Tải xuống ứng dụng
0.15% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 2: Lelaki Idamannya

Chương 2: Lelaki Idamannya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Huo Mian menghembuskan nafas lega apabila melihat siapakah itu.

"Lingling, adakah kamu hendak menakutkan saya sehingga mati?"

"Hey, bukankah kita sudah bersetuju yang kamu akan menunggu saya di hadapan pintu supaya kita boleh masuk bersama-sama? Tak sangka kamu masuk sebelum saya," Kata Lingling sambil menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah Huo Mian.

"Saya memang hendak menunggu awak, tetapi saya terserempak dengan seorang kawan lama kita di pintu itu. Katanya semua orang sudah berada di atas, jadi saya pun naiklah." Huo Mian tersenyum lembut.

Orang yang menyapanya itu adalah Zhu Lingling, kawan baiknya sejak sekolah menengah, sekarang bekerja sebagai seorang pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Dia adalah seorang gadis cantik dan satu-satunya kawan baik Huo Mian. Sama seperti Huo Mian, dia juga adalah seorang yang peramah dan baik hati.

"Lingling, saya ingatkan kamu sangat sibuk kebelakangan ini."

"Memang saya sangat sibuk! Kita sepatutnya terbang ke Bandar Xing hari ini, tapi saya tidak mahu terlepas perjumpaan semula kita, jadi saya minta pertolongan seorang kawan untuk menggantikan saya. Oh hey, mana doktor awak? Kenapa awak tak bawanya sekali?"

"Dia ada pembedahan yang sudah dijadualkan hari ini, jadi dia tidak dapat datang."

"Boleh tahan, boleh tahan. Nampaknya dia mempunyai masa depan yang cerah. Oh, bagaimana pula dengan pencarian rumah kamu?"

"Kami sudah semakin hampir. Daripada tiga apartmen yang sudah kami lihat, ada satu yang kami berdua benar-benar suka. Kami akan berbincang dengan orang tuanya sebelum membuat keputusan."

"Wah cepatnya. Di mana lokasinya? Membeli rumah adalah perkara besar, jadi baik kamu fikir masak-masak terlebih dahulu," Kata Zhu Lingling.

"Ia di Jalan Lingkaran Ketiga, jadi saya memerlukan lebih kurang 20 minit untuk ke tempat kerja dengan menaiki bas. Ia agak menyenangkan juga untuk saya." Jawab Huo Mian sambil tersenyum.

"Bagus, saya dengar apartmen di Jalan Lingkaran Ketiga berharga lebih kurang 8,000 Yuan setiap meter persegi. Teman lelaki kamu tentunya ada wang simpanan yang banyak!" Zhu Lingling berkata dengan kagum.

"Bukannya kita kena bayar sekali harung.. Kita cuma membayar wang pendahuluan buat masa ini, dan kita berdua akan perlahan-lahan menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Kita berdua masih muda, masih banyak masa."

"Jadi...selepas membeli apartmen itu, adakah kamu berdua akan berkahwin?" Tanya Zhu Lingling sambil menggenggam tangan Huo Mian.

"Ya, begitulah cadangannya, jika tidak berlaku apa-apa yang tidak dijangka." Huo Mian mengangguk.

"Mian."

"Ya?"

"Kamu pasti ke yang kamu rela….berkahwin, begitu sahaja?" Zhu Lingling tiba-tiba bertanya dengan ekspresi wajah yang serius.

"Pada saat ini, ada perbezaan ke sama ada saya rela ataupun tidak?"

"Mian, kamu tahu kenapa saya bertanya. Adakah kamu benar-benar sudah melupakan dia?" Zhu Lingling merendahkan suaranya ke tahap bisikan, tetapi Huo Mian masih dapat mendengar setiap patah perkataan dengan jelas. Sedikit kesedihan muncul di matanya, serta perasaan patah hati yang hampir tidak dapat dikesan.

"Kalau saya tidak rela pun, apa gunanya? Ini adalah takdir kehidupan saya, dan saya sudah pasrah. Saya sudah pasrah sejak 7 tahun lepas." Kata Huo Mian sambil tersenyum.

Baru sahaja Zhu Lingling hendak berkata sesuatu yang lain, pintu bilik terbuka, menyebabkan semua orang berdiri serta-merta. Huo Mian dan Zhu Lingling turut serta dan melihat ke arah pintu masuk. Dia gembira apabila melihat guru kelas mereka, Puan Yao, yang kini semakin beruban...dan, berdiri di sebelahnya adalah...dia?

Lelaki yang menghilangkan diri 7 tahun dahulu, lelaki yang pernah menjadi orang paling penting dalam hidup Huo Mian… Ia seakan-akan mimpi untuk melihat dia muncul di hadapannya seperti ini, dia tidak sempat untuk mempersiapkan dirinya langsung.

Seluruh tubuh Huo Mian kaku, dan mindanya tidak berfungsi.


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C2
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập