Di sebuah kuil yang tersembunyi di dalam hutan yang tebal di Tanah Belantara.
Jin Kun sedang bersila dan wajahnya kelihatan pucat. Dia masih belum pulih selepas memakan sajian yang pedas di Bandar Diraja Empayar Bayu itu. Sekarang, apabila dia melihat sajian-sajian yang pedas, hatinya akan melonjak.
"Em, saya terlupa untuk beritahu beberapa perkara kepada mereka berdua ke?"
Jin Kun yang sedang bersila itu tiba-tiba membuka matanya dengan bingung. Walau bagaimanapun, dia menggelengkan kepalanya dan membuangkan perasaan bimbang itu dari hatinya. Dia telah menghantar dua orang Daulat Pertempuran dari Gunung Beratus Ribu untuk merampas Api Zalim Sepuluh Ribu itu dan mereka tidak akan pergi Bandar Diraja Empayar Bayu untuk membuat kacau.