Semua ahli Astaka Pedang Void tahu yang Tian Xuzi merupakan seorang pencinta wain.
Sebenarnya, sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Astaka Pedang Void memang suka minum wain. Terdapat satu hubungan yang tidak dapat dijelaskan antara mereka dengan alkohol. Oleh itu, meminum wain merupakan satu perkara yang biasa bagi ramai pemain pedang.
Xiao Yue merupakan seorang pencinta wain, jadi aroma wain itu telah menariknya ke sini. Minat Tian Xuzi terhadap wain pula jauh lebih tinggi daripada Xiao Yue, jadi dia telah hilang kesebarannya dan terus berjalan ke arah restoran itu.
Xiao Yue melihatnya dengan geli hati. Dia berkata dalam hatinya, 'Walaupun aroma ni datang dari restoran Tauke Bu, tapi Tian Xuzi masih berjalan ke arah restoran tu... Dia tak tahu ke reputasi Restoran Fang Fang tu?'
Orang lain terpacak berdiri di tempat masing-masing dan mereka melihat Tian Xuzi dengan aneh sekali apabila dia perlahan-lahan masuk ke dalam lorong itu.