelap itu selama hampir setengah tahun dan masih mampu mengekalkan kewarasan boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja. "Institusi beraja mengekang kemajuan Gereja Inggeris. Kalau ada seorang pun manusia berdarah raja yang wujud, dia akan bangkit satu hari nanti. Jadi satu-satunya cara untuk mengambil alih kerajaan ini sepenuhnya adalah dengan memusnahkan darah diraja."

Kini muka Wimbledon tampak lebih tua dan lesu. Sebelum ini dia sudah kelihatan berusia tetapi sekarang semangatnya untuk hidup sudah lenyap. Matanya kuyu.

"Kerajaan Graycastle ialah kerajaan terbesar dan memiliki bala tentera terkuat di benua ini. Gereja Inggeris tidak mungkin akan menang jika berperang dengan mereka. Kami sudah lama merancang perkara ini. Kerajaan awak akan hilang ramai askar dan tentera upahan dalam perang saudara itu kelak. Dalam dua atau tiga tahun lagi, Perajurit Agama kami akan menawan keseluruhan wilayah Graycastle dengan mudah. Tetapi awak tidak perlu rasa terlalu sedih kerana bukan awak seorang sahaja akan kehilangan kerajaan. Tiga kerajaan lain akan menerima nasib sama. Selepas itu, tidak akan ada lagi empat pentadbiran berbeza. Kerajaan Dawn, Kerajaan Wolfheart, Kerajaan Everwinter, serta Kerajaan Graycastle akan pupus buat selamanya. Hanya akan ada satu sahaja kuasa terunggul di benua luas ini, iaitu Gereja Inggeris.

Wimbledon terdiam. Orang yang dahulunya pernah merampas mahkota dari kepala kekandanya itu kini sedang tersandar lemah. Mayne berasa agak simpati dengan Wimbledon, tetapi tidak ada walau sekelumit rasa kesal di dalam hatinya. Gereja Inggeris sudah banyak berkorban untuk sampai ke tahap ini. Ratusan penganut setia sanggup menyerah nyawa dan dijadikan korban dalam permainan catur kehidupan yang sudah dirancang rapi ini.

Lelaki yang menyamar sebagai Rajan Wimbledon III sebenarnya ialah jaksa pendamai yang sangat alim dalam Perajurit Agama. Kepercayaan dan kesetiaannya terhadap Gereja Inggeris sudah tidak perlu diragui lagi. Dia sepatutnya layak menjalani upacara kelahiran semula untuk menyertai Perajurit Agama Tentera Tuhan. Tetapi demi misi ini, dia membenarkan seorang ahli sihir mengubah wajahnya menjadi wajah Raja Wimbledon dan mati sia-sia dalam kamar di istana Kerajaan Graycastle. Namanya sepatutnya terukir di arca suci Katedral Hermes. Sebaliknya kini Gereja Inggeris terpaksa memastikan namanya dilupakan terus.

Mayne menyangka Wimbledon tentu tidak dapat berkata apa-apa lagi, jadi dia mengeluarkan sebuah botol porselin dengan niat mahu memaksa orang tua itu minum isi kandungannya. Tetapi tiba-tiba raja itu bersuara. "Saya sumpah!"

"Apa?"

"Saya sumpah awak. Saya akan menunggu awak dalam perut neraka." Suaranya semakin lemah. Mayne terpaksa memasang telinga untuk mendengar kata-kata raja tua itu.

"Minta maaf. Neraka tidak wujud. Jika ada pun, ia tidak ada dalam kepercayaan kami. Semua tindakan kami setakat ini hanya untuk kelangsungan hidup kami. Menyatukan kuasa keempat-empat kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mewujudkan kuasa paling unggul untuk menewaskan musuh sebenar. Jika tidak…" Mayne berhenti bercakap kerana dia melihat tangan Wimbledon tiba-tiba terkulai. Kepalanya terpaling ke bahu dan dadanya naik turun sehingga akhirnya berhenti.

'Tamatlah riwayat seorang raja, tetapi pada masa sama, inilah permulaan baru untuk kita semua,' fikirnya.

Mayne menyimpan semula botol porselin itu ke dalam poketnya dan dia keluar dari kurungan itu. Apabila dia menutup pintu kayu itu, koridor itu senyap-sunyi seolah-olah semua raungan awal tadi tidak pernah wujud. Dia memberi beberapa arahan kepada askar Perajurit Agama yang berkawal di hadapan kurungan itu dan kemudian meninggalkan istana itu dengan tekad yang lebih kuat.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C85
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄