"Apa? Kamu tak nak tunaikan satu-satunya permintaan suami kamu?" Qin Chu bersedih.
"Encik Qin… kamu sedang buli saya…" jerit Huo Mian.
Dia tidak mempunyai pengalaman. Jadi, bagaimana Qin Chu boleh menyuruhnya untuk mengambil inisiatif…
Dia di atas? Oh Tuhan, ia sangat kotor sehingga dia tidak mahu berfikir mengenainya…
"Saya bergurau. Jom, makan." Qin Chu melepaskan tangan Huo Mian dengan penuh kasih sayang.
Kemudian, dia menikmati hidangan makanan laut dengan Huo Mian…
Perut Qin Chu sangat sensitif. Jadi, dia hanya menikmati bubur udang kara…
"Oh ya, Sayang, saya mahu berbincang sesuatu dengan kamu."
"Ya."
"Huo Zhenghai tolong saya hari ni tapi dia minta sesuatu daripada saya sebagai balasan."
"Apa dia?" Qin Chu mengangkat muka dan memandang Huo Mian.