"Dalam pusingan seterusnya... jika relau kamu tidak meletup, kamu anggaplah saya yang rugi."
Ungkapan ini keluar dari mulut Bu Fang. Walaupun kata-kata itu tidak berkuasa, Nangong Wuque dan Mao Shi tetap terperanjat mendengarnya.
Nangong Wuque memandang Bu Fang dengan rasa tidak percaya dan matanya terbuka luas. Apa yang dikatakan Mat Bu tadi? Berlagak sungguh? Adakah ini Mat Bu yang dia kenali?
Mao Shi juga terkejut. Dia berdiri kaku apabila terdengar kata-kata itu dan fikirannya kosong.
"Kamu..." kening Mao Shi bergerak, seolah-olah dia mahu mengatakan sesuatu. Dia tidak sangka cef ini sebenarnya akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Rasanya, dia sendiri pun tidak akan berani berkata-kata sebegitu.
Jika relau kamu tidak meletup, itu akan menjadi kerugian saya? Bagaimanakah dia mempunyai keberanian untuk mengatakan sesuatu seperti itu?