Adakah Santa Shura mengingati Bu Fang? Sudah tentu! Bagaimana mungkin dia boleh melupakan lelaki yang menyebabkan dia dimalukan?
Namun, dia tidak pernah terfikir cef itu akan muncul di Kawasan Rahsia Syurgawi.
Apabila difikirkan semula, kehadiran cef itu ke kawasan rahsia sudah dijangkakan. Lelaki itu berjaya menjadi juara Persidangan Tangan Ajaib dan dia berhak untuk masuk ke Kawasan Rahsia Syurgawi. Namun, Santa Shura masih lagi terkejut apabila bertemu dengannya di tanah pusaka Pemerintah Zalim Bilah Agung.
Ini kerana dia merasakan cef itu terlalu bertuah. Dia benar-benar berjaya masuk ke makam Pemerintah Zalim Bilah Agung sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam Kawasan Rahsia Syurgawi! Seseorang perlu tahu makam Pemerintah Zalim Bilah Agung merupakan tempat yang dicari-cari oleh pakar.