Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi....
'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'.
Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati.
Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?
"Ib jom kahwin dengan I, my parent dah bertanya bila kita nak menikah?, usia I pon sudah semakin meningkat", ajak Ros kepada Shuib jejaka yang pada pandangannya sangat sempurna sebagai bakal iman dia dan bakal anak-anak mereka. Cinta pandang pertama untuk dia dan impian dia untuk membina bahtera indah bersama.
"Sayang, I baru mula kerja masih tidak berkemampuan, maybe hujung tahun ini I boleh masuk meminang ", spontan jawaban dari Shuib atas ajakan itu, benar memang mereka agak lama berkawan ya la dari zaman belajar di UiTM tapi baru saja menerima lamaran kerja dan belum lagi menjadi pekerja tetap . Siapa tak nak kahwin oii bila dah cukup masa, kalau boleh hari ini juga nak menikah namun kekangan kewangan ada di situ.
Roslina gadis manis,ayu dan menawan agak tinggi , sejuk hati mata memandang, berkulit agak cerah , bermuka bulat , bertahi lalat di pipi kiri, sentiasa tersenyum dan sangat-sangat lembut dalam berbicara, peribadinya sangat-sangat indah. Sesuai dengan Shuib yang boleh di katakan tampan tapi agak berisi,kulit putih mulus, berjanggut sedikit membawa imej muslim sejati dalam diri dan lontaran bicara dan mengalukan surah-surah Al-Quran sangat indah. Pasangan yang sejoli saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun di mana lautan sentiasa tenang. Hidup adalah perjalanan di mana kita akan di uji di situ kekuatan akan menyediakan kita untuk tujuan akhir.