Stik Papillion dan sudah semestinya Stik Papillion masak sedang.
Ini betul-betul menguji kebolehan seorang cef untuk mengawal haba. Walau bagaimanapun, Bu Fang tidak rasa begitu sukar mengawal haba kerana dia mempunyai teknik kawalan api. Maka, kawalan apinya lebih baik berbanding cef lain.
Kuali Buruj Penyu Hitam adalah sebahagian daripada Set Tuhan Masakan dan boleh berubah menjadi apa jenis kuali sekalipun yang Bu Fang inginkan.
Jenis kuali yang Stik Papillion perlukan tidak sama dengan kuali biasa. Dengan kehendak Bu Fang, Kuali Buruj Penyu Hitam perlahan-lahan berubah dan banyak bucu-bucu muncul pada kuali tersebut.
Ini adalah gril kuali yang boleh membantu dalam membuat corak-corak yang cantik apabila menggoreng Stik Papillion tersebut.