下載應用程式
13.08% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 125: Anak Lelaki Kurang Ajar, Kamu Nak Pergi Mana!

章節 125: Anak Lelaki Kurang Ajar, Kamu Nak Pergi Mana!

編輯: EndlessFantasy Translation

Salji yang turun dari langit berpusar-pusar ditiup angin sejuk. Di antara astaka di dalam kediaman Xiao, terdapat satu jalan kecil yang menuju ke sebuah tempat yang tenang.

Lilin dan pendiangan sedang menyala di dalam sebuah bilik yang mewah dan menyebabkan suhu di dalam bilik itu menjadi sangat hangat. Sebiji bekas dupa telah diletakkan di hadapan sebuah tingkap kayu yang terbuka. Asap dari bekas dupa itu membuatkan seluruh bilik itu berbau seperti kemenyan.

Seorang wanita berbadan kecil yang dibaluti dengan jubah bulu sedang duduk di sebelah bekas dupa itu dan di hadapannya ada sebuah ziter. Tangannya yang tiada cela itu bergerak dengan pantas di atas ziter, seperti orang bunian yang luar biasa.

Ziter itu mengeluarkan melodi yang sungguh merdu seperti bunyi hujan yang jatuh di atas daun teratai dan boleh menyebabkan pendengarnya menjadi terpesona.

Raut wajah Xiao Yanyu yang cantik itu kelihatan agak sedih. Semasa jari-jemarinya memetik ziter itu, emosinya seolah-olah telah berubah menjadi not muzik dan melayang keluar dari ziter itu. Jambul pepatnya menutupi separuh daripada mukanya seperti seorang dewa yang telah diusir dari syurgawi.

Xiao Xiaolong masuk ke dalam bilik itu. Dia mengibas-ngibaskan salji pada pakaiannya dan berkata dengan lemah lembut sambil bersenyum, "Kakak main ziter di dalam bilik ibu lagi. Kakak tak bimbang ke bunyinya akan mengganggu ibu?"

Xiao Yanyu berhenti bermain ziter itu dan dia mengeluh. "Kalaulah ziter ni boleh mengganggu ibu, Kakak akan mainkannya setiap hari."

Xiao Yanyu melihat Xiao Xiaolong sekilas lalu dan berkata dengan meluat, "Adik, bukan ke ayah suruh Adik bertapa? Kenapa datang ke sini untuk berbual dengan Kakak?"

"Hehe, ayah pergi cari putera ketiga, jadi Adik habis awal hari ni. Dua tiga hari ni, Adik asyik bertapa saja sampai sakit tulang-temulang. Apa kata kita pergi makan di restoran Tauke Bu? Dah lama kita tak pergi ke sana. Adik teringin nak makan sajiannya." Xiao Xiaolong berkata.

Xiao Yanyu menggulingkan matanya ke arah Xiao Xiaolong. Jadi, inilah tujuan sebenar Xiao Xiaolong melawatnya. Siapa kata bakatnya luar biasa? Dia hanya seorang yang kuat makan.

"Adik ni betul-betul... Hmm? Siapa tu!" Sebelum Xiao Yanyu hendak menegur Xiao Xiaolong, raut wajahnya bertukar apabila dia melihat di luar tingkap.

Di luar, seorang lelaki sedang perlahan-lahan berjalan ke arah mereka di atas permukaan kolam yang beku. Jubah hitamnya berkibas-kibas ditiup angin sejuk dan mukanya tersorok di bawah sebuah topi buluh supaya orang lain tidak boleh melihat wajahnya.

Walau bagaimanapun, ketika Xiao Yanyu dan Xiao Xiaolong melihat lelaki ini, anak mata mereka mengecil sedikit...

Xiao Yue pun melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia menanggalkan topi buluh dan menghembuskan nafas lega. Apabila dia melihat Xiao Yanyu dan Xiao Xiaolong yang merenungnya dengan bingung, dia tiba-tiba tersenyum.

"Lama kita tak berjumpa." Xiao Yue berkata dengan suara seraknya.

Tapi, jawapan yang dia dapat ialah satu gelombang daya tulen yang dipancarkan ke arahnya.

Wajah Xiao Yanyu penuh dengan rasa marah apabila dia melihat Xiao Yue. Xiao Xiaolong juga melihat Xiao Yue dengan berjaga-jaga kerana dia tidak tahu tujuan dia datang ke kediaman Xiao.

"Berani kau datang balik ke sini! Kau ada hati untuk datang balik ke sini!" Xiao Yanyu menjerit.

Senyuman di muka Xiao Yue hilang dan dia melihat Xiao Yanyu dengan acuh tak acuh. Senyuman terukir di wajahnya dan hujung jari kakinya menyentuh tanah. Kemudian, angin seolah-olah bertiup dengan kencang dan dia tiba-tiba muncul di sebelah Xiao Yanyu.

Seluruh badan Xiao Yanyu menjadi kaku. Dia rasa seolah-olah satu tenaga pedang yang menakutkan telah menikam daya tulen di dalam tubuhnya. Tubuhnya tidak dapat bergerak satu inci pun, jadi dia hanya dapat merenung Xiao Yue dengan tajam.

Xiao Yue tersenyum girang. Dia menghulurkan tangannya dan mengusap kepala Xiao Yanyu. Selepas itu, Xiao Yue berjalan melewatinya dengan perlahan dan menuju ke arah orang yang sedang berbaring di atas katil.

"Apa yang kau cuba lakukan!" Xiao Xiaolong dengan geram menghalang Xiao Yue daripada pergi ke arah katil itu sehingga mukanya yang putih melepak itu menjadi merah.

"Hmm? Budak tak guna ni dah besar rupanya... Berani kamu halang Abang." Xiao Yue tersenyum.

Anak mata Xiao Xiaolong mengecil dan daya tulen terpancar dari tubuhnya. Tahap pertapa bagi aras kemuncak Maniak Pertempuran kelas ketiga ditunjukkan dengan sepenuhnya. Dia mengangkat tangannya dan meletakkan badannya dalam posisi bertarung...

Xiao Yue menelengkan kepalanya dan rasa geli hati terpancar di mukanya apabila dia melihat Xiao Xiaolong berlari ke arahnya. Dia perlahan-lahan mengangkat jarinya dan mencucuk Xiao Xiaolong di dahinya.

Xiao Xiaolong yang sedang berlari itu terus terhenti. Matanya terbeliak apabila badannya terhuyung-hayang dan jatuh ke tanah.

"Jangan risau, Abang tak ada niat jahat." Suara serak Xiao Yue bergema di dalam bilik itu.

Xiao Yanyu tidak percaya dengan kata-katanya itu, tetapi dia tidak dapat menggerakkan badannya... Dia rasa sangat cemas sehingga dia mahu menjerit dengan kuat.

Xiao Yue kemudiannya berhenti di sebelah katil di dalam bilik itu. Asap keluar dari bekas dupa di sebelah katil itu dengan perlahan-lahan. Seorang wanita anggun sedang berbaring di atas katil itu dengan matanya tertutup.

Muka wanita itu sungguh cantik. Kalau dilihat dengan dekat, ada persamaan antara muka wanita itu dengan muka Xiao Yanyu.

Kerumitan boleh dilihat dalam mata Xiao Yue dan dia mengeluh. Dia menanggalkan jubah yang berat dan tebal dari bahunya dan meletakkannya di atas badan wanita itu.

"Kau... tak boleh ambil ibu!" Xiao Xiaolong cuba sedaya upayanya untuk bangun dari tanah. Tapi, Xiao Yue mengangkat tangannya dan satu daya tenaga yang tidak dapat dilihat telah menekan badan Xiao Xiaolong dan menyebabkan dia jatuh semula ke atas tanah. Dia hanya dapat melihat dengan matanya yang merah apabila Xiao Yue mengangkat ibunya, Ji Ru'Er dan beredar tempat itu.

Seluruh badan Xiao Yanyu menggeletar dan dia menggigit bibirnya dengan kuat. Dia melihat Xiao Yue dengan geram sekali.

Xiao Yue meletakkan Ji Ru'Er di bahagian belakangnya. Ketika dia tiba di ambang pintu, dia berpaling ke arah mereka dan berkata sambil tersenyum, "Kamu berdua ni tak secomel macam dulu. Jangan risau, Abang tak ada niat jahat. Abang akan cuba kejutkan ibu."

Selepas dia selesai bercakap, Xiao Yue memakai topi buluhnya dan melompat ke udara. Dia pun hilang begitu saja. Hanya angin sejuk sahaja yang bertiup dari ambang pintu bilik itu.

Apabila tenaga pedang di badannya hilang dengan bunyi yang kuat, badan Xiao Yanyu menggeletar beberapa saat sebelum dia bergegas ke ambang pintu itu. Dia merenung salji di luar tetapi Xiao Yue sudah tiada di situ.

Bzzz!

Selepas beberapa ketika, salji yang berpusar-pusar di udara terhenti apabila seorang lelaki berjalan ke arah mereka sambil terapung di udara. Xiao Meng kelihatan muram apabila dia mendarat di atas perkarangan yang kecil itu. Apabila dia melihat Xiao Xiaolong sedang duduk dengan tidak bermaya di atas tanah dan Xiao Yanyu yang hampir hendak menangis, dia terus naik berang.

"Ayah... Ibu telah diculik!" Apabila Xiao Yanyu melihat Xiao Meng, segala keluhan di dalam hatinya segera diluahkan.

"Xiao Yue!" Walaupun kemarahan terpancar di mata Xiao Meng, dia berasa sangsi dengan apa yang telah terjadi. Ji Chengxue telah menjemputnya untuk berbicara di kediamannya dan kebetulan Xiao Yue tiba selepas Xiao Meng pergi... Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan kejadian tadi.

Xiao Meng berpusing ke belakang dengan serta-merta dan keluar dari kediaman Xiao. Dia melompat ke udara dan terus meneliti persekitarannya.

"Hmm?" Xiao Meng berasa agak gelisah apabila dia mengambil langkah ke hadapan dan terus berlari dengan pantas.

Xiao Yue mengangkat ibunya, Ji Ru'Er di bahagian belakangnya. Dia berjalan menuju ke lorong. Daya tulennya menyelubungi tubuh ibunya untuk menghalang salji jatuh ke atas ibunya dan juga untuk mengelakkan daripada ibunya menjadi beku.

Tiba-tiba, bunyi gemuruh yang datang dari belakangnya mengejutkan Xiao Yue. Tenaga pedang yang kuat terus keluar dari tubuhnya dan berubah menjadi sebilah pedang panjang. Pedang panjang itu terus membelah di belakangnya.

Gedebuk...

Apabila tenaga pedang Xiao Yue hilang dengan bunyi yang kuat, tubuhnya menggeletar seketika. Dia terus berlari ke lorong di dalam bandar diraja itu dengan pantas sekali. Restoran Fang Fang tidak jauh dari situ.

Wajah Xiao Meng penuh dengan rasa marah apabila dia mendarat. Dari jauh, dia melihat Xiao Yue sedang berlari dan menjerit, "Anak lelaki yang kurang ajar, kamu nak pergi mana!"

Apabila Xiao Meng bergerak, tanah di bawah tapak kakinya seolah-olah mengecut apabila dia berlari ke arah anaknya sehingga berlakunya imej tinggal.

Satu gelombang tekanan yang mengerikan menghampiri Xiao Yue dan gelombang itu menolak salji yang berpusar-pusar di sekelilingnya.

Apabila Xiao Yue berpusing ke belakang, pedang panjangnya terbang keluar dari sarungnya. Bilah pedang itu sungguh menakjubkan. Dia membuat pergerakan pedang dengan tangannya. Pedangnya bertambah menjadi empat dan membentuk satu susunan pedang. Xiao Yue membuat pergerakan menolak dengan tangannya dan keempat-empat pedang itu terbang ke arah Xiao Meng.

Kali ini, Xiao Meng tidak menahan dirinya langsung. Telapak tangannya bersinar ketika dia memberikan satu lemparan yang terus memusnahkan susunan pedang itu.

Xiao Yue mengerang. Dengan meminjam impak kuasa tadi, dia akhirnya sampai ke Restoran Fang Fang dan menyorok di dalam.

Xiao Meng sudah lama naik berang. Dia mengumpul daya tulennya ke telapak tangannya dan dia bercadang untuk meletupkan restoran itu...

Walau bagaimanapun, anjing hitam besar yang berbaring di atas tanah itu telah memandangnya dengan sekilas lalu dan ia mendengus. Dengan mengayunkan kakinya yang halus itu, daya tulen yang terkandung dalam telapak tangan Xiao Meng telah pecah berkecai dengan bunyi yang kuat. Xiao Meng terasa seolah-olah satu kuasa yang besar telah menolaknya dan menyebabkannya tersandung ke belakang.

Dia juga terasa seolah-olah sebesen air batu telah dituangkan ke atas kepalanya dan menyebabkannya berfikiran waras semula. Hanya selepas itu dia sedar yang Xiao Yue telah menyorok di dalam restoran Bu Fang.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C125
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄