"Ke… ketua tertinggi?!"
Orang tua mabuk itu menoleh dan kakinya terus menjadi lemah longlai bila dia ternampak lelaki tua dia belakangnya. Dia hampir mati terkejut bila ketua tertinggi muncul sejurus selepas dia menyebut tentangnya.
Dengan senyuman lembut di wajah, orang tua itu mengayun tangannya dan merampas lelabu wain orang tua mabuk itu. Dia tersenyum kecil sambil menggoncang lelabu itu yang menghasilkan bunyi berkocak.
Orang tua itu membuka penutup lelabu itu dan memicit jarinya sambil setitis wain yang nampak seperti mutiara terapung keluar dari lelabu itu.
"Semasa aku muda dulu, aku pun sukakan wain." Orang tua itu berkata sambil tergelak kecil. Dia mengayunkan jari dan titisan wain itu terbang masuk ke mulutnya. Titisan itu terus mengembang dan memenuhi mulutnya dengan wain.
Mata orang tua itu mengecil sambil dia menikmati rasa wain itu. Dia mengecap bibirnya sebelum membaling lelabu wain itu kembali kepada orang tua mabuk.