Wush…
Asap mula berkepul-kepul naik ke udara.
Selepas sekian lama, bunyi air menggelegak akhirnya berhenti. Pintu bilik air dibuka dan wap panas tersebar keluar.
Bu Fang menggunakan sehelai tuala putih untuk mengelap rambutnya dan menyarungkan jubah mandi biru pada tubuhnya.
Seutas tali biru dililit di sekeliling pinggangnya untuk mengetatkan jubah mandi itu.
Bu Fang keluar dari bilik air sambil menghembus nafas panjang. Dia menggoncangkan kepalanya dan air terpercik di merata-rata tempat.
Dia menelengkan kepalanya lalu melihat Ni Yan yang masih sedang tidur nyenyak di atas katilnya. Bu Fang termenung seketika. Dia mengelap tubuhnya dengan tuala sebelum menggantungkannya pada sebuah rak baju.
Kemudian, dia berjalan menuju ke arah tingkap bilik. Dia bersandar pada bingkai tingkap itu dan melihat salju merah darah yang sedang melayang-layang di langit menerusi cermin tingkap tersebut. Wajahnya kelihatan acuh tak acuh.