"Puan Qin, berita tu tak betul. Saya tak bercinta dengan dia. Dia perangkap saya."
"Dia perangkap kamu?"
"Ya, Huo Siqian abang Huo Mian. Jadi, saya rasa mesti Huo Mian ada cakap sesuatu pada abangnya untuk perangkap saya begitu…"
"Tak mungkin. Mian bukan orang yang suka buat onar dan dia tak rapat pun dengan Huo Siqian. Daripada apa yang saya tahu, Huo Mian serahkan semua saham yang dia ada di Syarikat Huo. Jadi, tuduhan kamu tak berasas."
Jelas sekali Puan Qin tidak mempercayai kata-kata Song Yishi.
"Puan Qin, Huo Mian tidak semudah yang kamu fikirkan."
"Ya, kamu pun tak semudah yang saya fikirkan," Puan Qin merenungmata Song Yishi sambil bercakap, sepatah demi sepatah.
"Puan Qin…?" Song Yishi terkejut yang Puan Qin akan berkata begitu kepadanya.