"Ini... Tauke Bu, cukup tak bahan-bahan ni?" Sida-sida muda itu terkejut selepas Bu Fang menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Wajahnya yang kebudak-budakan itu penuh dengan rasa terkejut dan tidak percaya.
"Betul, saya hanya perlukan bahan-bahan ni. Tolong sediakan kesemuanya. Saya akan datang awal esok pagi." Bu Fang berkata.
Sida-sida muda itu terkejut seketika. "Tauke Bu, kamu tak pergi ke sana hari ni? Cef-cef yang terkenal di seluruh Empayar Bayu akan berkumpul di situ. Dengan kemahiran masak-memasak kamu, kamu pasti akan disanjung tinggi oleh mereka."
Bu Fang memandang sida-sida muda itu dengan acuh tak acuh. Dia menggelengkan kepalanya dan berkata, "Saya tak nak pergi. Saya akan pergi ke Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan esok pagi. Pastikan semua bahan yang saya perlukan dah sedia bila saya tiba nanti."