Walaupun ketua pengadil sedikit tertekan, dia tidak kekal begitu dalam masa yang lama. Di bawah pemerhatian Tuan Guru Xuan Ming, dia menarik nafas panjang dan pada akhirnya, dengan rasa penuh rasa terpaksa, dia mengumumkan Bu Fang adalah pemenang pusingan itu.
Relau Ahli Sihir An Sheng telah meletup di tengah-tengah proses penghalusannya; itulah sebabnya dia kalah persaingan ini. Bagi hidangan yang dimasak oleh Bu Fang pula, selepas para pengadil memakannya, mereka memutuskan hidangan itu mempunyai kesan yang sama seperti pil semangat dua tanda. Oleh itu, pemenangnya adalah Bu Fang, tanpa ragu-ragu.
Di bawah pentas, para penonton agak terkejut. Keputusan ini bukan sesuatu yang dapat dibayangkan.
Ahli Sihir An Sheng... Dia ialah salah seorang daripada sepuluh ahli alkimia pintar dari Bandar Pil Langit! Siapa sangka dia akan kalah dalam perlawanan di antara 100 peserta teratas.
Ini sangat... sukar dibayangkan!