Tải xuống ứng dụng
5.71% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 60: Takut dan... Nikmat?

Chương 60: Takut dan... Nikmat?

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Masuklah." Mahaguru Altar menjerit dengan suara yang rendah.

Walau bagaimanapun, dia hanya mendengar bunyi "Dong" di luar pintu dan tiada bunyi lain.

Mahaguru Altar mengerutkan kening dan mengeluarkan pisau dari jaketnya. Kemudian, dia menghampiri pintu dengan berhati-hati dan melihat ke luar melalui lubang pintu.

Di luar pintu, pengikut yang dihantarnya bersandar di pintu tetapi tidak bergerak. Tidak ada orang lain di belakangnya.

'Adakah dia berjaya?'

Bagaimanapun, Mahaguru Altar merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia membuka pintu dengan cepat dan dia membuka langkah, bersedia untuk bertarung.

Ketika pintu dibuka, pengikutnya yang sedang bersandar pada pintu tiba-tiba jatuh di atas tubuhnya.

Mahaguru Altar menghulurkan tangannya dan menyeretnya ke dalam bilik.

Dia memandang sekeliling sekali lagi untuk memastikan tiada sesiapa di luar pintu.

"Apa yang sedang berlaku sekarang?" Dia melihat pengikutnya dan bertanya dengan kasar.

Malah sebelum dia selesai bertanya, Mahaguru Altar merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pengikutnya kerana dia hanya berpusing dan jatuh ke tanah dengan lembut.

Mahaguru Altar segera menekan pergelangan tangan pengikutnya untuk merasakan denyut nadi. Denyut nadinya berhenti berdenyut, kemudian qi dan darah tidak lagi mengalir dari bukaan jantungnya... Dia dah mati! Dengan tiada perkataan terakhir buat aku!

Dahinya berkerut dan dia memeriksa badan pengikutnya itu.

Tiada bekas luka atau jejak pertempuran di tubuhnya. Hanya beberapa tompokan darah di topengnya.

Mahaguru Altar dengan teliti mengalihkan topengnya dengan pisau hanya untuk melihat wajah membiru pengikutnya itu. Matanya merah dan terbeliak. Darah yang berbau mengalir keluar dari mulutnya.

Terdapat bau busuk pada darah itu. Mahaguru Altar tiba-tiba berasa pening apabila dia menghidu bau itu.

'Ini racun!'

Pengikutnya itu telah diracun hingga mati dan racun ini sangat toksik! Ia telah bercampur dengan darah mayat dan menjadikannya toksik. Kini, apabila seseorang menghidu darah itu, dia boleh diracun!

Mahaguru Altar dengan tergesa-gesa menelan pil membuang racun dan mengalirkan qi sejati di seluruh badannya untuk mengeluarkan racun itu dari tubuhnya.

Asapnya juga mempunyai kadar toksik yang tinggi. Sajauh mana kesan toksik racun asal ini?

'Song Shuhang itu bukanlah seorang manusia biasa.

Tak guna. 'Seorang pelajar baru di Kolej Jiangnan'? 'Seorang lelaki muda yang baru berusia lapan belas tahun'? 'Ibu bapanya masih hidup dan dia baik dengan semua orang? Semua ini adalah maklumat palsu.

Terutama pada bahagian 'baik dengan semua orang'! Bagaimanakah seseorang yang menggunakan racun sedahsyat ini menjadi lelaki yang baik?

Aku pasti Song Shuhang hanya menggunakan maklumat palsu untuk menyembunyikan identiti sebenarnya dan hanya... menjalani kehidupan sebagai manusia biasa untuk bersuka ria!

Bangsat, kenapa dia buat maklumat yang sangat realistik? Celaka!'

"Tak guna, toksin ini tidak mahu keluar!" Mahaguru Altar menggerit giginya. Toksin itu telah berakar di dalam tubuhnya dan sukar untuk dibuang. Jika dia mahu mengeluarkan racun ini dari tubuhnya, dia mungkin perlu memasuki pengasingan.

Tetapi sekarang, dia tidak ada masa.

Pengikut yang bodoh! Bagaimana dia berani datang ke sini selepas diracun? Rakan sepasukan dengan tingkah laku seperti khinzir! Secara tidak langsung dia telah menunjukkan jalan untuk musuh!

Mungkin Song Shuhang sedang mengejar pengikutnya dan datang ke sini.

Dia tidak sepatutnya tinggal di sini lagi!

Mahaguru Altar mengemas barangnya secepat mungkin.

Sebelum dia pergi, dia memercikkan serbuk pereputan mayat ke badan pengikutnya untuk menghapuskan semua jejak.

Selepas habis bersiap, Mahaguru Altar menutup mulut dan hidungnya, lalu melompat keluar dari tingkap. Dia melompat dari hotel sambil dilindungi kegelapan malam.

Bermulanya Pelan B. Dia akan mencari cara lain untuk menghubungi "Tuan Song" ini untuk menukar roh hantunya setelah dia berjaya menghilangkan toksin di dalam tubuhnya.

Malam... masih panjang.

Dalam kegelapan malam, ada yang gembira, ada yang kecewa dan ada yang sedih... itulah pahit dan manis kehidupan!

❄️❄️❄️

6 Jun, 5 pagi.

Song Shuhang membuka matanya, penuh semangat.

Kemudian, dia mengerutkan kening apabila dia membuka matanya.

Selepas badannya dikuatkan, deria baunya menjadi lebih tajam daripada orang biasa. Terdapat bau darah yang lemah berlegar di udara.

Satu lagi, pintu bilik tidurnya dibuka, pada bulan Jun! Song Shuhang dan rakan sebiliknya tidak akan membiarkan pintu bilik tidur terbuka ketika mereka tidur kerana nyamuk sangat banyak pada musim ini. Tiada siapa yang akan tidur dengan pintu terbuka jika dia tidak mahu memberi nyamuk makan dengan tubuh badannya.

'Adakah rakan sebilik aku sudah pulang?' Song Shuhang tertanya-tanya.

Bagaimanapun, saat dia melihat sekelilingnya, dia tidak ternampak seorang pun teman sebiliknya.

Melihat melalui bilik tidur, dia dapat melihat pintu Perancis teres juga dibuka.

'Adakah pencuri yang buka pintu bilik ini?' Song Shuhang berasa gementar. Kejadian pecah masuk sebenarnya sangat biasa berlaku di asrama lelaki, terutamanya di tingkat dua yang merupakan tingkat kegemaran pencuri.

'Gee', Song Shuhang melompat. Dia mesti lebih berhati-hati! Di dalam almari, ada dua puluh satu bahagian herba ubat untuk menapis 'cecair penguat badan', yang merupakan sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang.

Sekiranya ramuan ubat-ubatan ini dicuri, dia pasti akan menangis.

Apabila dia bangun, mata Song Shuhang melihat ke bawah. Terdapat sebilah pisau tanpa pemegang di atas lantai. Ia tajam seperti pisau cukur dan berkilauan dengan cahaya yang malap.

Ini pisau yang tajam tanpa pemegang. Ia perlu digunakan dengan meletaknya di antara jari atau bersama dengan alat lain. Ia memerlukan teknik tertentu untuk menggunakan pisau seperti itu. Hanya pakar yang dapat menggunakannya. Pisau ini pastinya bukan digunakan untuk memotong buah. Sebaliknya, ia adalah senjata maut yang dapat membunuh tanpa menumpahkan darah.

Seorang pencuri tidak perlu dan tidak boleh menggunakan senjata khas dan maut itu.

Selain bau darah di udara... Ia bukan pencuri!

Jika dia bukan datang untuk mendapatkan wang, maka dia datang untuk membunuh seseorangkah?

Siapa yang dia mahu bunuh?

Siapa lagi yang ada...

Hanya dia sahaja yang berada di dalam asrama. Lagipun, rakan sebiliknya hanya pelajar kolej biasa dan tidak mungkin akan menarik perhatian seorang pembunuh.

Seseorang mahu membunuhnya!

Dengan sepantas kilat, Song Shuhang merasakan hatinya membeku.

Dia mengambil bilah di atas lantai. Fikirannya dibanjiri dengan bermacam-macam perkara. Dia tidak dapat tenangkan diri.

Apabila seseorang datang untuk membunuhnya malam semalam, dia sedang tidur nyenyak seperti sebatang kayu balak! Apabila dia berfikir tentang perkara ini, dia berasa takut. Walaupun dia tidak tahu kenapa lelaki itu tidak membunuhnya, dia juga hampir terbunuh.

Walaupun dia telah memulakan Penubuhan Asas, dia masih seorang pelajar kolej biasa dua hari yang lepas. Pasti aneh jika dia dapat bertenang selepas dia dapat tahu yang seseorang cuba untuk membunuhnya!

Tetapi Song Shuhang hanya membiarkan dirinya panik dalam tiga nafas. Kemudian dia mengaktifkan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ dan memaksa dirinya untuk menenangkan diri.

"Aku tidak takut mati kerana aku memilih untuk menjadi seorang pertapa". Song Shuhang membuka mata dan menjadi lebih yakin.

Ketika ia berkata ini dengan kuat dan menguatkan tekadnya sebagai seorang penanam, ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ yang berada di dalam dirinya mengalami suatu penerobosan dan mencapai ke tahap yang lebih tinggi. 'Diri yang sebenar' dalam kesedarannya telah naik mengatasi dunia realiti yang biasa. Inilah bagaimana 'diri yang sebenar' dalam jiwanya menemui dirinya semula. Dia bukan lagi orang biasa, tetapi dia kini ialah seorang pertapa!

Apabila dia membuka matanya sekali lagi, Song Shuhang menekan dadanya dengan lembut.

Denyutan jantung... masih agak cepat, tetapi dia sudah tidak takut.

Dia merasakan sesuatu yang mula keluar dari dalam sudut hatinya. Dia merasakan satu nikmat!

Pembunuhan lelaki yang tidak dikenali dan perasaannya saat menghadapi kematian membuatnya berasa... agak kagum!

Walaupun dia sendiri adalah sasaran pembunuhan itu, dia sebenarnya gembira dan terhibur dengan sesuatu yang tidak akan pernah berlaku kepada seorang pelajar kolej biasa.

Kemudian, Song Shuhang sedikit waham dan tertanya-tanya apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

'Jika lelaki itu mahu mengambil nyawa aku, mungkin... dia ada kaitan dengan orang yang mengumpul maklumat mengenai aku di sekolah sehari sebelum semalam.'

Saat dia sibuk berfikir, dia bermain dengan pisau tanpa pemegang yang bergerak di antara jari-jarinya seperti kupu-kupu yang menari.

Dia berfikir tentang identiti lelaki itu ketika Zhuge Yue memberitahunya bahawa seseorang sedang memeriksa latar belakangnya.

'Tak mungkin ini dari penjahat di lorong itu. Lagipun, mereka hanya pelajar biasa dan hidup di bawah kedaulatan undang-undang. Tidak mustahil bagi mereka untuk mengupah pembunuh untuk membunuh aku hanya untuk masalah yang sekecil ini. Sekiranya penjahat itu sangat kuat, mungkin mereka dapat menyatukan seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka.

'"Dan, orang itu mungkin bukan salah seorang penghendap yang mengikuti Mahaguru Ubatan kerana kebanyakan penghendap ingin meminta bantuan daripada Mahaguru Ubatan. Seorang ahli pelampau mungkin boleh menculik aku untuk mengugut Mahaguru Ubatan. Tetapi kemungkinan untuk dia berbuat begitu terlalu rendah.

'Jadi... orang itu mesti seseorang yang mempunyai kaitan dengan Bulu Lembut.' Song Shuhang mengeluarkan loketnya di leher sambil melihat ke arah 'manik ais pengikat roh' itu.

Udara sejuk dilepaskan dari manik ais dalam gelombang yang membuatkan fikirannya menjadi kosong dan memenuhi kepalanya dengan pemikiran yang liar.

Saat dia menyebut Bulu Lembut dalam fikirannya, Song Shuhang teringat sesuatu yang dia sangat risaukan!


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C60
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập