Di sebuah perkarangan kecil di Bandar Diraja.
Cef Hantu Wang Ding berjalan ke arah kuali besar yang berada di hadapannya. Apabila penutup kuali itu dibuka, arus panas yang padat dengan tenaga semangat terus tersebar ke udara. Tenaga semangat itu pun terkena pada wajahnya yang berkedut itu.
Apabila dia menarik nafas, dia rasa seperti lubang hidungnya sedang terbakar dan dia terpaksa mengambil satu langkah ke belakang. Dia mengerutkan keningnya apabila sensasi terbakar itu menjadi semakin kuat.
"Pati daripada 37 ekor binatang semangat kelas kelima telah direbus di dalam Kaldu Pati Daging ni sekali dengan eliksir yang saya jumpa semasa dalam perjalanan saya ke seluruh benua. Kaldu Pati Daging ni memang lazat." Cef Hantu menggumam pada dirinya sendiri. Matanya bersinar dan seluruh tubuhnya pula terketar-ketar kegembiraan.