下載應用程式
1.88% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 18: Loli Berdada Leper Lari Dari Rumah

章節 18: Loli Berdada Leper Lari Dari Rumah

編輯: EndlessFantasy Translation

Dia seorang loli yang cantik.

Dia memakai gaun berbunga dan rambutnya diikat sanggul. Kulitnya lembut dan putih bak salji dan matanya besar bersinar. Rupanya cantik dan menawan dan bibirnya berwarna merah jambu berkilat.

Loli itu menepuk dadanya yang rata dan menarik nafas. Bila dia mengintai keluar dan melihat tiada siapa yang mengekorinya, dia menarik nafas lega. Pada masa itu baru dia sedar yang Bu Fang merenungnya. Dia menjegil mata dan berkata, "Apa yang kau tengok? Tak pernah nampak orang cantik ke?"

"Kau tu hanya loli berdada leper," Bu Fang membalas mudah dan bangun dari kerusinya.

Bu Fang berketinggian 1.8 meter dan dia menunduk memandang loli kecil itu. Loli kecil itu terpaksa mendongak untuk melihat Bu Fang.

"Kau mahu sesuatu untuk makan?" tanya Bu Fang. Ada kurang dari setengah jam sebelum masa operasi tamat. Dia ingatkan sudah tak ada pelanggan sehinggalah muncul loli kecil ini.

"Siapa yang kau panggil dada leper!" Loli kecil itu merengus sambil memandang Bu Fang dengan marah dan berkata, "Aku masih budak lagi!"

Bu Fang memandang dada leper loli kecil itu tanpa ekspresi dan mulutnya melebar…

Apabila loli kecil itu nampak ekspresi muka Bu Fang, dia hampir mengamuk.

"Kalau nak buat pesanan, tolong cepat. Tinggal setengah jam saja lagi sebelum restoran ditutup," kata Bu Fang dengan dingin.

Loli kecil itu melihat ke arah pintu masuk sekali lagi dan bila dia lihat orang yang mengejarnya sudah melepasi lorong itu, dia menarik nafas lega. Dia kemudian pergi ke sebuah meja dan duduk di atas kerusi dan berkata, "Beritahu aku apa yang ada di sini."

"Semua ada dalam menu, pusing dan lihat," balas Bu Fang.

"Tak boleh beritahu saja?!" Loli kecil itu merenung Bu Fang dengan marah sekali lagi dan menoleh kepalanya untuk melihat menu.

"Ini lubuk penjenayah! Ini memang lubuk penjenayah!" Bila loli kecil ternampak harga pada menu, dia terus mengamuk. Dia bangun dari kerusi dan menunjukkan jari ke arah Bu Fang sambil menjerit.

"Tauke berhati gelap, biar ayah aku tangkap kau!"

Wajah Bu Fang menjadi gelap dan ekor mulutnya bergerak-gerak. Sebagai orang yang ingin menjadi Tuhan Masakan, dia tak ada masa melayan loli kecil ini.

Jadi, Bu Fang mengusap kepala si loli kecil, mengangkat dan dukung dia ke pintu masuk restoran. Sambil dia berjalan dia berkata, "Budak baik, kau patut balik rumah dan bermain."

Loli kecil yang didukung Bu Fang terus bergelut sambil muka comelnya dipenuhi dengan rasa marah.

"Lepaskan aku lelaki miang!'

Dia tidak mahu beredar. Pengawal bapanya masih mencari dia dan jika dia keluar, dia pasti akan ditangkap.

"Aku akan pesan sesuatu. Aku akan buat pesanan!" Mata si loli kecil berubah sedikit dan dia berkata dengan suara yang lembut.

Bu Fang terkejut seketika, kemudian meletakkannya ke bawah. 

Loli kecil itu mengerutkan keningnya dan merengus marah, kemudian dia kembali ke tempat duduknya dan berkata, "Berikan aku hidangan yang paling mahal!"

"Tidak, pencapaian tahap pertapa kau tak menepati syarat," kata Bu Fang tanpa ekspresi.

Loli kecil itu terkejut sambil berfikir, "Restoran apakah ini sampaikan pencapaian tahap pertapa aku perlu diperiksa hanya untuk makan!"

"Kalau begitu berikan satu hidangan Nasi Goreng Telur," loli kecil itu berkata dengan tidak berdaya.

"Sila tunggu sebentar." Bu Fang melihat ke arah loli kecil itu dan masuk ke dapur.

Loli kecil itu begitu bosan menunggu. Dia melihat sekelilingnya dan sedar yang suasananya boleh tahan.

Selepas seketika, Bu Fang keluar dari dapur dengan mangkuk porselin biru putih yang berisi Nasi Goreng Telur.

"Ini Nasi Goreng Telur kamu. Selamat menikmati hidangan."

"Baunya… Baunya sedap!"

Mata loli kecil itu terus bersinar. Dia terkejut melihat Nasi Goreng Telur yang berkilau itu. Aromanya yang kaya membuatkan perutnya berkeroncong dengan kuat.

Loli kecil itu terus menelan makanan itu tanpa mampu menahan diri.

"Nom nom." Bu Fang tiba-tiba rasa cara dia makan sama seperti anjing hitam besar itu.

Habis semangkuk Nasi Goreng Telur itu dimakannya.

Menggosok perutnya yang buncit, loli kecil itu menghembus nafas dengan selesa sambil duduk di kerusi. Dia berfikir, "Sedap sungguh!"

"Harganya satu kristal, terima kasih," Bu Fang merenung loli kecil itu dari atas.

Loli kecil itu mengelipkan matanya yang comel sambil memandang Bu Fang. Tiba-tiba, matanya basah dan mulut merahnya terus muncung. Dia berkata kepada Bu Fang dengan penuh rasa sedih, "Abang, saya lari dari rumah dan saya tak bawa duit. Sebab saya comel, boleh tak kalau ini percuma?"

Bu Fang berfikir tanpa ekspresi, "Oh, loli ini cuba ambil kesempatan. Sebab itu rupanya dia sama dengan Si Hitam."

Anjing hitam besar itu yang terbaring di pintu masuk tiba-tiba mengangkat kepalanya dan melihat sekeliling dengan waspada. Selepas mendapati tak ada apa-apa, dia menguap dan sambung berbaring.

"Kau tak ada duit?" Bu Fang bertanya.

"Ya betul!" Loli kecil itu mengelipkan mata besarnya dan berkata sedih, "Saya tak ada duit langsung."

"Si Putih," panggil Bu Fang.

Loli kecil itu terkejut dan berasa ada bayang-bayang gergasi di belakangnya.

"Si pembuat masalah, kamu akan dibogelkan sebagai pengajaran kepada yang lain," mata elektrikal si Putih berkelip sambil dia berkata.

"Bo… bogel?! Dia nak bogelkan saya?!"

Dia tercengang dan wajahnya bertukar pucat kerana ketakutan.

Ekor mulut Bu Fang bergerak-gerak dan dia terus menghalang si Putih.

"Sistem, apakah hukuman bagi orang yang mahu ambil kesempatan?" Bu Fang menyentuh hidungnya dan bertanya. Apa pun, budak nakal itu seorang perempuan. Walaupun dia tak ada buah dada, membogelkan dia bukanlah idea yang baik.

Loli kecil itu ketakutan yang teramat sangat dan kedua-dua kakinya menggeletar. Dia berfikir. "Ini memang lubuk penjenayah! Rupanya ada benda menakutkan yang cuba membogelkan orang comel seperti saya!"

"Ada dua hukuman: satu, pesalah laku perlu dibogelkan sebagai pengajaran kepada yang lain; kedua, pesalah laku akan bayar hutang dengan badannya." Sistem itu membalas.

"Bayar hutang dengan badan? Ada cara sebegitu?" Bu Fang mengangkat keningnya dan melihat loli yang berdada leper itu, kemudian dia mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

"Hukuman itu bermaksud mereka akan bekerja sebagai pelayan di restoran ini selama seminggu." Sistem itu membetulkan perkara tak bermoral yang Bu Fang fikirkan.

Bu Fang terus terbatuk kecil.

"Disebabkan kau tak ada duit yang cukup untuk membayar bil, kau perlu bekerja di sini selama seminggu. Tugas utama kau ialah menghidangkan makanan kepada pelanggan," kata Bu Fang.

Loli kecil itu tersentak seketika, kemudian menganggukkan kepalanya dan berkata, "Baiklah!"

Kali ini, Bu Fang pula yang terkejut. Dia berfikir, "Kenapa kau terus setuju, bukan ke kau patut menolak?"

"Kau tak akan dibayar!" Bu Fang mengingatkannya dan loli kecil itu membalas dengan ekspresi acuh tidak acuh.

Dengan itu, loli kecil yang lari dari rumah itu tinggal di Restoran Fang Fang dan menjadi pelayan.

Bila tamat waktu operasi, Bu Fang menutup restoran dan naik ke atas.

Loli kecil yang lari dari rumah itu dan tiada tempat tinggal, diberikan satu bilik. Itu pun kerana dia merayu dan mengganggu Bu Fang untuk beberapa ketika sebelum dia akhirnya setuju.

…..

"Tuan, tahniah kerana menyelesaikan misi jangka pendek. Tuan akan menerima ganjaran sistem tak lama lagi. Ganjaran sistem sedang dikeluarkan..."

Bu Fang duduk di biliknya, penuh berharap. "Ganjaran kali ini ialah hidangan baru."

"Tuan telah maju ke hadapan dalam perjalanan menjadi Tuhan Masakan. Ganjarannya: cara menyediakan Ikan Masak Tiga Cara dan Shumai Keemasan; sebahagian daripada set Tuhan Masakan."

Bu Fang terkejut, "Ikan Masak Tiga Cara? Shumai Keemasan?

"Adakah itu dikira mencapai kemahiran baru? Dan serentak dua!"

Bu Fang sungguh gembira.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C18
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄