Tải xuống ứng dụng
4.57% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 48: Teknik Tidak Boleh Disampaikan Sesuka Hati

Chương 48: Teknik Tidak Boleh Disampaikan Sesuka Hati

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Pemacu kilat USB…" Perasaan Song Shuhang sekarang hampir sama dengan perasaan ahli grup apabila mereka mendapat tahu dia telah menggunakan dapur elektrik dan periuk makanan panas untuk menapis pil.

Mahaguru Ubat mengambil pemacu kilat itu, dan mencampak pedang hitam kecil itu ke arah Song Shuhang, "Mari, ambil pedang terbang dulu. Esok, saya akan bagi awak alamat Mahaguru Utama Prinsip Pemikir, cuba cari masa untuk menghantarnya kembali melalui penghantaran ekspres."

Song Shuhang mengulangnya sekali lagi, "…menghantarnya kembali melalui penghantaran ekspres?"

"Memanglah, awak ingat saya akan menghantarnya kembali ke?" Mahaguru Ubat bertanya dengan terhibur.

Song Shuhang menjerit, "Tak, maksud saya… pedang terbang bukannya patut 'whoosh' kembali ke?"

"Haha, mana mungkin? Ia tak boleh terbang balik. Apabila ia terbang ke sini, ia memerlukan tenaga untuk berbuat demikian! Bila ia terbang ke sini, Mahaguru Utama Prinsip Pemikir boleh membekalkan tenaga. Tetapi, bila pedang terbang kena kembali semula… Mahaguru Utama Prinsip Pemikir berada beberapa ratus batu dari kita, dia tak ada kebolehan untuk memindahkan tenaga dari begitu jauh. Lagipun… pedang terbang ini ekslusif untuk Mahaguru Utama Prinsip Pemikir, hanya dia boleh menggunakannya. Oleh itu, saya tak boleh memindahkan tenaga saya ke dalamnya." Mahaguru Ubat menjelaskan.

"Kenapa sekarang pula ia perlu mengikut hukum pengabadian tenaga?" Song Shuhang tidak boleh tahan dan mentertawakannya, "Lagipun, pedang terbang hitam ini telah ditajamkan, betul? Pisau tajam tak boleh dihantar melalui penghantaran ekspres, bukan? Meskipun ia boleh dihantar, bagaimana jika barang yang begitu berharga hilang semasa penghantaran?"

Mahaguru Ubat tersenyum sinis, "Jangan risau, saya pernah menghantar pedang terbang melalui mel berpuluh-puluh kali, tak ada masalah. Pedang Mahaguru Utama Prinsip Pemikir disertakan dengan formasi penyembunyian—kecuali tuannya memberi kebenaran, orang lain tak boleh melihatnya. Oleh itu, pedang terbang tersebut hanya boleh dikesan dan dilihat oleh tuannya dan dua orang lain—awak dan saya—yang telah diberi kebenaran. Pada pandangan orang lain, pedang terbang itu halimunan dan tak wujud. Tambahan itu, pedang terbang sangat ringan, mana-mana bungkusan besar akan menutupnya. Lagipun, tak perlu jika ia hilang dalam penghantaran; pedang terbang mempunyai kesan tuannya, dan meskipun ia telah hilang, ia boleh dicari pada bila-bila masa. Oleh itu, jangan cemas."

"Walaupun begitu, saya masih berasa pelik, menggunakan penghantaran ekspres untuk mengembalikan pedang terbang." Song Shuhang memegang pedang terbang di dalam tangannya, dengan penuh konflik.

"Jangan fikir terlalu banyak. Baiklah, pengunci pemacu kilat sudah terbuka. Ambil ni, ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ dan ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯." Mahaguru Ubat membaling pemacu kilat yang berbentuk jed itu kepada Shuhang.

Untuk keselamatan, Mahaguru Utama Prinsip Pemikir telah meninggalkan pengunci pada pemacu kilat. Seseorang itu perlu tahu cara yang betul untuk membuka pengunci tesebut. Jika ia dibuka secara paksaan, kedua-dua pemacu kilat dan penguncinya akan dihapuskan.

Selepas menangkapnya, dia betul-betul nampak penyambung pemacu kilat. Ia betul-betul merupakan pemacu kilat!

"Batuk, sebelum mempelajari teknik, saya mesti mengingatkan awak tentang sesuatu dulu. Berbeza dengan pil ubatan, khazanah sakti, dan sebagainya yang merupakan benda luaran; teknik tidak boleh disampaikan dengan sesuka hati!" Mahaguru Ubat mengingatkannya.

Song Shuhang yang merupakan orang baru yang langsung tidak tahu apa-apa tentang pertapa, oleh itu Mahaguru Ubat perlu menjelaskan beberapa larangan.

"Teknik yang diterima daripada orang lain atau sekta tidak boleh disampaikan kepada orang lain dengan meluru tanpa mendapatkan kebenaran pemilik asalnya dulu! Ini merupakan larangan di antara pertapa! Sebagai contoh, jika awak ingin menyampaikan dua teknik ini kepada orang lain, awak mesti mendapatkan kebenaran daripada pemilik dulu, iaitu Mahaguru Utama Prinsip Pemikir, dan memberinya sesuatu yang setara dengannya. Mereka yang menerima teknik daripada awak juga perlu mematuhi peraturan ini dan tidak boleh menyampaikan teknik itu kepada sesiapa saja dengan sendiri. Dengan cara yang sama saya perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahaguru Utama Prinsip Pemikir sebelum menyampaikan dua teknik ini.

Kalau awak didapati menyampaikan teknik kepada pihak ketiga secara peribadi, tak kira Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, atau seluruh alam pertapaan, tak akan ada orang yang sanggup menyampaikan teknik mereka kepada awak lagi." Mahaguru Ubat memberi amaran sekali lagi.

Teknik setara dengan sekta, dasar pertapaan. Tiada sesiapa yang mahu teknik sektanya disebarkan ke semua tempat, dan oleh itu penyampaian secara peribadi ialah larangan yang pasti.

Memanglah, kalau awak telah mencipta satu teknik, awak mempunyai kebebasan untuk menyampaikannya kepada sesiapa sahaja.

Song Shuhang mengangguk untuk menunjukkan yang dia faham—teknik yang telah dicipta dengan susah payah merupakan harta peribadi, dan untuk menyampaikan satu kepadanya sudah merupakan satu tanda penghormatan. Jika dia pun menyampaikan teknik yang dimiliki orang lain kepada pihak ketiga, ia akan menjadi perkara yang memalukan bukan?

Selepas menerima pemacu kilat, Song Shuhang menjadi teruja.

Menarik nafas dengan mendalam, dia membuka komputer dan memutuskan sambungan Internet, dan membersihkan semua virus dari komputernya.

Dia tidak mempunyai banyak benda dalam komputernya; membunuh virus hanya memerlukan lebih satu minit.

Selepas itu, dia menyambungkan pemacu kilat pada komputernya dengan cermat.

Mahaguru Ubat berdiri di belakang Song Shuhang dengan senyap, dan mengangguk dengan puas hati. Meskipun dia teruja, Song Shuhang masih mengekalkan ketenangannya. Keperibadian ini akan membantunya sepanjang perjalanan pertapaan.

Song Shuhang membuka pemacu kilat, yang mengandungi dua folder.

❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯

❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯

Dia mengklik folder <Teknik Penumbuk Buddha Asas> dan nampak lapan belas imej—setiap imej merupakan foto skrol gambar.

Dia mengklik, dan membuka imej pertama.

Walaupun namanya biasa sahaja, asalkan ia hebat dia tidak kisah. Lagipun, seni mempertahankan diri biasanya seperti Tapak Tangan Lapan Belas Penaklukan Naga—setiap pergerakan, setiap gaya akan ada nama yang garang seperti 'Naga Kelihatan Dalam Padang' dan 'Naga Kedewaan Mengibas Ekornya', oleh itu walaupun nama keseluruhannya biasa sahaja, pergerakan dan gayanya sepatutnya ada nama yang lebih istimewa, bukan?

Dia dipenuhi dengan harapan dan perasaan teruja.

Selepas itu, dia terlihat nama pergerakan.

'Tumbukan Asas Nombor Satu'

Perkataannya dalam Bahasa Cina Tradisional.

'Habislah.'

Tiada penyambungan yang hebat seperti 'Penakluk Syaitan Buddha…' ia hanya Tumbukan Asas Nombor Satu.

Song Shuhang membuka imej kedua, Tumbukan Asas Nombor Dua.

Tidak sanggup berputus asa, dia membuka imej ketiga. Tumbukan Asas Nombor Tiga.

"…" Baiklah, Song Shuhang tahu dia tidak perlu tengok imej yang seterusnya lagi.

Seterusnya adalah 'Tumbukan Asas Nombor Empat' sampai 'Tumbukan Asas Nombor Lapan Belas'.

Mahaguru Ubat memandang Song Shuhang yang sedang mengklik semua imej, dan berasa bingung, "Awak sedang buat apa ya?"

"Melihat nama pergerakan ini." Song Shuhang menjawab, "Tak sangka nama mereka begitu biasa…"

"Asalkan ia praktikal, nama mereka hanya satu label untuk membezakan susunan pergerakan." Mahaguru Ubat menjawab dengan tenang.

Masuk akal juga, dan praktikal. Song Shuhang mengangguk, tetapi berasa sedikit kecewa di dalam hati.

Cuba bayangkan, jika dia dan orang lain hendak bertemu untuk perlawanan di puncak Kota Larangan. 

Pihak lawan mengeluarkan laungan kecil, terbang ke langit dan mengeluarkan pedang dengan gaya yang elegan, "Dewa Terbang Samawi!"

Selepas itu, dia menyeringai dan mengambil langkah besar ke hadapan, mengayun penumbuk kanannya, "Tumbukan Asas Nombor Tiga!"

Dia sudah kalah dari segi aura.

"Jangan kisah sangat tentang nama. Tak ada gunanya, tapi kalau awak betul-betul kisah, tukar saja namanya untuk kegunaan sendiri nanti, "Mahaguru Ubat menjawab dengan neutral. "Mari, saya akan jelaskan tahap-tahap awal seorang pertapa dan tujuan Penubuhan Asasi."

Song Shuhang duduk dengan betul, memberi perhatian dan mendengar betul-betul.

"Dalam perjalanan pertapaan, terdapat banyak cara dan teknik, dan setiap golongan dan sekta mempunyai cara bertapa yang tersendiri. Tetapi, tak kira sama ada anda seorang pertapa Dao, pertapa Buddha, pertapa Hantu, atau pertapa Syaitan, langkah pertama untuk menjadi pertapa ialah sama serata—penguatan badan, dan pemampatan qi badan dan tenaga darah. Langkah ini adalah Penubuhan Asasi.

Langkah pertama Penubuhan Asasi ialah penguatan luaran melalui teknik tumbukan asas, teknik kaki, teknik pedang... dan sebagainya. Penguatan badan akan membenarkan badan berada dalam keadaan dipenuhi dengan qi dan darah. Selepas itu, penguatan dalaman melalui teknik meditasi akan mengumpulkan semua qi dan darah dalam badan dan memampatkannya di dalam Bukaan Jantung. Biasanya, tanpa memakan pil ubatan dan hanya berlatih dengan rajin, ia akan mengambil lebih kurang seratus hari untuk memenuhi Bukaan Jantung dengan qi dan darah, dan berjaya membuka Bukaan Jantung. Selepas Bukaan Jantung dibuka, semua qi dan darah yang terkumpul akan bertukar menjadi saluran kecil qi dan tenaga darah. Inilah Penubuhan Asasi, yang juga dikenali sebagai Pembukaan Bukaan.

Selepas Bukaan Jantung dibuka, anda akan menjadi pertapa secara rasmi, menjangkaui manusia, dan dikenali sebagai Alam Penjangkau Mortaliti Tahap Satu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C48
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập