下載應用程式
7.4% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 57: [Ahli Sihir Ular] Cara

章節 57: [Ahli Sihir Ular] Cara

編輯: EndlessFantasy Translation

Tetapi Wendy seperti tidak teruja mendengar cerita Nightingale. Sebaliknya, dia bertanya dengan curiga, "Betulkah Baginda kata begitu?"

"Ya betul, lagipun Baginda dah selamatkan Anna dan Nana sebelum saya tiba ke sana lagi. Putera itu tidak pernah percaya kuasa kita diperoleh daripada syaitan, malah katanya kuasa kita milik kita sendiri…" Nightingale tiba-tiba terhenti kerana dia dapat melihat Wendy tidak percaya walau sepatah pun kata-katanya.

'Bukan salah Wendy juga jika tidak percaya,' fikir Nightingale. Dia juga tidak akan mempercayai kemungkinan hidup mereka akan lebih baik hanya berdasarkan kata-kata seorang gadis. Sudah cukup lama mereka ditindas dan ditohmah orang lain sepanjang perjalanan mereka dari Rantau Timur ke Banjaran Puncak Langit. Mereka sudah biasa melihat orang seperti mereka dijual seperti haiwan dan dibuang seperti bangkai, malah sudah begitu banyak darah ahli sihir yang tumpah di hadapan mereka, jadi tidak hairanlah mereka hilang kepercayaan terhadap manusia biasa.

Dia cuba bertenang dan menerima hakikat ini. Keadaan sebenar lebih sukar daripada apa yang dia jangkakan.

"Wendy, awak tahu tentang kuasa saya selain dapat melihat aliran kuasa sihir orang lain, bukan? Saya boleh tahu jika seseorang menipu atau tidak," kata Nightingale dengan wajah serius. "Saya sudah tanya Baginda kenapa Baginda sanggup mengambil risiko tinggi untuk menyelamatkan ahli sihir. Jawapan Baginda, Pekan Sempadan tidak peduli tentang latar belakang kita. Baginda hanya berharap semua ahli sihir boleh hidup bebas kelak."

"Tetapi kalau Baginda benar-benar mahu buat begitu, Baginda hanya mencari masalah dengan pihak gereja," kata Wendy sambil mengerutkan dahi. "Mungkin putera itu tidak berfikir panjang tentang akibat melindungi ahli sihir, tetapi awak sepatutnya lebih tahu."

Senyuman Nightingale tambah lebar dan dia berkata, "Mulanya saya pun ingat begitu tetapi awak tahu apa jawapan Baginda apabila saya bertanya jika Baginda percaya Baginda boleh melakukan itu?" Dia berhenti seketika dan menjawab sepatah demi sepatah. "Baginda kata, kalau kita tidak cuba, kita tidak akan tahu."

"Baginda tidak menipu?"

"Tidak," jawab Nightingale dengan yakin.

"Ia kedengaran hebat." Suara Wendy serta-merta bertukar lembut. Dia yakin mustahil Nightingale, kawan lamanya itu akan menipu dia.

"Ya, memang." Nightingale berkata dengan riang. Dia tidak akan sampai kepada kesimpulan ini jika dia tidak melihatnya dengan mata dia sendiri. Dan ia turut dibuktikan sendiri oleh kuasanya. Apabila dia terkenang kembali, Roland tidak pernah menipu Nightingale, seperti yang dikatakannya semasa mereka di atas tembok tempoh hari. Sepanjang dua bulan Nightingale bersama Roland, dia cukup berpuas hati dengan kejujuran putera itu. Satu-satunya perkara yang dia tidak berterus-terang dengan Nightingale tentang kegunaan ais di dalam kamarnya.

Tetapi bagi Nightingale itu bukan perkara besar. Tentu lebih aneh jika Roland menceritakan segala rahsianya kepada seorang ahli sihir yang baru dikenali.

"Saya akan kongsikan berita ini dengan semua orang pada malam ini apabila mereka sudah balik ke kem!" Dia memandang Wendy dan berkata, "Saya harap awak akan bantu saya meyakinkan mereka."

Apabila malam berlabuh, ahli sihir yang telah menghabiskan masa sehari suntuk melakukan kerja di luar pulang ke kem itu. Sebaik sahaja mereka melihat Nightingale pulang dengan selamat, mereka rasa gembira dan mengerumuni dia untuk bertanya tentang perjalanannya. Kain putih yang dibalut pada lengan mereka yang cedera membuat hati Nightingale menjadi sayu. Selepas menjawab beberapa soalan secara acuh tak acuh, dia mengangkat tangan sebagai isyarat untuk mereka semua senyap.

Dia mengambil masa yang agak lama untuk menceritakan segalanya. Dia bermula dengan memberitahu mereka tentang peristiwa dia mencuri masuk ke Pekan Sempadan, perkenalannya dengan Roland, Anna dan Nana, kemudian pembinaan tembok kota, ciptaan enjin wap, pertarungan melawan makhluk iblis, dan akhirnya tentang Anna yang baru melalui Hari Kematangannya. Malah Nightingale mengeluarkan kertas kekulit rekaan enjin wap itu untuk membuktikan kata-katanya.

Kebanyakan ahli sihir sudah lama terpinggir daripada dunia luar sejak mereka memasuki Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir jadi mereka sukar mahu membayangkan keadaan dunia pada masa itu. Mereka begitu tertarik dengan cerita Nightingale dan apabila dia sampai ke bahagian di mana Anna menjalani Hari Kematangannya tanpa sebarang kesakitan, mereka mula menjadi riuh-rendah. Azab Syaitan telah menghantui mereka seumur hidup mereka. Selama ini mereka hidup terseksa, kelaparan dan kesejukan, meninggalkan keselesaan dunia dan meminggirkan diri di Banjaran Puncak Langit demi pencarian untuk Gunung Suci. Jika apa yang Nightingale katakan itu benar, iaitu ada sebuah negeri dengan pemerintah yang sudi menerima mereka dan ada cara untuk melindungi mereka daripada kesakitan Azab Syaitan, maka mereka sanggup mengambil risiko untuk itu.

Tiba-tiba, ahli-ahli sihir itu bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada seorang ahli sihir berambut hijau dan separuh mukanya dicacah dengan lakaran ular. Dia berjalan ke arah Nightingale.

"Apa khabar, pembimbingku yang dihormati," kata Nightingale sambil menunduk hormat di hadapan ahli sihir itu. Dia adalah Cara, si Ahli Sihir Ular, pengasas Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir. Semua ahli sihir dalam persatuan itu menggelarnya sebagai "pembimbing".

"Saya sudah dengar semua cerita awak," Cara memulakan bicara dengan suara garau dan serak, "jadi maksud awak semua usaha kita ini sia-sia?"

"Tidak, pembimbingku. Ini bukan sekadar cerita. Maksud saya…"

"Sudah." Cara membidas kata-kata Nightingale dengan penuh tidak sabar. "Saya tidak tahu apa yang telah awak hadapi sehingga awak boleh mereka-reka cerita mengarut sebegini. Seorang putera diraja yang mengasihani ahli sihir? Ibarat manusia mengasihani seekor semut hina." Cara mencemuh sambil berpaling membelakangkan Nightingale. Dia mendepangkan tangannya dan berteriak, "Saudara-saudaraku sekalian! Jangan lupa apa yang telah dilakukan manusia biasa terhadap kita!"

Dia meneruskan lagi tanpa menunggu penjelasan daripada Nightingale. "Awak semua sudah pernah alami orang-orang biasa serba lemah dan tidak berguna membaling batu pada kita dan menyebat kita dengan cemeti kononnya dengan nama Tuhan! Tanpa Batu Pembalasan Tuhan, mereka tidak ada hak untuk menindas kita! Tuhan yang mengurniakan kuasa ini kepada kita, bukan syaitan. Kita yang sepatutnya bertindak dengan nama Tuhan, bukan gereja! Kita! Ahli-ahli Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir! Gunung Suci yang disebut-sebut dalam kitab purba sebenarnya merujuk kepada alam kayangan dewa-dewi!

Apa?! Nightingale tidak percaya dengan apa dia dengari sekarang. Dia tahu pemimpin Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir memang agak aneh dan walaupun dia juga beria-ia mahu mencari Gunung Suci, dia masih waras lagi. Dia tidak semesra Wendy, tetapi Cara masih menjaga kebajikan ahli sihir lain. Namun begitu Nightingale tidak menyangka kebencian Cara terhadap manusia biasa sedalam ini.

Mungkinkah Cara sengaja menyembunyikan kemarahan dan kebencian dia selama bertahun-tahun ini? Jadi adakah arahan dia selama ini agar memencilkan diri daripada dunia luar rupa-rupanya cara untuk mengumpul kekuatan dalam diam agar satu hari nanti mereka boleh melaksanakan dendam kebinasaan tanpa amaran? Jadi kenapa dia memecahkan tembelangnya sekarang? Mungkinkah…

"Kami sudah jumpa petunjuk yang mengarah ke bukaan di Gunung Suci, seperti yang sudah dikatakan dalam kitab purba! Sekarang kita hanya perlu menunggu sahaja. Dalam masa dua puluh hari lagi, apabila bulan darah mengambang terbit di langit, melalui satu pintu gerbang gergasi yang akan muncul dari bawah tanah, kita akan tiba ke destinasi terakhir kita." Kemudian dia berpusing kembali ke arah Nightingale. "Manusia biasa sudah memperdayakan awak, malah sebenarnya kita semua sudah hidup dalam tipu daya yang besar sejak kita dilahirkan. Kesakitan yang kita hadapi semasa Hari Kematangan ialah dugaan oleh Tuhan. Hanya mereka yang cukup kuat dan yakin sahaja akan mendapatkan kuasa ketuhanan sebenar. Gereja itu…" Cara menyambung dengan kata-kata penuh bias, "hanya sekumpulan orang-orang tak berguna yang kononnya bertindak atas nama Tuhan. Lambat-laun merekalah yang akan terjunam ke dalam neraka."

"Dan awak pula, awak mesti hentikan semua ini." Cara memandang Nightingale. "Saya akan memaafkan kelalaian awak dan kesalahan awak jika awak boleh lupakan cerita-cerita awak itu. Kami akan menerima awak kembali ke dalam kumpulan ini dan kita akan bersama-sama mencapai ketenangan di Gunung Suci."

Kegembiraan Nightingale sebentar tadi sudah hilang sepenuhnya. Azab itu hanya dugaan? Jadi ahli sihir yang mati semasa Azab itu hanya ahli sihir yang tidak layak hidup? Inilah kepercayaan yang disebarkan Gereja Inggeris. Tetapi tiada siapa pun membantah semua ini, malah mereka semua mengangguk-angguk tanda bersetuju. Wendy sendiri membisu seribu kata. Tiba-tiba pandangan Nightingale terhadap mereka semua berubah menjadi suram dan penuh kekecewaan. Di hadapan dia, ahli sihir pengasas Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir dan pembimbing semua ahli sihir kini kelihatan seperti orang asing bagi Nightingale.

Dia menggelengkan kepalanya. "Kalau begitu, saya hanya akan membawa sesiapa yang mahu mengikut saya, dan saya ucapkan selamat berjaya kepada sesiapa yang mahu terus bersama awak."

Sebaik sahaja Nightingale mahu melangkah meninggalkan tempat itu, dia merasakan satu kesakitan seperti ditikam pada kakinya. Dia menunduk ke bawah dan melihat seekor ular hitam dengan belang biru cerah sedang mematuk kakinya. Ular Sihir Sakti yang boleh mengeluarkan pelbagai bisa dan mampu menyerang sekelip mata tanpa disedari mangsa itu sering digunakan oleh Cara Si Ahli Sihir Ular.

Dengar serta-merta seluruh tubuhnya terasa lumpuh. Nightingale baru sahaja membuka mulut untuk bersuara tetapi pandangannya terus menjadi gelap.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C57
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄