"Tauke Bu... berikan orang ini semangkuk mi."
Apabila Xiao Yue berkata demikian, satu senyuman terukir pada wajahnya. Dia tidak terfikir Bu Fang akan muncul saat itu.
Walaupun secara logiknya, tiada gunanya Bu Fang muncul di situ... bagi seseorang yang sudah biasa dengan Empayar Bayu, bagaimana dia akan memahami Bu Fang dengan logik akal? Bu Fang ialah seseorang yang mencipta keajaiban. Seseorang tidak boleh menilai kebolehannya dari luaran sahaja.
Disebabkan itu, Xiao Yue berkata demikian kerana dia teringat Bu Fang mempunyai ramen yang berkuasa... Ramen Mengamuk akan membuatkan pertapaannya meletus sekali lagi dan meningkatkan keupayaannya sedikit demi sedikit. Itu ialah kunci untuk kemunculan semulanya kali ini.
Hujan masih turun dan menjadi semakin ganas.
Titisan air hujan berirama itu terpercik ke atas payung kertas minyak dengan bunyi kelepuk, seolah-olah akan menerbalikkan payung itu.