"Kamu kata pokok ni dipanggil Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur?" Bu Fang memandang Ni Yan dan bertanya.
"Takkan kamu tak tahu nama pokok ni?" Mata cantik Ni Yan terbeliak dan wajahnya penuh dengan rasa tidak percaya. Dia kelihatan sangat comel apabila dia mencebikkan bibir merahnya.
"Kamu tak tahu nama pokok ni, jadi kenapa kamu menanamnya di dalam restoran kamu?"
Bu Fang mengerutkan dahinya, "Saya nak tingkatkan penghijauan di dalam restoran saya."
Bu Fang nampak tenang, tetapi Ni Yan tergamam dan dia berkata di dalam hatinya, 'Kau tak tahu ke betapa bernilainya Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur ni? Nak tingkatkan penghijauan di dalam restoran... Biar betul pemilik restoran ni.' Mungkin hanya seseorang yang aneh seperti Bu Fang sahaja yang menanam Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur tanpa motif tersembunyi selain daripada mahu meningkatkan penghijauan di dalam restorannya.