Si Gemuk Jin dan anak-anak buahnya nampak seperti wanita-wanita yang sedih apabila mereka ditolak ke belakang oleh golongan lelaki yang berbadan sasa dan mempunyai tahap daya tulen yang tinggi. Memandangkan mereka tidak sekuat golongan lelaki yang berbadan sasa itu, jadi mereka tidak berani untuk mengambil risiko dan terpaksa menderita dalam diam.
Bu Fang agak tergamam. Orang yang berkerumun di hadapan restorannya ini... telah datang awal ke sini. Adakah mereka mahu mencuba Wain Bru Pemahaman Laluan Api Bekunya? Walaupun dia telah membuat satu pengumuman pada malam semalam dia akan menggunakan dasar tiba "dahulu, layan dahulu", tetapi orang-orang ini masih datang awal ke restorannya.
"Selamat pagi, Tauke Bu! Boleh tak kami beli wain tu sekarang?"