Ketepikan dulu pemikiran Ling Lan. Tidak lama kemudian mereka semua berjaya sampai ke destinasi.
Tempat tersebut adalah sebuah tasik yang besar. Permukaan tasik itu berkilauan dengan cahaya. Keluasan tasik itu nampaknya tiada penghujung. Airnya jernih dan berwarna biru pekat. Bagaimanapun, Ling Lan dan pasukannya tidak pasti sama ada terdapat hidupan di dalam tasik itu. Wap di atas tasik dan haba yang dibebaskan daripada tasik itu memberitahu mereka suhu tasik itu tinggi.
Xie Yi mula mengambil sampel air dan memeriksanya tanpa perlu diarahkan oleh Ling Lan. Dia memberitahu penemuannya pada semua orang melalui talian pasukan mereka.
"Suhu air ini 87 darjah celsius. Bolehkah ikan hidup dalam suhu macam ni?" Salah seorang pengendali mecha itu terkejut. Ikan akan masak dengan suhu seperti ini.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!
— Chương tiếp theo sắp ra mắt — Viết đánh giá