"Abang Su...tunggulah.Janganlah jalan cepat sangat.Kita nak pergi sungai sahaja.Bukannya nak pergi berperang", kata Lu Xiang Lin.Dia sandar di batang pokok untuk melepaskan lelahnya.
Su Liang berlari ke arah Lu Xiang Lin.Dia berdiri di hadapannya.
" Bukannya jauh lagi pon sungai tu.Kejap lagi sampailah",kata Su Liang.
"Tunggulah kejap.Saya penatlah.Kita rehatlah dulu"
"Yelah.Kita rehat sekejap sahaja,kemudian kita teruskan perjalanan", katanya sambil mengusap kepala Lu Xiang Lin bagaikan dia budak kecil.
Lu Xiang Lin menolak tangan Su Liang dengan muka cemberut.Dia bukannya budak kecil lagi.Su Liang hanya tersengih.
Tak lama selepas itu,mereka terdengar bunyi pedang yang bergeseran.Lu Xiang Lin memandang ke arah Su Liang.
" Abang Su,saya dengar ada bunyi pertarunganlah.Jom kita kihat",ajaknya kemudian dia berdiri.
"Jom.Mungkin dia perlukan pertolongan kita agaknya"
Kemudian kami pergi ke arah bunyi pertengkaran.Sesampainya kami di sana,kami melihat seorang lelaki yang cedera parah memakai baju perisai berwarna emas dan beberapa orang lelaki yang berpakaian seperti askar.Salah seorang daripada lelaki yang berpakaian seperti askar itu sedang menhunus pedang untuk menikam lelaki yang berpakaian baju perisai berwarna emas.Lu Xiang Lin yang melihat keadaan itu cepat-cepat melibas pedang milik lelaki yang berpakaian seperti askar itu.Dia berdiri di hadapan lelaki yang berpakaian baju perisai berwarna emas itu untuk melindunginya.
Lelaki yang berpakaian seperti askar itu mengangkat pedang untuk mencederakan Lu Xian Lin.Namun,belum sempat lelaki itu mahu mencederakan Lu Xiang Lin,Su Yan menahan pedang lelaki yang berpakaian seperti askar itu dengan pedangnya.Beberapa orang lelaki yang berpakaian seperti askar itu mula bertarung dengan Su Liang.
"Awak tak apa-apa?Biar saya lihat luka awak", kata Lu Xiang Lin sambil memegang bahu belah kirinya untuk melihat luka yang ditinggalkan oleh lelaki yang berpakaian seperti askar itu.
Zhouge Yu hanya merenung ke arah Lu Xiang Lin yang sedang membelek bahunya.
" Luka awak ni agak parahlah.Biar saya bawa awak ke sungai berdekatan untuk menghentikan pendarahan awak dahulu",katanya sambil menolong Zhouge Yu untuk bangun.
Zhouge Yu memaut bahu Lu Xiang Lin untuk memudahkan gadis tersebut mengangkatnya.Mereka berjalan beriringan meninggalkan Su Liang.Sampainya mereka di sana,Zhouge Yu duduk di atas batu besar yang berhampiran dengan sungai tersebut.
Manakala,Lu Xiang Lin pula mengoyakkan secebis baju nya lalu merendamkannya ke dalam air kemudiannya diikat di bahu Zhouge Liang.
Dia mengerut kesakitan.Sesudah siap,dia mula memandang gadis itu balik.
"Kenapa awak kena kejar dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian seperti askar itu?",soal Lu Xiang Lin.
Zhouge Yu diam dulu,kemudian,barulah dia jawab.
" Sebab mereka nak bunuh saya",jawabnya.
"Kenapa mereka nak bunuh awak?", soal Lu Xiang Lin kemudian baru dia tersedar.
" Maaf...maaf...saya termasuk campur urusan awak.Memandangkan ini perkenalan kita yang pertama,biar saya perkenalkan diri.Nama saya Lu Xiang Lin.Awak boleh panggil saya Xiang Lin"
Kemudian dia hulurkan tangan tanda perkenalan.