Bunyi degupan jantung bergema ke seluruh Lembah Pelahap.
Ketika itu, orang ramai mengangkat kepala mereka dan memberhentikan segala pekerjaan sambil memandang ke arah Restoran Sisik Jed.
Mereka melihat cahaya memancar ke langit dan bunga berkembang di merata tempat di atas tanah.
Bunyi degupan yang kuat kedengaran di telinga mereka, membuatkan darah mereka mendidih seolah-olah mahu mencurah keluar dari kulit mereka.
Jantung mereka turut berdebar-debar apabila mendengar bunyi degupan tersebut. Sesetengah daripada mereka duduk bersila dan mula tercungap-cungap ketika tenaga semangat masuk ke dalam badan mereka.
Ketika itulah hidangan luar biasa sedia untuk dihidangkan...
Many people in the Valley of Gluttony had never seen such a special world phenomenon.
Orang ramai di Lembah Pelahap tidak pernah melihat fenemona duniawi istimewa seperti itu.