Di Lembah Pelahap.
Ketua Keenam duduk bersila di Dataran Pelahap yang sudah dibaiki. Dia kelihatan resah kerana terpaksa mengadili pertandingan yang mencabar ini.
Orang ramai mula memenuhi Bangunan Tuhan Pelahap. Mereka semua riuh dan teruja berbincang sambil menonton pertandingan di Dataran itu.
Ada di antara mereka menyedari yang Ketua Besar tidak ada di situ dan Ketua Keenam yang menguruskan semuanya. Walaupun begitu, kegembiraan mereka menyaksikan kejuaraan ini tidak terjejas.
Tak kira apa sekalipun, ini ialah Jamuan Tuhan Pelahap. Mereka cuma perlu mengambil tahu tentang kejuaraan ini, bukannya siapa yang mengadilinya.
Kejuaraan ini pula sedang menjadi semakin menarik. Beberapa pencabar yang tidak dikenali telah muncul di dalam cabaran masakan ini untuk mendapatkan tempat di Batu Bersurat Pelahap.