下載應用程式
7.79% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 60: Perancangan

章節 60: Perancangan

編輯: EndlessFantasy Translation

Proses pengambilan rekrut kedua di Pekan Sempadan berjalan dengan lebih lancar. Dengan catuan makanan musim sejuk, ahli angkatan tentera awam diberikan lebih banyak bekalan makanan berkhasiat. Kebanyakan daripada mereka menyimpan roti dan daging bahagian mereka untuk diberi secara sembunyi kepada ahli keluarga semasa hari lawatan setiap minggu. Roland menyuruh Carter dan Kapak Besi berpura-pura tidak nampak, tetapi lama-kelamaan ia terbongkar juga apabila ahli keluarga asyik bercakap dengan gembira tentang makanan yang mereka dapat bawa pulang ke rumah.

Angkatan tentera yang terdiri daripada rakyat jelata menjadi peluang bagus untuk menghebahkan kebaikan memasuki pasukan ini. Penceritaan daripada mulut ke mulut jauh lebih berkesan berbanding pengumuman oleh Dewan Perbandaran. Kebanyakan orang di Daerah Lama sudah cukup kenal dengan angkatan tentera awam yang ditubuhkan Yang Amat Mulia Putera Roland, dengan anggota yang dibayar gaji tinggi dan diberi makan tiga kali sehari. Pertempuran dengan makhluk iblis juga tidak seganas yang disangka. Jadi lebih ramai pemohon dari Wilayah Lama muncul berbanding proses pengambilan rekrut pertama dahulu. Malah ada juga penduduk dari Wilayah Baru datang memohon.

Kebanyakan calon memenuhi syarat Roland, lebih daripada yang dijangka. Oleh itu, angkatan tentera awam kedua bertambah menjadi 200 orang. Carter dilantik untuk mengetuai sesi latihan mereka. Apabila semboyan dibunyikan, rekrut baru menuju ke tembok kota dan ditugaskan untuk bersedia sebagai pasukan tambahan.

Ketua Kesateria Carter dan Pembantu Menteri Barov sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan Roland ini. Bagi mereka, angkatan tentera awam pertama sudah lebih daripada cukup untuk melawan makhluk iblis, jadi angkatan tentera awam kedua tidak diperlukan. Tambahan pula, bilangan pasukan kedua ini jauh lebih besar daripada pasukan pertama. Bekalan makanan perlu disediakan lebih banyak serta gaji yang perlu dibayar kepada angkatan baru itu juga meningkatkan perbelanjaan mereka. Lebih teruk lagi, syiling emas yang mereka belanjakan masih tidak memberi sebarang pulangan setimpal.

Namun Roland tetap bertegas dengan keputusannya

Ini kerana pasukan kedua itu sebenarnya bukan bertujuan untuk melawan makhluk iblis.

Buat masa ini, Roland tidak berani memberitahu Ketua Kesateria Carter dan Pembantu Menteri Barov tentang rancangan sebenarnya. Dia mahu mengambil alih Kubu Longsong sebelum Duke Ryan sempat menyerang Pekan Sempadan, tetapi dia risau Carter dan Barov akan membantah rancangan ini habis-habisan.

Sebenarnya sempadan rasmi Kerajaan Graycastle bukan Pekan Sempadan, tetapi Kubu Longsong. Tembok kotanya setinggi 10 meter dan dibina dengan batu-bata serta batuan. Duke Ryan dan Enam Keluarga Bangsawan Besar Rantau Barat menetap di kota dalam agar mereka boleh mengerahkan kira-kira seribu askar pada bila-bila masa. Sebuah pasukan tentera awam seramai 300 orang mustahil dapat menawan kubu itu, walaupun mereka dilengkapi senapang batu iaitu teknologi yang dibawa dari masa hadapan.

Ahli sihir pula tidak dapat dijadikan senjata rahsia mereka kerana kewujudan Batu Pembalasan Tuhan. Roland sendiri sudah berkali-kali mengesahkan perkara itu dengan Nightingale. Duke Ryan dan Enam Keluarga Bangsawan Besar sanggup berbelanja banyak untuk membeli batu itu, dengan alasan mereka bukan membeli, tetapi menderma. Mereka membelanjakan beberapa puluh syiling emas untuk ditukarkan dengan sebiji batu yang boleh mengunci kuasa ahli sihir dalam jarak tertentu dan bertindak sebagai senjata paling berkesan menentang iblis. Jualan batu ini juga sumber pendapatan tahunan terbesar bagi Gereja Inggeris. 

Satu-satunya peluang Roland adalah peperangan terbuka.

Kebanyakan tentera yang bekerja di bawah orang bangsawan pada zaman ini diambil secara kerahan. Mereka dipaksa mendaftar diri sejurus sebelum berperang. Bagi mengelakkan askar meninggalkan tugas, orang bangsawan sendiri terpaksa memimpin mereka di medan perang. Ini memberi Roland peluang hebat untuk melaksanakan pelan pembinasaannya. Namun begitu dia masih tidak begitu pasti tentang cara untuk merebut peluang ini. Dia hanya tahu tentang strategi peperangan daripada menonton filem, televisyen, atau membaca cerita perang. Dia langsung tiada pengalaman berperang yang sebenar.

Oleh kerana dia tidak dapat memikirkan penyelesaiannya lagi, dia memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada perkara yang sudah menjadi kepakarannya.

Dia menggeliat lalu keluar dari bilik bacaaan dan berjalan ke sebuah bangsal kayu di laman belakangnya.

Enjin Wap Kedua yang sudah siap dipasang tersergam di tengah-tengah laman. Sekali pandang, ia kelihatan lebih rapi berbanding enjin pertama dan kesan kimpalannya juga lebih kemas. Dengan kebolehan baru Anna, Nyalaan Hati berwarna hijau itu boleh menembusi celah-celah paling sempit untuk dikimpal, jadi bahagian-bahagiannya boleh melekat bersama dengan lebih utuh berbanding dahulu.

Selain rupanya yang lebih cantik, Enjin Wap Kedua juga berfungsi dengan lebih lancar dengan pengawal imbang empar yang baru dipasang. Kewujudannya sama hebat dengan sistem kawalan automatik pertama dan sistem suap balik pertama dalam sejarah. Struktur pengawal imbang empar ini sangat mudah, ia terdiri daripada dua batang nipis dan berengsel serta bebola kecil yang terletak di setiap hujungnya. Dua batang nipis ini bersambung kepada satu gelendong yang berpusing. Ia kelihatan seperti biji pokok cengal bersayap yang selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak. Apabila mereka memutarkan biji itu dengan pantas, sayap-sayapnya akan membuatkan biji itu terbang ke udara oleh daya emparan.

Bagi pengawal imbang empar itu pula, dua bebola besi itu bertindak seperti bilah. Apabila enjin wap dihidupkan, gelendong akan berpusing. Jika hasil pengeluaran enjin cukup tinggi, bebola akan berputar lebih pantas dan akan menaik kerana daya emparan lalu membuatkan batang besi nipis itu mengecilkan bukaan injap pendikit. Apabila hasil pengeluaran rendah pula, bebola akan berputar lebih perlahan dan jatuh kerana graviti lalu memperbesarkan bukaan injap. Sistem ini memastikan enjin wap menghasilkan pengeluaran yang lebih kurang sekata.

Sekarang apabila ia sudah dapat dikawal dengan kelajuan, Enjin Wap Kedua boleh melakukan kerja-kerja yang lebih rumit.

Gear yang baru disiapkan bengkel tukang besi juga sudah tersedia di sudut bangsal itu.

Jika mengikut piawaian kilang pengeluaran moden, semua gear itu tentu akan gagal melepasi pemeriksaan kualiti dan dicampak terus ke dalam tong sampah kitar semula. Namun dalam zaman ini, ia boleh dianggap sebagai karya seni mengagumkan – gear gulung pusar itu menimbulkan ketakjuban, sedap dipandang mata, dan berkilat-kilat selepas direndam dalam lemak haiwan.

Selain gear, tukang kayu juga telah menyiapkan pengalas, penutup, serta bahagian lain. Roland mengarahkan seorang pengawal untuk memanggil Anna agar mereka boleh bersama-sama memasang mesin pengorek berkuasa wap pertama di dunia.

Bagi Roland, ini perancangan paling berkesan untuk menghasilkan senapang batu secara besar-besaran.

Jika dia hanya bergantung kepada tukang besi sahaja, penghasilan untuk satu laras senapang akan memakan banyak masa. Tetapi dengan mesin pengorek, mereka boleh terus menggerudi laras itu daripada bongkah besi tuang. Dalam masa satu hari sahaja, mereka boleh menghasilkan lebih daripada sepuluh laras.

Apabila matanya ditukar, mesin pengorek itu juga boleh digunakan untuk memotong alur pusar senapang. Senapang batu dengan alur pusar boleh menembak dengan ketepatan lebih tinggi.

Jika keadaan ini berterusan, Roland pasti dia boleh melengkapi kedua-dua pasukan tentera awam seramai 300 orang itu dengan senjata setiap seorang menjelang penghujung musim sejuk.

Namun begitu, Roland tidak dapat menjamin jika ketika askarnya berhadapan musuh yang sedang meluru ke arah mereka, mereka akan dapat mengisi peluru, menyasar, dan menembak sasaran mereka dengan tenang. Tidak mustahil mereka akan mencampakkan sahaja senapang mereka dan lari bertempiaran. Mereka baru sahaja mula berlatih dan tiada pengalaman berperang langsung.

Jadi Roland mesti menghasilkan senjata yang jauh lebih berkuasa dan mampu membinasakan musuh sebelum mereka sempat menyerang lagi.

Senjata yang dimaksudkan adalah meriam.

Meriam dikenali sebagai Raja Perang sepanjang sejarah pertempuran bersenjata, dan keupayaannya untuk membawa maut serta kemusnahan jauh lebih tinggi berbanding senapang batu. Sebuah meriam seberat enam paun sudah cukup untuk membunuh satu angkatan sebelum mereka sempat berkumpul. Pasukan tentera zaman ini yang tiada kelengkapan perang tentu tidak dapat bertahan lama dengan serangan meriam. Jika Roland boleh menyediakan tiga atau empat meriam untuk angkatan tentera awamnya, musuh mereka tidak akan berpeluang lansung untuk menyerang.

Roland sudah merancang segalanya dengan teliti satu demi satu. Selepas mencipta mesin pengisar manual, dia menghasilkan pula gear sesuai yang digunakan untuk membina mesin pengorek berkuasa wap yang dijana Enjin Wap Kedua dengan kawalan kelajuan. Menggunakan mesin pengorek itu, dia boleh menghasilkan pelbagai jenis laras senapang dan meriam.

Masih ada sekurang-kurangnya dua bulan lagi sebelum Bulan Kunjungan Iblis berakhir. Jika rancangannya berkesan, angkatan tentera awam Pekan Sempadan punya harapan untuk melawan pasukan tentera Duke Ryan di medan perang nanti.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C60
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄